Polis Daerah Ipoh

  • Home
  • Polis Daerah Ipoh

Polis Daerah Ipoh Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh,Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,30000 Ipoh,Perak
05-2542222
(1)

Ibupejabat Polis Daerah Ipoh,Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,30000 Ipoh,Perak
05-2451500

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH IPOH BERKENAAN MAKLUMAN KES SAMUN BERSENJATA DI KEDAI RUNCIT TAMAN KLEBANG RIA, CHEMO...
03/06/2026

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH IPOH BERKENAAN MAKLUMAN KES SAMUN BERSENJATA DI KEDAI RUNCIT TAMAN KLEBANG RIA, CHEMOR.

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKATIPOH, 03 Jun 2026 - Tahniah diucapkan kepada P/SM 136723 Roslan Khan bin Md Sharif dan P/SM 1402...
03/06/2026

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT

IPOH, 03 Jun 2026 - Tahniah diucapkan kepada P/SM 136723 Roslan Khan bin Md Sharif dan P/SM 140268 Fazlin Hazliana binti Mohd Halim atas pemakaian pangkat yang telah disempurnakan di Pejabat Ketua Polis Daerah Ipoh.

Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh bermakna ini menjadi pengiktirafan terhadap komitmen, dedikasi dan kecemerlangan yang telah ditunjukkan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab sebagai warga Polis Diraja Malaysia.

Semoga kenaikan pangkat ini menjadi pemangkin untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang demi agama, bangsa dan negara.Sekalung tahniah dan syabas.




KUNJUNGAN HORMAT DARI DATO’ DR TOCK MIN KIN KE PEJABAT KETUA POLIS DAERAH IPOHIpoh, 3 Jun 2026 – Ketua Polis Daerah Ipoh...
03/06/2026

KUNJUNGAN HORMAT DARI DATO’ DR TOCK MIN KIN KE PEJABAT KETUA POLIS DAERAH IPOH

Ipoh, 3 Jun 2026 – Ketua Polis Daerah Ipoh telah menerima kunjungan hormat daripada Dato’ Dr Tock Min Kin bersama delegasi di Pejabat Ketua Polis Daerah Ipoh.

Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah Dato’ Dr Tock Min Kin, Ahli Majlis Datuk-Datuk Malaysia, Datuk Bryan Chin Chien Yuan dan Encik Ling Ken Ji

Kunjungan ini merupakan platform bagi mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuhkan kerjasama strategik antara pihak yang terlibat demi manfaat bersama.




KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH IPOH BERKENAAN MAKLUMAN KEPUTUSAN SIASATAN KES KEMALANGAN JALAN RAYA YANG DITULARKAN ...
03/06/2026

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH IPOH BERKENAAN MAKLUMAN KEPUTUSAN SIASATAN KES KEMALANGAN JALAN RAYA YANG DITULARKAN DI MEDIA SOSIAL

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH IPOH BERKENAAN MAKLUMAN TANGKAPAN DUA LELAKI DISYAKI TERLIBAT DALAM KES CUBAAN CURI K...
01/06/2026

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH IPOH BERKENAAN MAKLUMAN TANGKAPAN DUA LELAKI DISYAKI TERLIBAT DALAM KES CUBAAN CURI KABEL TELEKOM

01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

MERAFAK SEMBAH UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH.

CP Dato' Noor Hisam bin Nordin, Ketua Polis Perak mewakili seluruh warga Polis Diraja Malaysia Kontinjen Perak merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada hari ini, 1 Jun 2026 (Isnin) bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Semoga Allah S.W.T. memberkati pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku.




PROGRAM KEMPEN PENCEGAHAN JENAYAH BERSAMA MASYARAKAT OLEH AMANITA IPD IPOHIPOH, 30 Mei 2026- AMANITA IPD Ipoh telah mela...
30/05/2026

PROGRAM KEMPEN PENCEGAHAN JENAYAH BERSAMA MASYARAKAT OLEH AMANITA IPD IPOH

IPOH, 30 Mei 2026- AMANITA IPD Ipoh telah melaksanakan Program Kempen Pencegahan Jenayah Bersama Masyarakat di Pusat Perniagaan Pulai dan Pasar Kampung Rapat, Ipoh.

Sepanjang program, anggota AMANITA telah beramah mesra dengan orang awam serta memberikan penerangan berkaitan pencegahan jenayah dan jenayah komersil, khususnya penipuan dalam talian (scammer). Risalah pencegahan jenayah turut diedarkan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap ancaman jenayah semasa.

Program ini bertujuan memperkasakan peranan wanita dalam menjaga keselamatan komuniti, meningkatkan kesedaran pencegahan jenayah serta mengeratkan kerjasama antara masyarakat dan PDRM.




KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH IPOH BERKENAAN KES KEMALANGAN MAUT MELIBATKAN SEBUAH MOTOKAR DAN MOTOSIKAL DI JALAN S...
30/05/2026

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH IPOH BERKENAAN KES KEMALANGAN MAUT MELIBATKAN SEBUAH MOTOKAR DAN MOTOSIKAL DI JALAN SULTAN AZLAN SHAH IPOH, PERAK

29/05/2026

PERUTUSAN KETUA POLIS NEGARA SEMPENA SAMBUTAN PESTA KAAMATAN DAN HARI GAWAI TAHUN 2026

Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI.

Semangat kebersamaan dan keterangkuman yang berpaksikan citra kepelbagaian agama serta budaya merupakan nadi kekuatan identiti Malaysia. Nilai toleransi dan sikap saling hormat menghormati yang kita dukung selama ini membolehkan seluruh rakyat berdiri teguh sebagai sebuah bangsa yang bersatu padu, meraikan perayaan dalam suasana harmoni tanpa mengira latar belakang.

Pesta Kaamatan dan Hari Gawai, merupakan perayaan yang disambut oleh masyarakat di Negeri Sabah dan Sarawak sebagai tanda kesyukuran atas nikmat hasil tuaian. Sambutan ini merupakan aset kebudayaan nasional yang amat bernilai dan wajar dipelihara sebagai aspirasi dalam memperkukuhkan semangat perpaduan merentas sempadan integrasi nasional.

Bertepatan dengan tema Pesta Kaamatan tahun 2026, “Menuai Perpaduan, Meraikan Keharmonian”, ia merupakan seruan bermakna untuk kita mempererat ikatan ukhuwah dan kepercayaan sesama kita. Begitu juga dengan sambutan Hari Gawai di Sarawak yang sentiasa menyemarakkan semangat muhibah menerusi ungkapan “Gayu Guru Gerai Nyamai” yang memohon kesejahteraan, kesihatan dan kemakmuran hidup buat semua.

Bersempena sambutan ini, saya ingin mengajak seluruh masyarakat, khususnya warga Sang Saka Biru agar terus memperteguh solidariti dan permuafakatan, demi kestabilan dan kemakmuran negara tercinta.

Kepada anak perantauan yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut perayaan ini, saya mendoakan semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju. Dalam kegembiraan menyambut pesta ini, saya ingin mengingatkan agar sentiasa peka terhadap keselamatan rumah dan harta benda yang ditinggalkan. Pastikan langkah pencegahan diambil sewajarnya bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Saya dan keluarga serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan:
Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai
Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan
Gayu Guru Gerai Nyamai

IG DATO’ SERI HJ. MOHD KHALID BIN HJ. ISMAIL
Ketua Polis Negara
Polis Diraja Malaysia

Address

IBU PEJABAT POLIS DAERAH IPOH

30000

Telephone

+6052451500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Daerah Ipoh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Polis Daerah Ipoh:

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share