23/08/2020
Vanakam & Salam Sejahtera
Hari Ini 23/8/2020 (AHAD) PEMUDA MIC Bahagian Kluang telah mengadakan *Persidangan Perwakilan PEMUDA MIC Bhg Kluang Yang Ke 27* di Dewan Mesyuarat, Kluang Indian Association.
Seramai 65 perwakilan Ketua & Timbalan Ketua PEMUDA cawangan telah hadir untuk menjayakan mesyuarat yang ke 27 Ini.
Pelbagai perkara telah dibincangkan khususnya mengenai masalah-masalah yang di hadapi oleh belia India. Selain itu, kita juga telah memberitahu para hadirin tentang program-program yang telah di rancang untuk belia-belia India di daerah Kluang. Turut diutarakan beberapa perkara dan isu yang perlu diambil perhatian oleh PEMUDA MIC Negeri dan Kebangsaan.
Persidangan Ini telah dirasmikan oleh En. G. Raman (Ketua MIC BHG Kluang). Turut hadir bersama En. Prabhakaran ( Ketua Pemuda MIC Bhg Segamat) selaku wakil PEMUDA Negeri, En. Valluvan (Naib Presiden MIC Bhg Kluang) serta Majlis Tertinggi MIC Kluang.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
Ketua -Ketua cawangan yang telah membantu menjayakan Persidangan pada hari ini.
Sekian Terima Kasih
PEMUDA MIC BHG KLUANG
Cc:
1. Ketua PEMUDA Pusat
2. Ketua PEMUDA Negeri
3. Ketua MIC Bahagian