Pembelajaran adalah untuk sepanjang hayat. Institut Kemahiran Teknologi Pejabat & Pengurusan (IKTPP) telah ditubuhkan pada tahun 2002 untuk melatih pelajar lepasan SPM. Mulai tahun 2007, IKTPP telah mula melatih kakitangan jabatan Kerajaan dalam pelbagai bidang. Antaranya bidang pengurusan perkhidmatan pelanggan, pengurusan majlis, pengurusan pejabat, kemahiran pelbagai perisian komputer dan keset
iausahaan. Sebagai rakan pintar Asia e University kami menyediakan program Pengurusan Majlis & Acara (Event Management) dan Pengurusan Pejabat (Office Management). Asia e University melalui School of Professional & Executive Education akan mensijilkan pengalaman anda pada tahap Diploma Profesional, Diploma Profesional Lanjutan (Advance) dan Sarjana Muda Eksekutif (Executive Bachelor). Pada masa sekarang ini, kegiatan ekonomi adalah berasaskan pengetahuan dan tuntutan pekerjaan serta perniagaan pula adalah berkebolehan, berpengetahuan dan berkemahiran. IKTPP telah merumuskan beberapa kursus yang lahir dari pengalaman dan keperluan industri yang disusun untuk membentuk suasana latihan dan pembelajaran yang kondusif dan mengalakkan penerapan kemahiran.