13/05/2026
MESYUARAT SAMBUTAN HARI GURU & TAKLIMAT KWSP
Tarikh: 12 Mei 2026 ( Selasa)
Tempat : Bilik Gerakan JKR WP Labuan
Satu mesyuarat penting telah diadakan bagi membincangkan persiapan Sambutan Hari Guru Tabika / Taska Perpaduan WP Labuan. Mesyuarat ini dihadiri oleh En. Mohamad Fakri bin Asmad, Timbalan Pengarah JPNIN WP Labuan, guru-guru Tabika dan Taska Perpaduan WP Labuan. Mesyuarat ini bertujuan memastikan sambutan tahun ini berjalan dengan meriah sebagai tanda penghargaan kepada para pendidik yang tidak jemu menabur bakti
Selesai agenda mesyuarat, program diteruskan lagi dengan Sesi Taklimat KWSP khas untuk semua guru-guru Tabika dan Taska Perpaduan. Taklimat ini sangat bermanfaat dalam memberi pencerahan mengenai pengurusan simpanan masa hadapan, caruman, serta manfaat-manfaat terkini yang disediakan oleh pihak KWSP.
Terima kasih diucapkan kepada pihak JKR WP Labuan atas kesudian menyediakan ruang bilik gerakan, dan syabas kepada semua guru yang hadir memberikan komitmen padu. Semoga segala perancangan yang disusun berjalan lancar dapat memberi suntikan semangat kepada semua guru Tabika dan Taska Perpaduan WP Labuan untuk terus berbakti kepada negara Malaysia tercinta.