Pas Taman Setia

  • Home
  • Pas Taman Setia

Pas Taman Setia PAS Cawangan Taman Setia, Johan Setia

Minda Presiden PASPENGANUT ISLAM DIHARAMKAN MEMBAWA PEDANG KAYU?Walaupun Islam menggalakkan dan mendahulukan perdamaian,...
25/02/2023

Minda Presiden PAS

PENGANUT ISLAM DIHARAMKAN MEMBAWA PEDANG KAYU?

Walaupun Islam menggalakkan dan mendahulukan perdamaian, namun Allah SWT dan Rasulullah SAW mewajibkan penganut Islam agar sentiasa bersiap siaga dengan senjata yang sesuai pada zaman dan cabarannya.

Hari ini, kita menyaksikan sikap ‘double standard’ negara penjajah terhadap negara Islam dan penganut Islam di serata dunia, dengan mengehadkan kemampuan umat Islam dari segi teknologi persenjataan. Mereka lebih s**a umat Islam bertari-menari dan bers**an yang berunsurkan maksiat.

Seterusnya, umat Islam terleka daripada menguasai seni mempertahankan diri dan s**an yang memahirkan pertahanan diri dan kesihatan jasad dan roh seperti memanah, menggunakan senjata, seni mempertahankan diri dan lain-lain. Apa yang dilakukan oleh penjajah adalah semata-mata supaya umat Islam menjadi kaum yang lemah.

Terdapat dalam kalangan umat Islam yang buta al-Quran, penyakit yang lebih berbahaya daripada buta huruf. Golongan itu menjadi bodoh, kerana terpengaruh dengan agenda penjajah yang sebenarnya merupakan musuh Islam dan bersama menyebarkan kefahaman yang salah terhadap umat Islam.

Maka, jika ada orang Islam yang merasa risau melihat replika kayu atau plastik yang tidak boleh membunuh berada di tangan orang Islam, keadaan itu menunjukkan mereka itu sangat jahil murakkab. Adapun buruk sangka daripada kalangan bukan Islam dan munafiq terhadap perkara tersebut, biarkan ia musnah dengan kemarahan yang melulu itu.

Baca selanjutnya:

KETIKA penjajah dahulu datang menceroboh dengan senjata moden untuk menakluk tanah air umat Islam seluruh pelosok dunia, umat Islam tidak menyerah kalah sekali-kali. Malah, mereka melawan dengan apa sahaja yang ada di tangan. Maka, penjajah menguatkuasakan undang-undang bagi mengharamkan sebarang se...

TAHNIAH.. AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN KE KELUARGA PAS DIUCAPKAN.. SEERU ALA BARAKATILLAH
10/02/2023

TAHNIAH.. AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN KE KELUARGA PAS DIUCAPKAN.. SEERU ALA BARAKATILLAH

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PAS CAWANGAN TAMAN SETIA KE-24
10/02/2023

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PAS CAWANGAN TAMAN SETIA KE-24

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=197874716082392&id=100075795950343&mibextid=Nif5oz*Bukan Hanya Pulau Pinang,...
16/12/2022

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=197874716082392&id=100075795950343&mibextid=Nif5oz

*Bukan Hanya Pulau Pinang, Selangor & Negeri Sembilan Juga Bakal Hilang.*

Kegusaran tersebut dinyatakan oleh Ketua Menteri Pulau bahawa PH akan kehilangan Pulau Pinang. Asas kepada kenyataan tersebut apabila melihat gelombang kebangkitan rakyat memilih Perikatan Nasional di Pru15.

Dijangka ramai nama-nama besar UMNO akan membuat keputusan meninggalkan parti kesayangan mereka dan berhijrah ke "rumah" yang lebih Stabil dan best iaitu Perikatan Nasional. Selain kecewa dengan sikap presiden dan timbalannya yang memilih bersama PH dan DAP, mereka juga tidak lagi mampu menjawab banyak persoalan, kemusykilan dan asakan bertubi-tubi akar umbi. Keputusan yang bakal dibuat sangat penting demi memastikan UMNO dibersihkan dari pimpinan gila kuasa dan tidak berintegriti.

*Share like n Komen*

* *
* *
* *
* *

Bukan Hanya Pulau Pinang, Selangor & Negeri Sembilan Juga Bakal Hilang.

Kegusaran tersebut dinyatakan oleh Ketua Menteri Pulau bahawa PH akan kehilangan Pulau Pinang. Asas kepada kenyataan tersebut apabila melihat gelombang kebangkitan rakyat memilih Perikatan Nasional di Pru15.

Sebahagian besar pengundi Melayu bertekad memilih PN setelah kecewa dengan politik persepsi yang dimainkan oleh PH & BN. Kegagalan PH melaksanakan manifesto merupakan kesan paling tragis yang tak dapat dimaafkan oleh Rakyat Malaysia. Tidak mahu ditipu kali kedua faktor utama menolak PH.

Manakala kegagalan Presiden UMNO membersihkan diri serta sikap diktator yang ditunjukkan menjadikan akar umbi enggan bersama BN. Faktor lain ialah tersingkirnya beberapa nama besar dari pencalonan sama ada parlimen atau dun juga punca beralih arah. Ini dibuktikan apabila banyak kubu-kubu kuat UMNO tumbang dengan majoriti besar. Bayangkanlah kalau parliamen Presiden UMNO pun menang 300 lebih je.

Walaupun masih ramai pengundi cina menyokong PH namun hampir 5 peratus dari pengundi Pru14 lalu tidak lagi mengundi PH. Selebihnya tidak keluar mengundi kerana tempoh 22 bulan yang diberikan tidak menunjukkan kematangan pentadbiran selain tidak memberikan impak ekonomi yang baik dan meyakinkan. Tidak fokus dengan masalah rakyat, sibuk mengadu domba dan mempertikai kerajaan BN sebelumnya serta menjadikan suasana tegang dalam negara kerana pelbagai kenyataan yang menggugat ketenteraman awam.

Melihat kepada jumlah kemenangan yang tinggi calon-calon PN serta kekalahan tipis kepada PH & BN di beberapa kerusi, ramai berpendapat bahawa 6 PRN yang bakal berlangsung tahun depan akan memihak kepada Perikatan Nasional. Selain faktor gelombang besar yang sedang berlaku, kecelaruan pemerintah yang ada sekarang dilihat tidak berkemampuan mentadbir dengan baik. Belum ada satu pun masalah rakyat berjaya diselesaikan malahan mereka fokus menyerang kerajaan Tan Sri Muhyidin Yassin selain bersentimen dan berpersepsi.

Faktor tambahan dan lebih utama ialah gabungan PH & BN yang membentuk kerajaan. Setelah bertahun pimpinan dikedua-dua belah pihak menanamkan kebencian kepada lawan mereka sehinggakan ahli dan penyokong masing-masing percaya dengan setiap patah perkataan, selepas pru15 mereka buat perkara sebaliknya. Zahid & UMNO yang dilabelkan penyamun dan perompak oleh Anwar dan pas**annya dipilih menyertai kabinet dan diberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Banyak perkara yang diperjuangkan oleh PH contohnya Perdana Menteri tak boleh memegang jawatan menteri kewangan juga diKARIkan. Janji minyak turun 24 jam didiamkan. Kebebasan bersuara diKAMBINGHITAMkan. Isu telur gagal diselesaikan. Penghapusan tol mungkin dikebumikan dan lain-lain lagi yang akan hanya jadi angan-angan dan retorik kempen si pemabuk kuasa.

Dijangka ramai nama-nama besar UMNO akan membuat keputusan meninggalkan parti kesayangan mereka dan berhijrah ke rumah yang lebih Stabil dan best iaitu Perikatan Nasional. Selain kecewa dengan sikap presiden dan timbalannya yang memilih bersama PH dan DAP, mereka juga tidak lagi mampu menjawab banyak persoalan, kemusykilan dan asakan bertubi-tubi akar umbi. Keputusan yang bakal dibuat sangat penting demi memastikan UMNO dibersihkan dari pimpinan gila kuasa dan tidak berintegriti.

Bak kata pepatah, sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan.




26/11/2022
Terima Kasih
20/11/2022

Terima Kasih

14/11/2022

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pas Taman Setia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pas Taman Setia:

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share