Pejabat Belia & Sukan Daerah Selama

  • Home
  • Pejabat Belia & Sukan Daerah Selama

Pejabat Belia & Sukan Daerah Selama Semua aktiviti berkaitan Program Rakan Muda, Belia dan Sukan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Selama

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ๐ŸŒ™โœจPEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH SELAMA๐ŸŒธAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh d...
19/03/2026

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ๐ŸŒ™โœจ
PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH SELAMA๐ŸŒธ

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang mulia ini, kami warga Pejabat Belia dan Sukan Daerah Selama ingin mengucapkan โ€œSelamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batinโ€
kepada seluruh warga belia dan masyarakat khususnya di Daerah Selama.

Semoga Syawal yang menjelma ini membawa sinar kebahagiaan, keberkatan serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama kita.
Marilah kita bersama-sama terus menyemarakkan semangat perpaduan, kesukarelawanan dan gaya hidup sihat dalam komuniti.
Hati yang bersih, jiwa yang tenang,
moga amalan diterima dan kehidupan diberkati.

Ikhlas daripada,
Warga Pejabat Belia dan Sukan Daerah Selama, Perak

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—›๐—”๐—ง๐—œ๐—”๐—ก ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐—” ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”  ๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ’ญ๐Ÿ’ญ๐Ÿ’ขPencalonan Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) dan Anugerah Khas Belia Ker...
17/03/2026

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—›๐—”๐—ง๐—œ๐—”๐—ก ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐—” ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—” ๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ’ญ๐Ÿ’ญ

๐Ÿ’ขPencalonan Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) dan Anugerah Khas Belia Kerajaan Negeri Perak bagi Tahun 2026 telah dibuka sekarang

๐Ÿ’ขKategori Anugerah Perdana Belia Negara (APBN)
โœ…3 kategori dipertandingkan
โ‡๏ธKategori Individu Lelaki
โ‡๏ธKategori Individu Wanita
โ‡๏ธKategori Pertubuhan Belia

๐Ÿ’ขKategori Anugerah Khas Belia Kerajaan Negeri Perak (AKB)
โœ…7 Kategori dipertandingkan
โ‡๏ธKategori Anugerah Khas Belia Karisma (Tokoh Belia)
โ‡๏ธKategori Anugerah Khas Belia Wirausahawan
โ‡๏ธKategori Anugerah Khas Belia Daya Maju
โ‡๏ธKategori Anugerah Khas Belia Relawan Muda
โ‡๏ธKategori Anugerah Khas Belia Penggiat Sukan
โ‡๏ธKategori Anugerah Khas Belia Orang Kurang Upaya (OKU)
โ‡๏ธKategori Anugerah Khas Belia Persatuan Beruniform

๐Ÿ’ข๐“๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก ๐ฉ๐ž๐ง๐œ๐š๐ฅ๐จ๐ง๐š๐ง ๐›๐ž๐ซ๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐š 16 ๐Œ๐š๐œ 2026 ๐ก๐ข๐ง๐ ๐ ๐š 5 ๐Œ๐ž๐ข 2026

๐Ÿ’ขPertubuhan Belia dan Individu Belia berumur 15 ๐—ต๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—บ 30 ๐˜๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป (๐—ธ๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—ธ๐—ฎ ๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ต ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ฐ๐—ฎ๐—น๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—ป) yang berminat boleh rujuk Pejabat Belia dan Sukan Daerah Selama.

๐Ÿ’ขSila Imbas QR Code ATAU link https://drive.google.com/drive/folders/1j_mrZsbmo69G3bu5kFDQr61H9WsqfZuy?usp=sharinguntuk untuk keterangan lanjut.

๐Ÿ’ขSebarang pertanyaan boleh hubungi atau whatsapp kami di talian:
Puan Noraini : www.wasap.my/60133412640





  PELAKSANAAN KAWALAN PEROSAK (PEST CONTROL) DI PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH SELAMASelama, 11 Mac 2026 โ€“ Kerja-kerja k...
12/03/2026


PELAKSANAAN KAWALAN PEROSAK (PEST CONTROL) DI PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH SELAMA

Selama, 11 Mac 2026 โ€“ Kerja-kerja kawalan perosak (pest control) telah dilaksanakan di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Selama bagi memastikan persekitaran pejabat sentiasa bersih, selamat dan kondusif untuk kegunaan kakitangan serta pengunjung. Pelaksanaan kerja ini bertujuan untuk mengawal dan mencegah pembiakan serangga perosak seperti lipas, semut dan serangga lain yang boleh menjejaskan kebersihan serta keselesaan ruang pejabat.

Langkah ini merupakan salah satu usaha penyelenggaraan berkala bagi memastikan tahap kebersihan dan keselamatan persekitaran pejabat sentiasa terpelihara. Diharapkan melalui pelaksanaan kawalan perosak ini, suasana pejabat akan menjadi lebih selesa dan kondusif dalam menyokong kelancaran urusan pentadbiran serta perkhidmatan kepada masyarakat.




  TAKLIMAT ARPRM DI SMK KG PERAKSelama, 11 Mac 2026 โ€“ Hari ini telah berlangsung Taklimat Anugerah Remaja Perdana Rakan ...
12/03/2026


TAKLIMAT ARPRM DI SMK KG PERAK

Selama, 11 Mac 2026 โ€“ Hari ini telah berlangsung Taklimat Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) yang diadakan di SMK Kg Perak dengan penyertaan para pelajar sekolah tersebut. Taklimat ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda, satu inisiatif yang bertujuan membentuk generasi muda yang berdaya saing, aktif dan berkemahiran. Program ini memberi peluang kepada golongan belia untuk menyertai pelbagai aktiviti pembangunan diri yang melibatkan beberapa komponen utama seperti kemahiran, rekreasi fizikal, khidmat masyarakat dan penjelajahan lasak. Melalui taklimat ini, para pelajar turut didedahkan dengan maklumat terperinci berkaitan cara penyertaan, kategori anugerah serta aktiviti yang boleh dilaksanakan bagi membangunkan potensi dan kemahiran diri. ๐Ÿ’ช๐Ÿ”ฅ

Selain itu, program ini juga membantu para pelajar dalam aspek penilaian kokurikulum, di samping memberi peluang kepada mereka untuk membangunkan kemahiran kepimpinan, semangat kesukarelawanan serta keyakinan diri. โœจTaklimat ini telah disampaikan oleh Puan Suriati Binti Mat Daud, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Selama. Kerjasama yang sangat baik daripada para pelajar serta pihak sekolah telah melancarkan sesi taklimat yang dijalankan dan diharapkan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya pada masa akan datang.

Pejabat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada SMK Kg Perak, Tuan Pengetua, Penolong Kanan Kokurikulum, guru-guru serta seluruh pihak pengurusan sekolah atas sokongan dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan taklimat Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda ini. Semoga program ini terus memberi manfaat kepada para pelajar dalam pembangunan sahsiah serta kecemerlangan diri pada masa hadapan. ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ‘

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak





  PROGRAM RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADANPERINGKAT DAERAH SELAMA TAHUN 2026๐Ÿ“ 4 Mac 2026 | Masjid Al-Idrisiah, Bukit Be...
09/03/2026


PROGRAM RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN
PERINGKAT DAERAH SELAMA TAHUN 2026

๐Ÿ“ 4 Mac 2026 | Masjid Al-Idrisiah, Bukit Bertam, Selama, Perak

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Peringkat Daerah Selama Tahun 2026 yang telah berlangsung dengan penuh pengisian bermanfaat serta suasana ukhuwah yang amat bermakna.

Program ini dilaksanakan dengan penglibatan belia dan komuniti setempat bagi mengimarahkan bulan Ramadan melalui pelbagai aktiviti keagamaan. Antara pengisian yang telah diadakan ialah tadarus Al-Quran, majlis khatam Al-Quran, pertandingan bacaan khutbah, tazkirah Ramadan, tahlil serta majlis iftar jamaie yang telah menghimpunkan peserta serta masyarakat dalam suasana penuh keberkatan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Pejabat Agama Islam Daerah Selama dan Masjid Al-Idrisiah Bukit Bertam atas kerjasama, sokongan serta komitmen yang amat baik dalam memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan jayanya. Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan mendapat ganjaran serta keberkatan daripada Allah SWT. ๐Ÿคฒ

InsyaAllah sekiranya diberi kesempatan dan rezeki pada masa akan datang, kerjasama seperti ini dapat diteruskan lagi demi melaksanakan lebih banyak program yang bermanfaat kepada masyarakat khususnya golongan belia.

๐Ÿ† BARISAN PEMENANG PERTANDINGAN BACAAN KHUTBAH
๐Ÿฅ‡ Johan : AHMAD MIMSYAZ DAINURI BIN KHAIRUDDIN (TAHFIZ RIYADUSOLIHIN SG BAYOR)
๐Ÿฅˆ Naib Johan : MUHAMMAD FADNUDDIN BIN ILYAS (TAHFIZ SG KUNING)
๐Ÿฅ‰ Tempat Ketiga : MUHAMMAD AMIR RUSYAIDI BIN MOHD ROAD (TAHFIZ SG KUNING)

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah menunjukkan komitmen, keyakinan serta penghayatan yang baik dalam menyampaikan khutbah. Syabas juga kepada para pemenang yang berjaya menonjolkan bakat dan kebolehan masing-masing dalam pertandingan kali ini.

Untuk makluman, pemenang Johan akan mewakili Daerah Selama ke pertandingan peringkat negeri yang akan diadakan pada 7 Mac 2026. Semoga berjaya dan terus mengharumkan nama daerah Selama. ๐ŸŒ™โœจ




 SESI PERBINCANGAN & LAWATAN TAPAKPROGRAM RAKAN MUDA RAMADAN 1447H / 2026MSatu sesi perbincangan dan lawatan tapak telah...
19/02/2026



SESI PERBINCANGAN & LAWATAN TAPAK
PROGRAM RAKAN MUDA RAMADAN 1447H / 2026M

Satu sesi perbincangan dan lawatan tapak telah diadakan pada 13 Februari 2026 (Jumaat) sebagai persiapan rapi bagi pelaksanaan Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Daerah Selama 1447H / 2026M yang dijadualkan berlangsung pada 4 Mac 2026 bertempat di Masjid Al-Idrisiah (Bukit Bertam).

Sesi ini bertujuan menyelaras aspek logistik, pengisian program serta keperluan fasiliti agar perjalanan program kelak berjalan lancar, tersusun dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Perbincangan yang komprehensif turut memberi penekanan terhadap pengurusan peserta, atur cara majlis dan penyelarasan teknikal di lokasi program.

Turut hadir dalam sesi tersebut ialah Pn. Suriati Bt Mad Daud, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Selama, Ustaz Najib Pegerusi Masjid Al-Idrisiah bersama barisan urusetia serta jawatankuasa pelaksana yang komited memastikan penganjuran program ini dilaksanakan dengan penuh profesionalisme dan semangat kebersamaan.

Program ini akan menampilkan pengisian berbentuk Tadarus Al-Quran, Pertandingan Khutbah, Majlis Khatam Al-Quran serta Iftar Jamaie yang bertepatan dengan penghayatan bulan Ramadan, sekali gus menyemarakkan aktiviti kerohanian dan pembangunan sahsiah dalam kalangan belia.

Semoga penganjuran Program Rakan Muda Ramadan kali ini menjadi platform memperkukuh ukhuwah, memupuk nilai murni serta menyuburkan semangat kesukarelawanan dan kepimpinan belia di Daerah Selama. ๐ŸŒ™โœจ

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak






AKTIVITI KELAB SUKAN ELEKTRONIK BATU KURAU๐Ÿ“ 15 Februari 2026 | Batu Kurau, SelamaTahniah dan syabas diucapkan kepada Kel...
19/02/2026

AKTIVITI KELAB SUKAN ELEKTRONIK BATU KURAU
๐Ÿ“ 15 Februari 2026 | Batu Kurau, Selama

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Kelab Sukan Elektronik Batu Kurau atas kejayaan menganjurkan Program Kejohanan BESC E-Sports Challenge 2026 dengan sokongan padu daripada Pejabat Belia & Sukan Daerah Selama.

Program yang berlangsung dengan penuh meriah ini telah diadakan di Dewan Astaka Batu Kurau, menghimpunkan bakat-bakat muda dalam arena sukan elektronik yang semakin berkembang pesat.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Kelab Sukan Elektronik Batu Kurau selaku pengelola program atas komitmen, dedikasi dan pengurusan cemerlang sehingga menjadikan kejohanan ini antara yang terbaik bagi edisi kali ini.

Majlis perasmian & penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En. Mohd Fairuz Mohd Saari ,Pengerusi Komuniti Madani Kubu Gajah,Pn. Suriati Binti Mat Daud,Pegawai Belia & Sukan Daerah Selama & En. Nazrim Syah Bin Nazeri,Presiden Kelab Sukan Elektronik Batu Kurau.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah menunjukkan semangat kesukanan, disiplin serta daya saing yang tinggi. Syabas juga kepada barisan pemenang yang berjaya mengungguli kejohanan bagi tahun 2026!

๐Ÿ† BARISAN PEMENANG BESC E-SPORTS CHALLENGE 2026

๐ŸŽฎ _*Mobile Legends*_
๐Ÿฅ‡ Madfox Esports
๐Ÿฅˆ Parasite Team
๐Ÿฅ‰ Cakrawala
๐Ÿ… Party Gelap

โšฝ _*eFootball Mobile*_
๐Ÿฅ‡ Swy M4njawa
๐Ÿฅˆ Bross. Super Dnimm
๐Ÿฅ‰ Ohmywltr
๐Ÿ… HGXZalsiuu

๐ŸŽฎ _*FC26*_
๐Ÿฅ‡ 609
๐Ÿฅˆ Ayanokuoji79
๐Ÿฅ‰ Boobear
๐Ÿ… Gamerchill79

Semoga kejohanan ini terus menjadi platform melahirkan lebih ramai atlet e-sukan berbakat serta memperkukuh ekosistem sukan digital di daerah Selama. Terus maju dan gemilang! ๐Ÿš€๐Ÿ”ฅ

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak









KEJOHANAN SEPAK TAKRAW BAKAT BARU ๐Ÿ†TERTUTUP LARUT MATANG & SELAMA๐ŸŽ– Piala Pegawai Khas Menteri Besar Perak(Mohd Kamal Yus...
19/02/2026

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW BAKAT BARU ๐Ÿ†
TERTUTUP LARUT MATANG & SELAMA

๐ŸŽ– Piala Pegawai Khas Menteri Besar Perak
(Mohd Kamal Yusri bin Haji Kamaruddin)

๐Ÿ“ 14 Februari 2026 | 8.00 pagi sehingga selesai
๐Ÿ“Œ Kelab Sepak Takraw Astaka Batu Kurau

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak penganjur Kelab Sepak Takraw Astaka Batu Kurau atas kejayaan menganjurkan Kejohanan Sepak Takraw Bakat Baru yang menghimpunkan pasukan-pasukan bakat baru dari daerah Larut Matang dan Selama dalam suasana penuh semangat kesukanan dan persaingan sihat.

Kejohanan berprestij ini yang mempertandingkan Piala Pegawai Khas Menteri Besar Perak Kawasan Batu Kurau menjadi platform penting dalam mencungkil bakat baharu serta memperkasa pembangunan sukan tradisional di peringkat akar umbi. Sorakan padu para penyokong serta komitmen tinggi setiap pasukan jelas membuktikan bahawa sukan sepak takraw terus mendapat tempat di hati masyarakat.

Pertandingan dirasmikan oleh Puan Suriati binti Mat Daud , Pegawai Belia dan Sukan Daerah Selama dan penyampaian hadiah di sampaikan oleh Pegawai Khas YB Menteri Besar Perak kawasan Batu Kurau.
Tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang bertanding atas semangat juang, disiplin dan kesungguhan yang dipamerkan sepanjang kejohanan berlangsung. Syabas juga kepada pasukan yang berjaya meraih kemenangan bagi edisi kali ini! Semoga kejohanan ini terus menjadi medan melahirkan lebih ramai atlet sepak takraw berpotensi dan seterusnya mengharumkan nama daerah serta negeri ke peringkat yang lebih tinggi.

Terus maju, terus berjuang dan terus gemilang! ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ†

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak






๐”๐’๐€๐‡๐€ ๐Œ๐„๐Œ๐๐„๐‘๐Š๐€๐’๐€ ๐๐„๐‹๐ˆ๐€ ๐๐„๐‘๐“๐„๐‘๐”๐’๐€๐ ๐ƒ๐ˆ ๐๐๐’๐ƒ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€SELAMA, 04 Februari 2026 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Selama ...
04/02/2026

๐”๐’๐€๐‡๐€ ๐Œ๐„๐Œ๐๐„๐‘๐Š๐€๐’๐€ ๐๐„๐‹๐ˆ๐€ ๐๐„๐‘๐“๐„๐‘๐”๐’๐€๐ ๐ƒ๐ˆ ๐๐๐’๐ƒ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€

SELAMA, 04 Februari 2026 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Selama telah menerima kunjungan jawatankuasa kelab bagi urusan pendaftaran Kelab Belia dan Rakan Muda, serta sesi perbincangan berkaitan penyertaan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Gangsa.
Sesi perbincangan ini bertujuan memberi penerangan awal, perkongsian maklumat serta penjelasan berkaitan prosedur dan pelaksanaan program agar ia dapat dilaksanakan dengan lebih terancang dan berkesan.
PBSD Selama sentiasa mengalu-alukan penglibatan belia dan pertubuhan belia dalam usaha memperkasa pembangunan belia di peringkat daerah.

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak




04/02/2026

๐Ÿ“ข ๐Œ๐€๐Š๐‹๐”๐Œ๐€๐ ๐†๐€๐๐†๐†๐”๐€๐ ๐“๐€๐‹๐ˆ๐€๐ ๐“๐„๐‹๐„๐…๐Ž๐

Untuk makluman, talian telefon Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Selama kini sedang mengalami gangguan dan tidak dapat menerima atau membuat panggilan buat sementara waktu. Pihak kami sedang berusaha untuk membaik pulih masalah yang berlaku.

Bagi urusan lanjut, tuan/puan boleh menghubungi pegawai atau unit berikut:

๐Ÿ”น Unit Belia
Pn. Noraini
๐Ÿ“ง [email protected]

๐Ÿ”น Unit Rakan Muda / Sukan
Cik Farah
๐Ÿ“ง [email protected]

๐Ÿ”น Unit Pentadbiran
Pn. Hayati
๐Ÿ“ง [email protected]

๐Ÿ”น Facebook Rasmi PBSD Selama
Pejabat Belia & Sukan Daerah Selama

Segala kesulitan yang berlaku amat dikesali.
Terima kasih atas kerjasama dan perhatian tuan/puan.

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak




๐Ÿญ๐Ÿฏ ๐—ฆ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ป, ๐Ÿญ ๐—ฆ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐˜: ๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—จ๐—น๐˜๐—ฟ๐—ฎ ๐—ง๐—ฟ๐—ฎ๐—ถ๐—น ๐—ฅ๐˜‚๐—ป ๐——๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ธ๐˜€๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐——๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—–๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”, ๐Ÿญ ๐—™๐—ฒ๐—ฏ๐—ฟ๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ โ€“ Pejabat Belia dan...
03/02/2026

๐Ÿญ๐Ÿฏ ๐—ฆ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ป, ๐Ÿญ ๐—ฆ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐˜: ๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—จ๐—น๐˜๐—ฟ๐—ฎ ๐—ง๐—ฟ๐—ฎ๐—ถ๐—น ๐—ฅ๐˜‚๐—ป ๐——๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ธ๐˜€๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐——๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—–๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”, ๐Ÿญ ๐—™๐—ฒ๐—ฏ๐—ฟ๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ โ€“ Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Selama merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada 13 orang sukarelawan yang telah memberikan komitmen serta kerjasama yang amat cemerlang sepanjang dua hari pelaksanaan Program Selama Ultra Trail Run baru-baru ini.

Penglibatan sukarelawan pada 31 Januari dan 1 Februari 2026 merangkumi tugasan di Race Village seperti yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Dedikasi, disiplin serta semangat kesukarelawanan yang ditunjukkan telah banyak membantu melancarkan perjalanan program. Kerjasama padu antara pihak penganjur dan sukarelawan ini membuktikan bahawa semangat kebersamaan mampu menjayakan acara sukan bertaraf tinggi di peringkat daerah.

PBSD Selama amat menghargai sumbangan tenaga dan masa yang telah dicurahkan oleh semua sukarelawan. Diharapkan semangat ini akan terus diperkasakan serta menjadi inspirasi kepada lebih ramai belia untuk terlibat secara aktif dalam program kesukarelawanan dan pembangunan sukan pada masa akan datang.

Program larian yang disertai oleh lebih 1,900 peserta dari dalam dan luar negara ini melibatkan empat kategori larian iaitu 60km, 30km, 15km dan 5km Fun Run. Pelepasan peserta dilakukan secara berperingkat seawal jam 1.30 pagi. Pelepasan bagi kategori 15km dan 5km telah disempurnakan oleh Tuan Nor Akmal bin Yang Ghazali, Yang Dipertua Majlis Daerah Selama, pada jam 7.30 pagi.

Wakil PBSD Selama, Pn. Noraini dan Cik Nurfarahhanum turut hadir bagi memberikan sokongan kepada penganjuran program ini.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Team Bongcit atas kejayaan menganjurkan acara larian berprestij ini.

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak




!! ๐—›๐—˜๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ก  !!BESC LARUT E-SPORTS CHALLENGE 2026ANJURAN : KELAB SUKAN ELEKTRONIK BATU KURAUKERJASAMA : PEJABAT BELIA & S...
21/01/2026

!! ๐—›๐—˜๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ก !!

BESC LARUT E-SPORTS CHALLENGE 2026

ANJURAN : KELAB SUKAN ELEKTRONIK BATU KURAU
KERJASAMA : PEJABAT BELIA & SUKAN DAERAH SELAMA

TARIKH : 15/2/2026 (AHAD)
MASA : 8 PAGI - 4 PETANG
TEMPAT : DEWAN ASTAKA,BATU KURAU,PERAK

HADIAH KESELURUHAN :
- MOBILE LEGENDS :
RM 3,500.00
- FC 26 : RM 1,000.00
- e-FOOTBALL(MOBILE) :
RM 1,000.00

PENYERTAAN : TERBUKA
T/TUTUP PENYERTAAN : 13/2/2026

PENDAFTARAN :

1) MOBILE LEGENDS
YURAN PENYERTAAN :
RM 50.00 / PASUKAN
PAUTAN PENDAFTARAN : https://forms.gle/tJWHSc4Z5qWr2LyBA

2) FC 26 (PS5)
YURAN PENYERTAAN :
RM 20.00 / PEMAIN
PAUTAN PENDAFTARAN : https://forms.gle/uDzQ7FqK1C5V56jK8

3) e-FOOTBALL (MOBILE)
YURAN PENYERTAAN :
RM 20.00 / PEMAIN
PAUTAN PENDAFTARAN : https://forms.gle/fqXnfik1gj6QDBjr9

DAFTAR SEGERA!!

PERTANYAAN : 012-203 8745





Address


Telephone

+6058394220

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Belia & Sukan Daerah Selama posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share