N. 72 Lambir Keadilan Official

N. 72 Lambir Keadilan Official KEADILAN POLITIK BERTERASKAN NILAI DALAM MENERUSKAN AGENDA REFORMASI BERTERUSAN MEMBELA NASIB MARHAEN

SAMPAI BILA PENDUDUK KAMPUNG SUNGAI DALAM PERLU MENUNGGU? JAMBATAN UZUR MASIH BELUM DIAMBIL TINDAKAN MENYELURUHPenduduk ...
16/09/2026

SAMPAI BILA PENDUDUK KAMPUNG SUNGAI DALAM PERLU MENUNGGU? JAMBATAN UZUR MASIH BELUM DIAMBIL TINDAKAN MENYELURUH

Penduduk Kampung Sungai Dalam, Miri telah beberapa kali mengemukakan permohonan kepada pihak yang bertanggungjawab agar jambatan yang rosak dan semakin uzur di kawasan mereka dinaik taraf serta dibaik pulih.

Namun sehingga kini, penduduk masih terpaksa menggunakan laluan tersebut dalam keadaan yang membimbangkan.

Persoalannya, sampai bila keselamatan rakyat perlu dibiarkan bergantung kepada usaha penduduk sendiri?

Jambatan ini bukan sekadar struktur kayu. Ia merupakan laluan harian penduduk, termasuk keluarga, warga emas dan masyarakat setempat yang bergantung kepadanya untuk menjalani urusan seharian. Apabila kerosakan telah berulang kali dibangkitkan, isu ini tidak lagi wajar dianggap perkara kecil atau ditangguhkan tanpa penyelesaian.

Prihatin dengan keadaan tersebut, saya mengambil inisiatif menyumbangkan papan bagi menggantikan bahagian jambatan yang telah rosak dan uzur.

Bersempena cuti Hari Malaysia, 16 September 2026, penduduk Kampung Sungai Dalam sendiri turun bergotong-royong melakukan kerja pembaikan sementara demi memastikan laluan tersebut lebih selamat untuk digunakan.

Usaha masyarakat ini wajar dihargai, tetapi ia juga membawa satu mesej yang sangat jelas penduduk tidak sepatutnya terpaksa memikul sendiri tanggungjawab membaiki kemudahan asas yang telah sekian lama memerlukan perhatian pihak berkuasa.

Sumbangan papan dan gotong-royong penduduk hanyalah penyelesaian sementara. Ia bukan pengganti kepada kerja naik taraf yang sempurna, selamat dan berkekalan.

Jangan tunggu sehingga berlaku kemalangan, kecederaan atau kehilangan nyawa barulah semua pihak mahu bertindak. Aduan penduduk telah dibuat. Keadaan jambatan telah diketahui. Kini yang diperlukan bukan lagi alasan atau janji, tetapi tindakan.

Pihak yang mempunyai tanggungjawab terhadap kemudahan ini digesa turun melihat sendiri keadaan sebenar dan mengambil tindakan segera bagi melaksanakan pembaikan serta naik taraf secara menyeluruh.

Hari Malaysia sepatutnya mengingatkan kita bahawa pembangunan dan keselamatan asas perlu dirasai oleh rakyat di semua kawasan, bukan sekadar menjadi slogan.

Penduduk sudah bersuara. Penduduk sudah bergotong-royong. Penduduk juga telah melakukan apa yang mereka mampu. Kini tiba masanya pihak yang bertanggungjawab p**a melaksanakan tanggungjawab mereka.

Jangan biarkan sebuah jambatan yang rosak menjadi simbol kepada permohonan rakyat yang terus terbiar.

Zulhaidah Suboh
Timbalan Ketua Cabang
Parti Keadilan Rakyat
P.218 Sibuti

Selamat Hari Malaysia 2026 🇲🇾Semoga semangat perpaduan, keharmonian dan kasih kepada negara terus menyatukan kita dalam ...
15/09/2026

Selamat Hari Malaysia 2026 🇲🇾

Semoga semangat perpaduan, keharmonian dan kasih kepada negara terus menyatukan kita dalam kepelbagaian. Malaysia MADANI, Rakyat Nikmati. Bersama Malaysia Lebih Hebat, Harapan Demi Masa Depan.

JANGAN NORMALISASIKAN PENGHINAAN ATAS NAMA POLITIKApa yang berlaku dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini bukan sesu...
15/09/2026

JANGAN NORMALISASIKAN PENGHINAAN ATAS NAMA POLITIK

Apa yang berlaku dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan.

‘Body shaming’ terhadap Datuk Seri Dr Noraini Ahmad adalah penghinaan terhadap maruah seorang wanita. Mempersendakan perkara yang dianggap suci oleh penganut Kristian p**a menyentuh soal keharmonian agama yang jauh lebih besar daripada sekadar gurauan politik.

Cukup-cukuplah menjadikan “terlajak cakap” dan permohonan maaf sebagai jalan keluar setiap kali sensitiviti rakyat dilukai.

Permohonan maaf tidak boleh menjadi lesen untuk mengulangi budaya penghinaan.

Jika terdapat unsur pelanggaran undang-undang, siasat dan ambil tindakan. Jangan ada dua darjat hanya kerana seseorang berada di atas pentas politik atau berlindung di sebalik parti.

Politik bukan lesen untuk menghina tubuh wanita.
Politik bukan pentas mempermainkan agama.
Dan politik tidak boleh mengatasi undang-undang.

Kalau kita terus berdiam diri, penghinaan hari ini akan menjadi normalisasi esok dan akan menpengaruhi generasi akan datang.

Malaysia memerlukan politik yang matang, beradab dan bertanggungjawab bukan politik yang mencari sorakan dengan menjatuhkan maruah orang lain.

Hormati wanita. Hormati agama. Tegakkan undang-undang. Tiada siapa harus kebal hanya kerana bergelar orang politik.

Rakyat Malaysia wajib menolak politik biadab, penghinaan terhadap wanita dan tindakan yang mempermainkan sensitiviti agama tanpa mengira parti atau kedudukan.

Zulhaidah Suboh
Timbalan Ketua Cabang
Parti Keadilan Rakyat
P.218 Sibuti

Sabarnya seorang guru mengajar anak murid yang nakal, bernafsu 47 kali ganda dan masih banyak masalah disiplinGuru itu m...
12/09/2026

Sabarnya seorang guru mengajar anak murid yang nakal, bernafsu 47 kali ganda dan masih banyak masalah disiplin

Guru itu memang kena banyak sabar.

Kadang-kadang murid yang masuk kelas bukan semuanya datang dengan rekod cantik.

Ada yang dah berkali-kali kena rotan.

Ada yang selalu masuk bilik disiplin.

Ada yang rekod keluarganya pun penuh cerita lama, termasuk perangai s**a ambil barang yang bukan hak sendiri.

Tapi itulah sikap seorang guru.

Dia tak terus buang murid keluar.

Dia cuba didik.

Dia cuba pulihkan.

Dia bagi peluang kedua.

Dia percaya budak bermasalah pun masih boleh berubah kalau dibimbing dengan betul.

Sebab itu guru yang baik sanggup terima murid-murid macam ni masuk dalam kelas.

Walaupun rekod panjang.

Walaupun kuat melawan.

Walaupun baru belajar beberapa bab, dah mula rasa diri lebih pandai daripada cikgu.

Guru tetap kena ajar satu-satu.

Ajar disiplin.

Ajar tanggungjawab.

Ajar integriti.

Ajar cara urus amanah.

Ajar juga bahawa bila diberi peluang kedua, jangan ulang perangai lama.

Masalahnya, ada murid yang baru siap satu kerja rumah dah mula rasa layak jadi pengetua.

Belum habis kelas disiplin, dah sibuk nak pegang sekolah.

Belum lulus bab integriti, dah mula cakap dia boleh buat lebih baik.

Ada yang dulu sampai “47 kali kena rotan”, tapi nafsu nak jadi nombor satu masih 47 kali ganda.

Tapi guru tetap guru.

Bukan tugas guru untuk simpan dendam.

Tugas guru ialah mendidik, membaiki dan cuba memastikan murid yang masuk dengan rekod bermasalah keluar sebagai orang yang lebih baik.

Nak mengajar murid baik memang senang.

Nak mengajar murid nakal, rekod panjang, kuat melawan dan masih sibuk nak jadi pengetua, itu baru betul-betul menguji kesabaran seorang guru.

Perginya wira dan wirawati negara amat dirasai. Jasa, bakti dan pengorbanan kalian akan terus dikenang. Semoga Allah SWT...
08/09/2026

Perginya wira dan wirawati negara amat dirasai. Jasa, bakti dan pengorbanan kalian akan terus dikenang.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan menempatkan mereka dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Parti Keadilan Rakyat
P218 Sibuti

PENINGKATAN KUOTA BUDI95 DAN BUDI DIESEL. LANGKAH BERMAKNA UNTUK RAKYAT SABAH DAN SARAWAKKami mengalu-alukan dan menyamb...
31/08/2026

PENINGKATAN KUOTA BUDI95 DAN BUDI DIESEL. LANGKAH BERMAKNA UNTUK RAKYAT SABAH DAN SARAWAK

Kami mengalu-alukan dan menyambut baik pengumuman YAB Perdana Menteri berkenaan peningkatan kuota subsidi BUDI95 daripada 200 liter kepada 300 liter sebulan, dan BUDI Diesel daripada 300 liter kepada 400 liter sebulan, berkuat kuasa 1 September 2026.

Langkah ini amat bermakna dan tepat pada masanya, terutamanya bagi rakyat di Sabah dan Sarawak yang selama ini menghadapi cabaran geografi, jarak perjalanan jauh, serta kebergantungan tinggi kepada kenderaan persendirian dan diesel di kawasan pedalaman.

Keputusan kerajaan Perpaduan ini bukan sahaja meringankan beban kos sara hidup rakyat, malah menunjukkan komitmen jelas Kerajaan MADANI dalam mendengar dan memahami keperluan rakyat di seluruh negara, termasuk di luar bandar.

Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri serta Kerajaan MADANI di atas keprihatinan ini. Semoga langkah ini menjadi pemangkin kepada kesejahteraan dan kemakmuran yang dinikmati bersama.

Dirgahayu Malaysia.

Zulhaidah Suboh
Timbalan Ketua Cabang
P218 Sibuti

Teruskan memartabatkan Jalur Gemilang, hargai kepelbagaian, dan perkuatkan semangat kebersamaan. Malaysia adalah milik k...
31/08/2026

Teruskan memartabatkan Jalur Gemilang, hargai kepelbagaian, dan perkuatkan semangat kebersamaan. Malaysia adalah milik kita bersama peliharalah kedaulatannya, hormatilah perbezaannya, dan perkukuhkanlah perpaduan agar negara terus gemilang .

Dirgahayu Tanah Airku 🇲🇾

29/08/2026

🇲🇾 Semarakkan bulan kemerdekaan. Turun ke Tamu Simpang Bekenu Lama untuk menyantuni peniaga dan pengunjung sambil mengedarkan Jalur Gemilang dan risalah hak kepenggunaan bagi memberi pendedahan tentang hak asas pengguna dan saluran aduan.

Semoga usaha kecil ini dapat meningkatkan kesedaran tentang hak pengguna dan memupuk semangat cinta akan negara.

Jom kita jadi pengguna bijak dan raikan semangat Merdeka💪

DAULAT TUANKU | SETINGGI-TINGGI TAHNIAH PMX 🇲🇾🇧🇳Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada YAB Dato’ Seri Anwar...
22/08/2026

DAULAT TUANKU | SETINGGI-TINGGI TAHNIAH PMX 🇲🇾🇧🇳

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia (PMX) atas pengurniaan Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati (D.K.).

Merafak sembah dan menjunjung kasih serta setulus penghargaan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, atas pengurniaan darjah kebesaran yang penuh berprestij ini kepada YAB Perdana Menteri Malaysia.

Semoga hubungan persaudaraan erat antara Malaysia dan Negara Brunei Darussalam terus diperkukuh, berlandaskan sejarah, budaya dan semangat serumpun demi kemakmuran serta kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.

Semoga YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim terus dikurniakan kesihatan, kekuatan dan kebijaksanaan dalam memimpin Malaysia.

Daulat Tuanku.
Tahniah PMX 🇲🇾🤝🇧🇳

Ikhlas Daripada
Zulhaidah Suboh
Timbalan Ketua Cabang
Parti Keadilan Rakyat
P218 Sibuti

Harga runcit petroleum tanpa subsidi meningkat bagi tempoh 20–26 Ogos 2026, seiring kenaikan harga minyak mentah dunia. ...
19/08/2026

Harga runcit petroleum tanpa subsidi meningkat bagi tempoh 20–26 Ogos 2026, seiring kenaikan harga minyak mentah dunia. ⛽📈

Harga bahan api bersubsidi kekal, manakala Kerajaan MADANI terus mengambil pendekatan berhemah bagi melindungi rakyat serta memastikan bekalan negara mencukupi dan terjamin. 🇲🇾




Address

Singapore

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when N. 72 Lambir Keadilan Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to N. 72 Lambir Keadilan Official:

Shortcuts

Share