29/05/2026
SIARAN RASMI: PROGRAM QURBAN PENELA 1447H PERKUKUH SINERGI KOMUNITI NELAYAN DI KAMPUNG LUBOK TEMIANG
LABUAN, 29 Mei 2026 β Persatuan Nelayan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan (PENELA) dengan kerjasama erat PNK Labuan Utara telah menjayakan Program Qurban 1447H/2026M yang berlangsung di Kampung Lubok Temiang, pagi ini.
Program ini digerakkan sepenuhnya melalui penyelarasan oleh Pengurus Besar PENELA bersama barisan Ahli Lembaga Pengarahnya, serta ahli PNK Labuan Utara. Sumbangan dua ekor lembu daripada YB Datoβ Indera Dr. Haji Suhaili bin Abdul Rahman, Pengerusi PENELA merangkap Ahli Parlimen Labuan, telah dikorbankan sebagai tanda keprihatinan beliau terhadap kebajikan komuniti nelayan setempat.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengarah LKIM WP Labuan, Puan Marini binti Mohamad, serta Timbalan Pengarah, Encik Adam Rezqual bin Ramlie, sebagai tanda sokongan padu agensi terhadap aktiviti persatuan.
Selain menjadi platform agihan daging korban kepada golongan sasar dan penduduk setempat, program ini juga berperanan penting dalam memperkukuh ukhuwah serta semangat kerjasama antara badan persatuan, agensi, dan ahli melalui aktiviti gotong-royong yang dijalankan secara kolektif.
PENELA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Usaha murni tersebut diharapkan dapat memberi impak positif yang berterusan terhadap kesejahteraan serta kelestarian hubungan dalam kalangan komuniti nelayan di Labuan secara keseluruhannya.
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia