Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura - PKMS

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura - PKMS PKMS page is maintained by PKMS' Secretariat Office and Information department.

Penyebaran Warta lewat pagi tadi Ahad 12 Oct 2025 di Geylang Serai.
12/10/2025

Penyebaran Warta lewat pagi tadi Ahad 12 Oct 2025 di Geylang Serai.

BismillahhirrahmannirrahimInnalillahi Wainna Ilaihi RojiuunPentadbiran ahli Majlis Tertinggi Pertubuhan Kebangsaan Melay...
08/10/2025

Bismillahhirrahmannirrahim
Innalillahi Wainna Ilaihi Rojiuun

Pentadbiran ahli Majlis Tertinggi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura ingin menyampaikan takziah atas kepulangan Abdul Mutalib Bin Ithnin, ke rahmatullah pada 2 Oktober 2025 dan di kebumikan pada 3 Oktober 2025.

Beliau pernah memegang jawatan di PKMS sebagai Naib Presiden 2 ( Penggal 2016-2018) dan juga Ketua Pemuda (Penggal 2018 – 2020 & 2020 – 2022).

Alfatheha....

PKMS Mengiringi doa semoga Allahyarham di tempatkan di sisi Rasullullah SAW bersama orang - orang yang beriman. Insya Allah. Aamiin Aamiin Aamiin YRA.

Acara Secawan Kopi : 27 September 2025Acara Secawan Kopi yang berlangsung pada Sabtu, 27 September 2025, dari jam 2.00 p...
29/09/2025

Acara Secawan Kopi : 27 September 2025

Acara Secawan Kopi yang berlangsung pada Sabtu, 27 September 2025, dari jam 2.00 petang hingga 4.30 petang, telah berjaya menghimpunkan seramai 35 orang hadirin. Dengan tema “Kenali, Sembang dan Sertai: Jom Bersama Kami”, program ini khusus dianjurkan untuk ahli-ahli baru serta bakal ahli, sebagai ruang untuk lebih mengenali PKMS dengan suasana mesra dan santai.

Acara ini turut diserikan dengan kehadiran barisan kepimpinan PKMS. Naib Presiden 1, Tuan Malik Ismail membuka majlis dengan taklimat bermakna, mengenai erti jati diri serta kaitannya dengan disiplin dalam kehidupan berorganisasi.

Ketua Wanita, Puan Roziah Barik, kemudiannya berkongsi sejarah ringkas PKMS – dari penubuhannya pada tahun 1926, perubahan nama pertubuhan kepada PKMS, hingga kepada penglibatan pertubuhan dalam pilihan raya sejak kemerdekaan.

Sementara itu, Ketua Pemuda, Encik Hasly Hashim, membentangkan dua artikel penting berkaitan hak Melayu dalam Perlembagaan Singapura, yang menjadi asas kepada pemahaman tentang peranan politik Melayu di tanah air.

Sebagai penutup acara, Naib Presiden 2, Encik Kuswadi Atnawi, menekankan kepentingan, kedua-dua artikel tersebut serta bagaimana ia terus menjamin hak asasi masyarakat Melayu Singapura dan kepentingan pengetahuan sejarah perjuangan PKMS. Beliau juga menekankan bahawa PKMS mempunyai lebih banyak acara akan datang pada masa yang terdekat dan menggesa ahli untuk terus menyokong dengan menghadirkan diri di acara-acara yang akan datang.

Acara Secawan Kopi bukan sahaja memperkukuh silaturahim antara ahli baru dan lama, tetapi juga membuka ruang kesedaran tentang sejarah, peranan, dan perjuangan PKMS yang berterusan hingga ke hari ini.

Penyebaran Warta PKMS Ahad 14 Sep 2025 di kawasan Bukit Gombak.
19/09/2025

Penyebaran Warta PKMS Ahad 14 Sep 2025 di kawasan Bukit Gombak.

Majlis sambutan Maulidul Rasul telah diadakan semalam di Dewan Warisan. Ustaz Ali Rohani menyampaikan sejarah Rasul junj...
07/09/2025

Majlis sambutan Maulidul Rasul telah diadakan semalam di Dewan Warisan. Ustaz Ali Rohani menyampaikan sejarah Rasul junjungan kita baik diri beliau mahu pun pengorbanan menyebarkan Islam. Tujuan agar tetap segar didalam hati untuk sentiasa mencontohi Baginda Rasul saw didalam semua aspek kehidupan kita didalam beribadah mengESAkan Allah Azawajal & juga berinteraksi sesama manusia. Aamiin Ya Robbal A’lamiin.

Assalaamualaikum Wr Wb kepada semua Ahli Majlis Tertinggi, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Bahagian dan Ahli-ahli Pertu...
26/08/2025

Assalaamualaikum Wr Wb kepada semua Ahli Majlis Tertinggi, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Bahagian dan Ahli-ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura. Mudah-mudahan dalam keadaan sihat dan walafiat hendaknya, Aamiin YRA! Disini Jabatan Agama ingin menjemput semua ke *Majlis Maulidul Rasul PKMS pada hari Sabtu, 6hb September 2025 jam 2petang hingga 5petang di Dewan Warisan*. Kehadiran ahli-ahli disusuli dengan penghargaan terima kasih.

Address

Singapore

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura - PKMS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura - PKMS:

Share