Jabatan Psikiatri Dan Kesihatan Mental Hoshas

  • Home
  • Jabatan Psikiatri Dan Kesihatan Mental Hoshas

Jabatan Psikiatri Dan Kesihatan Mental Hoshas Ruangan rasmi Jabatan Psikiatri Hoshas untuk segala hebahan, penulisan, perkongsian rasmi dan aktiviti jabatan.

Sambutan hari kesihatan mental sedunia peringkat HOSHAS x MENTARI Day  telah diadakan pada 10 Oktober 2025.Pelbagai acar...
10/10/2025

Sambutan hari kesihatan mental sedunia peringkat HOSHAS x MENTARI Day telah diadakan pada 10 Oktober 2025.Pelbagai acara disediakan dari slot CME, video pendek, chairobic & brain gym, kahoot, pameran serta jualan waffle/ kraftangan klien Mentari / jumble sale.
Tahniah pada urusetia serta terima kasih yang memberi sokongan.

Sijil Pengiktirafan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah sebagai pusat latihan ijazah lanjutan psikiatri di Malsysia bagi Per...
06/10/2025

Sijil Pengiktirafan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah sebagai pusat latihan ijazah lanjutan psikiatri di Malsysia bagi Perkhidmatan Komuniti dan rehabiltasi serta Psikiatri umum.

Perhimpunan pagi hospital anjuran Jabatan Psikiatri dan Kesihatsn Mental, Unit Kualiti dan UKA.Penyerahan sijil pengikti...
06/10/2025

Perhimpunan pagi hospital anjuran Jabatan Psikiatri dan Kesihatsn Mental, Unit Kualiti dan UKA.Penyerahan sijil pengiktirafan HOSHAS sebagai pusat latihan kepakaran Sarjana Psikiatri dan posting Community & Rehabilatation kepada pebgarah hosputal, Dr Nor Azlina Abdul Aziz.Terima kasih pada semua yang menjayakan.Alhamdulillah berjalan lancar dan tersusun.

Mesyuarat Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Bil 2/2025.Kehadiran yang ramai ke mesyuarat kali ini dari wad , klinik...
12/09/2025

Mesyuarat Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Bil 2/2025.Kehadiran yang ramai ke mesyuarat kali ini dari wad , klinik dan Mentari Mentakab.Banyak aktiviti/program yang telah berjaya dijalankan.Perancangan projek/pembangunan juga telah banyak yang selesai.Ketua jabatan mengucapkan tahniah juga kepada semua kakitangan atas kejayaan memprolehi Persijilan Akreditasi 4 tahun serta pusat latihan kepakaran psikiatri selama 5 tahun.

CME hospital hari ini  sempena World Su***de Prevention Day di Auditorium HOSHAS hari ini menggunakan modul MYSAVE  bert...
12/09/2025

CME hospital hari ini sempena World Su***de Prevention Day di Auditorium HOSHAS hari ini menggunakan modul MYSAVE bertajuk "Membantu dalam krisis".Booth Mentari, photo booth, dan pameran turut diadakan di foyer auditorium.Terima kasih kepada semua yang membantu menjayakan program kami dan moga bermanfaat.

Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental HOSHAS telah menerima pengiktirafan selama 5 tahun sebagai pusat latihan untuk ke...
06/09/2025

Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental HOSHAS telah menerima pengiktirafan selama 5 tahun sebagai pusat latihan untuk kepakaran psikiatri oleh JK bersama kepakaran psikiatri (Conjoint board) pada 3 September 2025.Semoga dapat meneruskan usaha bersama untuk melatih lebih rama pakai psikiatri lulusan sarjana dan paralel.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan lawatan evaluasi ini dan pasukan psikiatri HOSHAS yang sentiasa gigih dalam apa jua tugasan yang diberikan.

Program Circle of Hope untuk penjaga kepada pesakit mental telah dijalankan pada 13 Ogos 2025 di Mentari Mentakab.Sebany...
25/08/2025

Program Circle of Hope untuk penjaga kepada pesakit mental telah dijalankan pada 13 Ogos 2025 di Mentari Mentakab.Sebanyak 5 modul telah dibincangkan .Penceramah terdiri dari pakar psikiatri, pegawai perubatan serta pegawai psikologi klinikal.Modul yang dibentangkan termasauk: Memahami penyakit mental, Rawatan dalam psikiatri, Menangani krisis, Penjagaan untuk penjaga serta melangkah ke hadapan/pemulihan.

Lawatan ke rumah oleh Pasukan komuniti psikiatri Mentari Mentakab ke Daerah Chenor bersama Pegawai Perubatan Sarjana dar...
25/08/2025

Lawatan ke rumah oleh Pasukan komuniti psikiatri Mentari Mentakab ke Daerah Chenor bersama Pegawai Perubatan Sarjana dari UPM yang menjalankan latihan sangkutan.

25 Ogos 2025 : Sessi ceramah  oleh Dr Firdaus Abdul Gani (Penyakit mental di kalangan petugas kesihatan) dan PPP Hasabdo...
25/08/2025

25 Ogos 2025 : Sessi ceramah oleh Dr Firdaus Abdul Gani (Penyakit mental di kalangan petugas kesihatan) dan PPP Hasabdollah (Break away, control and restraint) , diikuti praktikal bersama team Breakaway psikiatri HOSHAS di Bengkel Code Grey PKD Temerloh.

Mesyuarat ALP Psikiatri dan penyerahan sumbangan mesin basuh serta dryer dari Rotary club oleh Pengerusi ALP, Dr Saniah ...
31/07/2025

Mesyuarat ALP Psikiatri dan penyerahan sumbangan mesin basuh serta dryer dari Rotary club oleh Pengerusi ALP, Dr Saniah Senik kepada Pengarah HOSHAS, Dr Nor Azlina Abdul Aziz.

Bengkel Latihan Fasilitator Sanubari komuniti pada 21-22 Julai  bersama Dr Umi Adzlin di Mentari Mentakab melibatkan 5 M...
21/07/2025

Bengkel Latihan Fasilitator Sanubari komuniti pada 21-22 Julai bersama Dr Umi Adzlin di Mentari Mentakab melibatkan 5 Mentari -Mentakab, Balok, Pekan Nanas, Masai dan Segamat.

Jabatan Psikiatri Dan Kesihatan Mental Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh, dengan kerjasama Badan Kebaji...
09/07/2025

Jabatan Psikiatri Dan Kesihatan Mental Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh, dengan kerjasama Badan Kebajikan dan Pendidikan Psikiatri (BKPP) telah berjaya mengadakan Kursus "Guideline on Su***de Risk Management in Hospital" hari ini. Alhamdulillah kursus yang bertempat di auditorium Hospital Sultan Haji Ahmad Shah ini telah mendapat sambutan baik dari para peserta dan berjalan dengan lancar.

Tahniah kepada Dr Nur Hazirah (Pakar Psikiatri) sebagai pengerusi program Dr Syahir dan semua urusetia kursus/kakitangan yang menjayakan kursus hari ini. Jualan amal Mentari Mentakab juga turut diadakan , melibatkan klien Mentari di bawah tunjuk ajar dan pemantauan bersama Jurupulih Perubatan Cara Kerja, Cik Nurul Iryanie Nasieha. Klien Mentari yang hadir telah terlibat secara langsung untuk jualan serta menyediakan barangan tempahan dari staf dan peserta kursus.Terima kasih atas sambutan dan sokongan semua yang diberikan untuk kami.

Address


Telephone

+6092955333

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Psikiatri Dan Kesihatan Mental Hoshas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Psikiatri Dan Kesihatan Mental Hoshas:

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share