Amanah - Wangsa Maju

Amanah - Wangsa Maju PARTI AMANAH NEGARA (AMANAH)
Kawasan Wangsa Maju

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.Saya, Mohd Shukri Ab Ghani, Pemangku Ketua Amanah Kawasan...
20/03/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Saya, Mohd Shukri Ab Ghani, Pemangku Ketua Amanah Kawasan Wangsa Maju, ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga Parlimen Wangsa Maju.

Syawal yang mulia ini adalah waktu untuk kita mensyukuri nikmat kemenangan setelah sebulan berpuasa, serta mengeratkan silaturahim sesama keluarga, jiran dan masyarakat. Semoga Aidilfitri kali ini membawa sinar kebahagiaan, kedamaian dan keberkatan kepada kita semua.

Dalam kegembiraan menyambut lebaran, marilah kita terus memupuk nilai kasih sayang, perpaduan dan semangat kebersamaan demi kesejahteraan komuniti kita.

Maaf zahir dan batin atas segala kekhilafan.

Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadan yang akan datang.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Koleksi terbaru
11/12/2024

Koleksi terbaru

Pulau Labuan.Pulau Labuan asalnya merupakan sebahagian dari Kesultanan Brunei. Pada 1846, ia diserahkan kepada British o...
20/10/2024

Pulau Labuan.

Pulau Labuan asalnya merupakan sebahagian dari Kesultanan Brunei. Pada 1846, ia diserahkan kepada British oleh Sultan Brunei Sultan Omar Ali Saifuddin II setelah British menggunakan p**au itu sebagai tapak operasi menentang lanun. Pada 1848 Labuan telah diisytiharkan sebagai Tanah Jajahan Mahkota British.

Labuan merupakan salah sebuah Wilayah Persekutuan Malaysia. Pulau ini ditadbir oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Wilayah Persekutuan.

AMANAH Wilayah Persekutuan mempunyai struktur organisasinya disini. Amanah kawasan Labuan bersama sayap wanita dan pemudanya.
Diawal penuhan, parti ini membuka lebih 60 cawangan disini

Ziarah kasih Ramadhan 1445H.30 Mac 2024.Datuk Sabtu Awab , Ketua Amanah Kawasan Wangsa Maju bersama Timbalannya Saudara ...
31/03/2024

Ziarah kasih Ramadhan 1445H.
30 Mac 2024.
Datuk Sabtu Awab , Ketua Amanah Kawasan Wangsa Maju bersama Timbalannya Saudara Mohd Shukri Abdul Ghani menziarahi rumah ahli di Kampung Setia Jaya.
Rumah pertama dikunjungi ialah rumah mantan Ketua Cawangan Amanah Kg Setia Jaya. Balu kepada Allahyarham Adznan Bin Khalid dan family menyambut kedatangan kami dengan mesra.
Sementara rumah kedua yang dikunjungi ialah rumah Encik Zaini Bin Tohir, ahli Amanah cawangan Kg Setia Jaya. Beliau telah diuji dengan penyakit stroke sejak Julai 2023.

Turut bersama dengan rombongan adalah Penolong Setiausaha Amanah Kawasan Wangsa Maju, Tuan Haji Faisal Bin Abdul Rahman dan Naib Ketua, Saudara Mahadzir Bin Abdul Rani.

Melengkapkan jadual perjalanan organisasi.Mesyuarat Tahunan Amanah Kawasan Wangsa Maju.11  Nov 2023.Pemilihan kepimpinan...
12/11/2023

Melengkapkan jadual perjalanan organisasi.
Mesyuarat Tahunan Amanah Kawasan Wangsa Maju.
11 Nov 2023.
Pemilihan kepimpinan masih diterajui Datuk Sabtu Awap dibantu oleh Mohd Shukri Ab Ghani & Tuan Haji Rahim Said.
Dirasmikan oleh Tuan Haji Zulkifli Mohamad, Pengerusi AMANAH Negeri Pahang merangkap Ketua Amanah Kawasan Indera Mahkota.
Terima kasih kepada seluruh ahli dan rakan Pakatan Harapan dan Kerajaan Perpaduan yang berterusan memberi sokongan kepada AMANAH Wangsa Maju

02 Nov 2023.Lawatan ke Kg Setia Jaya. Meninjau projek turapan jalan utama dalam kampung Setia Jaya. Y. Bhg Datuk Sabtu A...
03/11/2023

02 Nov 2023.
Lawatan ke Kg Setia Jaya. Meninjau projek turapan jalan utama dalam kampung Setia Jaya.
Y. Bhg Datuk Sabtu Awap Ketua kawasan bersama timbalan mengiringi Ahli lembaga penasihat DBKL . Ir Hayatul Kamil dan Sdr Andre Lai.
Turut serta Naib Ketua Cabang PKR Wangsa Maju Sdr Azmi.

07/10/2023

9:69
(Nasib kamu hai orang-orang munafik) adalah sama dengan nasib orang-orang sebelum kamu (yang telah dibinasakan),
i) mereka lebih
a: kuat
b: serta lebih banyak harta benda dan
c: anak pinak daripada kamu;
ii) seterusnya mereka telah bersenang-senang dengan bahagian mereka;
maka kamu p**a telah bersenang-senang dengan bahagian kamu
sebagaimana orang-orang yang sebelum kamu itu bersenang-senang dengan bahagiannya;
dan kamu p**a telah memperkatakan (perkara yang salah dan dusta)
sebagaimana mereka memperkatakannya.
Mereka yang demikian, rosak binasalah amal-amalnya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan
merekalah orang-orang yang rugi

17/05/2023

Jom laksanakan ibadah korban dengan harga mampu di Wangsa Maju.
Klik sahaja link ini
https://wasap.my/+60193443196/korbanRM700

Terima kasih.

Pertubuhan Peduli Sejahtera Kuala Lumpur, merupakan sebuah NGO yang berteraskan kebajikan

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa kepada seluruh Muslimin dan Muslimat.
22/03/2023

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa kepada seluruh Muslimin dan Muslimat.

Address

Wangsa Maju
Wangsa Maju

Telephone

+60172051261

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Amanah - Wangsa Maju posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Amanah - Wangsa Maju:

Share