Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Tumpat

Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Tumpat Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Tumpat, Government Organization, PT 300, Jalan Baru, wakaf bharu.

BENGKEL PEMIMPIN BAHARU ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA PERKASA KEPIMPINAN BELIATUMPAT, 11 JUN 2026 – Bengkel Pemimpi...
11/06/2026

BENGKEL PEMIMPIN BAHARU ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA PERKASA KEPIMPINAN BELIA

TUMPAT, 11 JUN 2026 – Bengkel Pemimpin Baharu Anugerah Remaja Perdana (ARP) Rakan Muda telah dilaksanakan pada 4 hingga 6 Jun 2026 di Cabana Cafe & Campsite, Pulau Perhentian, Terengganu. Seramai 3 orang peserta dari ahli Kelab Rakan Muda Bandar Tumpat telah hadir mewakili daerah Tumpat ke program tersebut.

Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta memperkasa kepimpinan peserta bagi menyokong pelaksanaan ARPRM di pelbagai peringkat, khususnya dalam usaha membimbing dan membangunkan potensi golongan remaja.

Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai modul berkaitan pengurusan program, kepimpinan, pemantauan aktiviti serta pelaksanaan komponen-komponen Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM). Selain memperkukuh kemahiran kepimpinan, program ini turut memberi peluang kepada peserta untuk membina jaringan kerjasama dan bertukar pandangan dengan peserta-peserta daripada pelbagai latar belakang.

Program diakhiri dengan sesi penyampaian sijil penyertaan sebagai tanda penghargaan kepada peserta yang telah menunjukkan komitmen dan penglibatan aktif sepanjang bengkel berlangsung.



Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia

Disediakan oleh: Urus Setia Portal PBSD Tumpat

MERIAH! KEJOHANAN BOLA TAMPAR TARIK PENYERTAAN BELIA SETEMPATTUMPAT, 24 MEI 2026 – Kejohanan bola tampar sempena Liga Su...
24/05/2026

MERIAH! KEJOHANAN BOLA TAMPAR TARIK PENYERTAAN BELIA SETEMPAT

TUMPAT, 24 MEI 2026 – Kejohanan bola tampar sempena Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Tumpat pada 22 hingga 23 Mei 2026 bertempat di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Chabang Empat telah berlangsung dalam suasana penuh meriah dan mendapat sambutan menggalakkan daripada pasukan-pasukan sekitar daerah ini.

Kejohanan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat ini bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat, memperkukuh hubungan silaturahim serta memupuk semangat kerjasama dan kesukanan dalam kalangan masyarakat setempat.

Sepanjang kejohanan berlangsung, para peserta telah mempamerkan aksi permainan yang kompetitif, berdisiplin dan penuh semangat berpasukan. Sokongan daripada komuniti dan penyokong turut menambahkan kemeriahan suasana pertandingan.

Kejohanan diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah oleh Puan Hazmanita binti Che Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tumpat kepada pasukan-pasukan pemenang sebagai penghargaan atas prestasi dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang pertandingan berlangsung.

Johan telah dimenangi oleh Pasukan Berangan VC A selepas menewaskan pasukan Jawhead VT dalam perlawanan akhir. Tempat ketiga bersama p**a dimenangi oleh pasukan Padang Tembesu B dan Berangan VC B. Johan membawa p**ang wang tunai RM500.00 beserta medal, cek cura dan sijil. Naib Johan membawa p**ang wang tunai RM300.00 beserta medal, cek cura dan sijil manakala tempat ketiga dan ketiga bersama membawa p**ang wang tunai berjumlah RM200.00 beserta medal, cek cura dan sijil.

Johan dan Naib Johan akan mewakili Daerah Tumpat ke Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Kelantan yang dijadualkan akan berlangsung pada bulan Julai 2026.

Penganjuran Liga Sukan Komuniti bukan sahaja menjadi platform pembangunan sukan di peringkat akar umbi, malah membantu mencungkil bakat baharu dalam kalangan belia untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.



Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia

Disediakan oleh: Urus Setia Portal PBSD Tumpat

AKSI PADU DAN SEMANGAT LUAR BIASA WARNAI KEJOHANAN FUTSAL LIGA SUKAN KOMUNITI TUMPATTUMPAT, 18 Mei 2026 – Liga Sukan Kom...
19/05/2026

AKSI PADU DAN SEMANGAT LUAR BIASA WARNAI KEJOHANAN FUTSAL LIGA SUKAN KOMUNITI TUMPAT

TUMPAT, 18 Mei 2026 – Liga Sukan Komuniti bagi kejohanan futsal yang berlangsung pada 16 Mei 2026 bertempat di De Stadium Futsal, Padang Rokma, Wakaf Bharu berjaya menarik penyertaan pelbagai pasukan dari sekitar daerah ini dalam suasana penuh semangat kesukanan dan kompetitif.

Kejohanan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat ini bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat, memperkukuh hubungan silaturahim serta mencungkil bakat baharu dalam kalangan belia melalui platform sukan komuniti.

Sepanjang kejohanan berlangsung, para peserta mempamerkan aksi permainan yang bertenaga, berdisiplin dan penuh semangat berpasukan. Sokongan padu daripada para penyokong dan komuniti setempat turut menambahkan kemeriahan kejohanan.

Sebanyak 24 pasukan telah mengambil bahagian sepanjang kejohanan berlangsung. Pasukan Nakanaka FT muncul johan selepas menewaskan pasukan Wakaf Bharu FC dalam perlawanan akhir. Tempat ketiga bersama p**a dimenangi oleh pasukan EC FT dan Rilek FT.

Johan membawa p**ang wang tunai RM500.00 beserta medal, cek cura dan sijil. Naib Johan membawa p**ang wang tunai RM300.00 beserta medal, cek cura dan sijil manakala tempat ketiga dan ketiga bersama membawa p**ang wang tunai berjumlah RM200.00 beserta medal, cek cura dan sijil. Johan dan Naib Johan akan mewakili Daerah Tumpat ke Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Kelantan yang dijadualkan akan berlangsung pada bulan Julai 2026.

Program seperti ini bukan sahaja dapat memperkasakan pembangunan sukan di peringkat akar umbi, malah menjadi medium dalam membentuk sahsiah positif serta semangat kerjasama dalam kalangan golongan muda.

Kejohanan diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah oleh Puan Hazmanita binti Che Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tumpat kepada pasukan-pasukan pemenang sebagai penghargaan atas komitmen dan prestasi cemerlang sepanjang pertandingan berlangsung.



Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia

Disediakan oleh: Urus Setia Portal PBSD Tumpat

SEMANGAT JUANG YANG TINGGI DI KALANGAN PESERTA INSPIRE iTALENT TUMPATTUMPAT, 18 MEI 2026 – Program Inspire iTalent iaitu...
19/05/2026

SEMANGAT JUANG YANG TINGGI DI KALANGAN PESERTA INSPIRE iTALENT TUMPAT

TUMPAT, 18 MEI 2026 – Program Inspire iTalent iaitu pencarian bakat baharu dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh semangat, ceria dan inklusif melibatkan 32 orang peserta daripada pelbagai kategori.

Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat yang diadakan pada 11 Mei 2026 di Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan bertujuan menggalakkan penglibatan aktif golongan OKU dalam aktiviti sukan di samping meningkatkan keyakinan diri, kesejahteraan fizikal serta semangat kesukanan.

Program seperti ini bukan sahaja dapat memperkasa golongan OKU melalui aktiviti sihat dan bermanfaat, malah dapat mencungkil bakat-bakat baharu yang berpotensi untuk diketengahkan dalam kejohanan-kejohanan sukan Para.

Program diakhiri dengan sesi penyampaian sijil penyertaan oleh Yang Amat Berusaha Encik Junaidi Affandy bin Jusoh, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pengurusan Sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah Tumpat kepada wakil para peserta sebagai tanda penghargaan atas semangat dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang program berlangsung.

Penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada Majlis Sukan Negeri Kelantan, Pejabat Pendidikan Daerah Tumpat, barisan penguji serta semua peserta yang telah menjayakan program ini.



Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia

Disediakan oleh: Urus Setia Portal PBSD Tumpat

LIGA SUKAN KOMUNITI BOLA JARING MERIAHKAN SEMANGAT KESUKANAN KOMUNITITUMPAT, 14 Mei 2026 – Liga Sukan Komuniti (LSK) Per...
14/05/2026

LIGA SUKAN KOMUNITI BOLA JARING
MERIAHKAN SEMANGAT KESUKANAN KOMUNITI

TUMPAT, 14 Mei 2026 – Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Daerah Tumpat bagi kejohanan bola jaring berjaya menghimpunkan penyertaan pasukan daripada pelbagai komuniti setempat dalam suasana penuh semangat kesukanan dan perpaduan.

Kejohanan yang berlangsung pada 9 Mei 2026 bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Sri Tumpat 2 menyaksikan aksi kompetitif serta komitmen tinggi daripada semua pasukan yang bertanding bagi merebut gelaran juara. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat bertujuan menggalakkan gaya hidup aktif selain memperkukuhkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Sebanyak 12 pasukan telah mengambil bahagian sepanjang kejohanan berlangsung. Para peserta mempamerkan semangat juang tinggi dan kerjasama berpasukan yang cemerlang dalam setiap perlawanan.

Pasukan Sonix Girls muncul johan selepas menewaskan pasukan Black Panthers dalam perlawanan akhir. Tempat ketiga bersama p**a dimenangi oleh pasukan Thunder Queens dan Dragon NC. Johan membawa p**ang wang tunai RM500.00 beserta medal.

Naib Johan membawa p**ang wang tunai RM300.00 beserta medal manakala tempat ketiga dan ketiga bersama membawa p**ang wang tunai berjumlah RM200.00 beserta medal. Johan dan Naib Johan akan mewakili Daerah Tumpat ke Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Kelantan yang dijadualkan akan berlangsung pada bulan Julai 2026.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Zulkifli bin Mail, Timbalan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Tumpat. Turut hadir ke majlis ini ialah Puan Hazmanita binti Che Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tumpat.

Penganjuran LSK Bola Jaring bukan sahaja menjadi platform mencungkil bakat baharu dalam sukan bola jaring, malah mampu membentuk masyarakat yang lebih aktif, sihat dan bersatu padu.



Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia

Disediakan oleh: Urus Setia Portal PBSD Tumpat

HARI BELIA NEGARA TUMPAT  PENUH ENERGI, KREATIVITI DAN SEMANGAT BELIATUMPAT, 13 Mei 2026 – Program Semarak Belia @ Hari ...
14/05/2026

HARI BELIA NEGARA TUMPAT
PENUH ENERGI, KREATIVITI DAN SEMANGAT BELIA

TUMPAT, 13 Mei 2026 – Program Semarak Belia @ Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Daerah Tumpat Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 11 Mei 2026 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Berangan dalam suasana penuh meriah dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah tersebut.

Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Tumpat bertujuan memperkukuh penglibatan belia dalam aktiviti pembangunan diri, kesukarelawanan, kepimpinan, keusahawanan, sukan serta inovasi digital selaras dengan aspirasi pembangunan belia negara.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program berlangsung antaranya senam cergas, netball shoot out, penalti gol kecil dan pertandingan bocce bagi Segmen Malaysia Aktif, persembahan nyanyian (Segmen Muzik) serta Segmen Inovasi.

Dalam majlis yang sama juga, peserta-peserta berpeluang mendengar perutusan khas daripada Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan sempena Hari Belia Negara secara atas talian. Turut diadakan ialah bacaan ikrar belia yang diketuai oleh Encik Khairul Syafiq Ikhwan bin Mohammad, Timbalan Pengerusi Majlis Belia Daerah Tumpat bersama pelajar-pelajar pasukan beruniform SMK Berangan.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Yang Amat Berusaha Encik Junaidi Affandy bin Jusoh, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pengurusan Sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah Tumpat. Program diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah kepada para peserta pertandingan bocce.

Penganjuran program seperti ini menjadi platform penting dalam mencungkil bakat, memperkasa potensi belia serta menggalakkan gaya hidup sihat dan produktif dalam kalangan generasi muda.

Selain itu, program ini turut menjadi medium dalam mengeratkan hubungan silaturahim antara belia dan agensi kerajaan ke arah pembentukan komuniti yang lebih progresif dan sejahtera.



Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia

Disediakan oleh: Urus Setia Portal PBSD Tumpat

12/05/2026
12/05/2026
12/05/2026

📢📢NOTIS MAKLUMAN...

PERTUKARAN TEMPAT PROGRAM SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI KELANTAN TAHUN 2026 ADALAH SEBAGAIMANA BERIKUT :

TARIKH : 22-23 MEI 2026
TEMPAT : AEON MALL KOTA BHARU

SEMOGA DALAM MAKLUMAN BERSAMA.

Address

PT 300, Jalan Baru
Wakaf Bharu
16250

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Tumpat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Tumpat:

Share