TKPE Pengurusan MAIWP

  • Home
  • TKPE Pengurusan MAIWP

TKPE Pengurusan MAIWP TKPE P MAIWP

14/06/2026
09/06/2026

Jangan tunggu sakit baru hargai sihat, jangan tunggu sibuk baru nak cari masa beramal

"Dua kenikmatan yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia adalah kesihatan dan waktu lapang." (HR Al-Bukhari)

Manfaatkan kedua-dua nikmat ini hari ini untuk saham akhirat kita.

06/06/2026

SAAT HILANG TEMPAT BERTEDUH, MAIWP HADIR MEMBERI SINAR

MAIWP menerusi Pusat Agihan Zakat (PAZA) Titiwangsa dan Wangsa Maju telah mengadakan lawatan turun padang bagi menyantuni seorang wanita yang sedang melalui ujian kehidupan yang amat mencabar.

Beliau yang kini dalam proses perceraian dengan suaminya, terpaksa meninggalkan kediaman yang didiami sebelum ini dan keluar sehelai sepinggang bersama empat orang anak. Beliau dan anak-anak menumpang sementara di kediaman adik tirinya di AU3, Keramat.

Untuk rekod, beliau merupakan penerima Bantuan Sara Hidup dan Bantuan Sewa Rumah Bulanan MAIWP. Namun, perubahan status keluarga serta perpindahan tempat tinggal telah menyebabkan timbul beberapa isu teknikal berkaitan permohonan bantuan sewa rumah yang baharu.

Prihatin terhadap kesukaran yang dihadapi, pihak MAIWP telah turun padang bagi meneliti sendiri keadaan semasa keluarga tersebut serta menyemak dokumen-dokumen berkaitan bagi memastikan urusan permohonan bantuan dapat diselesaikan dengan segera. Kehadiran pegawai PAZA bukan sahaja bertujuan mendapatkan maklumat yang diperlukan, malah sebagai tanda sokongan dan keprihatinan terhadap nasib yang sedang ditempuh oleh beliau dan anak-anak.

Sebagai langkah susulan, MAIWP komited untuk mempercepatkan proses penilaian dan kelulusan bantuan yang berkaitan agar kebajikan keluarga ini terus terpelihara serta dapat membantu mereka meneruskan kehidupan dengan lebih teratur dan sejahtera.

Semoga bantuan yang disalurkan dapat meringankan beban yang dipikul serta menjadi sinar harapan baharu buat beliau dan anak-anak dalam membina semula kehidupan yang lebih baik.

01/06/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBrs. Tuan Haji Mazlan bin Abd Mutalib, Setiausaha Bahagian, Bahagian Dasar Saraan dan Pengurusan, Kementerian Kewangan atas penganugerahan Darjah Johan Mangku Negara (JMN) sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi Tahun 2026.

Sekalung tahniah dan syabas.

Ikhlas daripada:
Pengerusi, Ahli Lembaga dan Keluarga
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)













30/05/2026
27/05/2026

SALAM AIDILADHA 1447H | 2026M

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H kepada seluruh umat Islam.

Hari Raya Aidiladha merupakan peristiwa yang mengajak kita menghayati nilai pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim A.S. dan Nabi Ismail A.S. dalam melaksanakan perintah Allah SWT. Semangat ini wajar diterjemahkan dalam kehidupan seharian melalui sikap prihatin, saling membantu dan mengutamakan kebajikan masyarakat.

Semoga ibadah korban yang dilaksanakan pada tahun ini diterima Allah SWT serta menjadi medan untuk memperkukuhkan ukhuwah, menyuburkan rasa syukur dan memperteguh ketakwaan kepada-Nya.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H. Maaf Zahir dan Batin.

Ikhlas daripada Pengurusi, Ahli dan Keluarga MAIWP.










26/05/2026

Selamat menyambut Hari Arafah.

Semoga segala doa, zikir dan amal ibadah kita diterima Allah SWT, serta dikurniakan keampunan dan rahmat-Nya.

Perbanyakkan doa dan istighfar pada hari yang penuh keberkatan ini.

26/05/2026

“𝙅𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙗𝙞𝙖𝙧𝙠𝙖𝙣 𝙃𝙖𝙧𝙞 𝘼𝙧𝙖𝙛𝙖𝙝 𝙗𝙚𝙧𝙡𝙖𝙡𝙪 𝙩𝙖𝙣𝙥𝙖 𝙙𝙤𝙖”

Hari Arafah adalah antara waktu terbaik untuk memperbanyakkan doa, istighfar dan pengharapan kepada Allah SWT. Saat jutaan umat Islam bermunajat di Padang Arafah, marilah kita turut mengambil peluang memohon keampunan, ketenangan hidup, kesihatan, rezeki yang diberkati serta kesejahteraan buat diri, keluarga dan seluruh umat Islam.

Perbanyakkanlah doa:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan menyukai kemaafan, maka maafkanlah aku.”

Semoga setiap doa yang dipanjatkan pada Hari Arafah menjadi asbab rahmat, pengampunan dan keberkatan daripada Allah SWT.

18/05/2026

MAKLUMAN PENAFIAN

MAIWP ingin menegaskan bahawa hebahan berkaitan “Insentif Khas MAIWP RM1,000 bagi Tahun 2026” yang sedang tular adalah tidak benar dan palsu.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat tersebut dan hanya merujuk kepada saluran rasmi MAIWP untuk sebarang pengumuman terkini.

Sekian, terima kasih.

Address

Wilayah Persekutuan

51200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TKPE Pengurusan MAIWP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share