Kelab Jasa Budi USM

  • Home
  • Kelab Jasa Budi USM

Kelab Jasa Budi USM Kelab Pesara & Bekas Kakitangan Universiti Sains Malaysia (USM). "Bersara, Bertenaga dan Berbakti"

[PERJUMPAAN BERSAMA PENGARAH JABATAN KESELAMATAN DAN KELAB JASA BUDI]16 April 2026 - Satu sesi perjumpaan antara Jawatan...
20/04/2026

[PERJUMPAAN BERSAMA PENGARAH JABATAN KESELAMATAN DAN KELAB JASA BUDI]

16 April 2026 - Satu sesi perjumpaan antara Jawatankuasa Kelab Jasa Budi bersama Pengarah Jabatan Keselamatan USM, Encik Prabu a/l Mogan telah diadakan di Bilik Pengarah, Jabatan Keselamatan Kampus Induk.

Perjumpaan ini telah dihadiri oleh Yang Dipertua KJB, Dato' Azman bin Abdullah serta beberapa Ahli Jawatankuasa KJB. Turut hadir ialah pegawai-pegawai daripada Jabatan Keselamatan, termasuk Penolong Pegawai Tadbir dan Penolong Pegawai Keselamatan.

Antara agenda utama yang dibincangkan adalah berkaitan aspek keselamatan di Kampus Induk, termasuk kemudahan akses dan kemasukan ke kampus khususnya bagi Pesara USM serta isu-isu lain yang berkaitan.

Diharap agar sesi perjumpaan ini dapat mengeratkan hubungan kerjasama antara pihak Kelab dan Jabatan Keselamatan, seterusnya memperkukuh aspek keselamatan khususnya melibatkan kebajikan Pesara USM.



[PROGRAM CERAMAH KESIHATAN SIRI 1 ANJURAN KELAB JASA BUDI]1 April 2026 - Kelab Jasa Budi USM (KJB) telah  menganjurkan P...
03/04/2026

[PROGRAM CERAMAH KESIHATAN SIRI 1 ANJURAN KELAB JASA BUDI]

1 April 2026 - Kelab Jasa Budi USM (KJB) telah menganjurkan Program Ceramah Kesihatan Siri 1 di Bilik Ibn Sina, Pusat Sejahtera, Universiti Sains Malaysia.

Program ini telah berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran 51 orang yang terdiri dari Ahli Kelab dan bersekutu.

Ceramah kesihatan telah disampaikan oleh Profesor Dr. Hamid Jan bin Jan Mohamed, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan. Beliau telah berkongsi ceramah yang bertajuk "Pemakanan untuk Penuaan Sihat berasaskan Bukti Penyelidikan".

Antara perkongsian yang disampaikan adalah tahap kesedaran pemakanan dari segi kesihatan fizikal dan mental dalam kalangan pesara. Selain itu, setiap pemakanan hendaklah mengamalkan 3K iaitu keseimbangan, kesederhaan dan kepelbagaian berasaskan piramid makanan Malaysia 2020. Beliau turut menekankan sumber makanan yang baik adalah yang boleh memberi kesihatan yang baik dalam tubuh badan seseorang, bersih dan tidak memudaratkan kesihatan.

Akhir sekali, pastikan tabiat atau nafsu pemakanan kita dapat dikawal dan tidak mempunyai unsur makan yang secara berlebihan serta pastikan pemakanan kita bukan sahaja halal tetapi ia juga 'toyyib' (baik).

Program ini dimulai dengan kata aluan oleh Yang Dipertua Kelab Jasa Budi, YBhg Dato' Azman bin Abdullah dan bacaan doa oleh Encik Mohamad Illias bin Shahul Hamid. Program diakhiri dengan ucapan penghargaan oleh Yang Dipertua Kelab Jasa Budi, beserta pemberian cenderahati kepada penceramah, sebagai tanda penghargaan.

KJB turut merakamkan foto secara beramai-ramai sebagai kenangan dan semua yang hadir telah disajikan makanan secara _'food pack'_ sejurus selesai program.

Pihak KJB amat berterima kasih dengan sambutan dan sokongan daripada Ahli dan Pesara USM yang menyertai program-program anjuran KJB.

Koleksi kenangan seperti dibawah ini :

https://photos.app.goo.gl/fc3m819rumPRfuY78



Shared album · Tap to view!

18/02/2026
[PROGRAM MORNING WALK JANUARI 2026 DIRAI MERIAH DI MUZIUM & GALERI TUANKU FAUZIAH BERSAMA AHLI DAN KELUARGA KJB]31 Janua...
03/02/2026

[PROGRAM MORNING WALK JANUARI 2026 DIRAI MERIAH DI MUZIUM & GALERI TUANKU FAUZIAH BERSAMA AHLI DAN KELUARGA KJB]

31 Januari 2026 (Sabtu) - Program Morning Walk bulanan bagi bulan Januari anjuran Kelab Jasa Budi USM telah berlangsung dalam suasana meriah dengan kehadiran 13 peserta yang terdiri daripada Ahli Kelab, pasangan dan keluarga.

Program ini merupakan inisiatif Kelab bagi mengeratkan silaturrahim di antara Ahli Kelab Jasa Budi USM di samping mengekalkan gaya hidup sihat.

Program dimulai dengan senaman ringan di perkarangan tempat letak kereta MGTF pada jam 7.30 pagi. Program yang turut dihadiri oleh YDP dan AJK Kelab Jasa Budi USM ini diakhiri dengan sarapan pagi yang ditaja oleh KJB untuk semua peserta.

Koleksi photo bersama seperti di bawah :

https://photos.app.goo.gl/nFXH8igVLGUCwbLW9



Shared album · Tap to view!

[LAWATAN KJB KE SATUN, KOH LIPE & PAK BARA (THAILAND)]04 Januari 2026 - Kelab Jasa Budi telah menganjurkan lawatan ke Sa...
22/01/2026

[LAWATAN KJB KE SATUN, KOH LIPE & PAK BARA (THAILAND)]

04 Januari 2026 - Kelab Jasa Budi telah menganjurkan lawatan ke Satun, Pak Bara & Koh Lipe (Thailand) pada 04 hingga 06 Januari 2026 selama 3 hari 2 malam.

Program lawatan kali ini telah disertai seramai 16 orang yang terdiri daripada Pesara USM, Ahli Kelab Jasa Budi dan pasangan. Peserta lawatan telah berkumpul di Masjid Al Malik Khalid, USM dan Masjid Seberang Jaya sebelum memulakan perjalanan. Peserta lawatan singgah terlebih dahulu di Gurun untuk bersarapan dan seterusnya meneruskan perjalanan menuju ke sempadan Bukit Kayu Hitam.

Perjalanan diteruskan dengan lawatan ke Air Terjun Wangsai Tong yang terkenal di Satun iaitu air terjun batu kapur di kawasan hutan dan suasana persekitarannya redup dengan pokok-pokok besar di sepanjang laluan serta terdapat kolam untuk berehat dan bermain air. Peserta kemudian dibawa untuk makan petang di _Orange Cafe._ Seterusnya, peserta dibawa untuk membuat pendaftaran masuk _(check in)_ di Hotel Sinkiat Thani, Satun.

Selepas sarapan pagi, peserta bertolak ke Jeti Pak Bara dan bergambar di Pak Bara _View Point._ Jeti ini merupakan sebuah terminal feri kecil dan moden yang menjadi sibuk terutamanya semasa musim puncak dari bulan November hingga April. Jeti Pak Bara juga menawarkan pemandangan tepi laut yang indah dan juga menempatkan kafe-kafe tempatan yang berdekatan dengan pantai. Seterusnya, peserta menaiki bot menuju ke Koh Lipe yang terkenal dengan jolokan _'Maldives of Thailand'._ Di sana, peserta berpeluang menjalankan aktiviti _snorkeling_ dan _island hoping._

Peserta seterusnya melawat Muzium Tunku Kudin yang turut dikenali sebagai _Kuden Mansion._ Muzium ini merupakan sebuah bangunan bersejarah berupa istana kayu yang berusia lebih 100 tahun dan mempamerkan sejarah serta budaya tempatan masyarakat Satun.

Selepas itu, peserta menikmati makan tengah hari di Tanyong Po dan menunaikan solat di Masjid Besar Satun. Dalam perjalanan pulang, peserta singgah di pekan Danok untuk aktiviti membeli-belah sebelum bertolak pulang destinasi masing-masing.

Program ini merupakan inisiatif Kelab bagi mengeratkan ukhwah dan persahabatan di antara Ahli Kelab Jasa Budi USM dan Pesara USM.

Koleksi kenangan bersama seperti di bawah ini :

https://photos.app.goo.gl/ZKtkCV55o9AGCiYTA



Shared album · Tap to view!

[LAWATAN KJB KE HO CHI MINH, MUI NE & DALAT (VIETNAM)]10 Disember 2025 - Kelab Jasa Budi telah menganjurkan lawatan ke H...
10/12/2025

[LAWATAN KJB KE HO CHI MINH, MUI NE & DALAT (VIETNAM)]

10 Disember 2025 - Kelab Jasa Budi telah menganjurkan lawatan ke Ho Chi Minh, Mui Ne & Dalat (Vietnam) pada 01 hingga 05 Disember 2025 selama 5 hari 4 malam.

Program lawatan kali ini telah disertai seramai 12 orang yang terdiri daripada Pesara USM, Ahli Kelab Jasa Budi dan pasangan. Semua peserta lawatan telah berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Dalat sebagai destinasi pertama.

Peserta dibawa ke Datanla Waterfall untuk menikmati keindahan air terjun serta menyertai aktiviti alpine coaster ride. Selain itu, peserta turut disajikan dengan pemandangan alam semula jadi yang memukau termasuk sungai yang dikelilingi kehijauan flora di Suoi Binh Yen. Perjalanan seterusnya diteruskan ke Xuan Huong Lake iaitu tasik terbesar di Dalat sebelum singgah di Lam Vien Square yang menjadi pusat tumpuan aktiviti seperti beli belah, kafe serta pelbagai kemudahan lain. Antara tempat yang dilawati adalah Que Garden yang merupakan sebuah taman berkonsepkan taman bonsai Jepun yang terbesar di Vietnam, peserta dibawa ke Robin Hill untuk menaiki kereta kabel, melawati keindahan seni bina di Crazy House dan membeli belah di kedai souvenier Amiee.

Peserta dibawa ke Mui Ne untuk melawat White Sand Dunes iaitu satu-satunya kawasan padang pasir yang terdapat di Asia Tenggara dan Fishermen Village iaitu kawasan perkampungan nelayan yang menempatkan penangkapan ikan serta pasar tempatan.

Ho Chi Minh terkenal sebagai sebuah bandar yang kaya dengan seni bina bangunan klasik dan bersejarah. Peserta telah dibawa mengikuti lawatan ke beberapa lokasi tumpuan utama antaranya pejabat pos Saigon Central, bandar buku Saigon, pasar pagi dan malam, muzium perang serta pusat membeli belah terkenal iaitu Saigon Square.

Program ini merupakan inisiatif Kelab bagi mengeratkan ukhwah dan persahabatan di antara Ahli Kelab Jasa Budi USM dan Pesara USM.

Koleksi kenangan bersama seperti di bawah ini :

https://photos.app.goo.gl/DxJZ3TzD13suZ6Ax9



Shared album · Tap to view!

[JAMUAN TAHUNAN KELAB JASA BUDI USM 2025]19 November 2025, Rabu - Jamuan Tahunan Kelab Jasa Budi 2025 kali ini telah ber...
09/12/2025

[JAMUAN TAHUNAN KELAB JASA BUDI USM 2025]

19 November 2025, Rabu - Jamuan Tahunan Kelab Jasa Budi 2025 kali ini telah berlangsung dengan meriahnya di Eastern & Oriental Hotel dengan kehadiran seramai 148 orang yang terdiri daripada Ahli Kelab dan Pesara USM serta jemputan.

Majlis dimulakan pada jam 11.00 pagi dengan sesi pendaftaran dan sesi bergambar sebelum Jamuan Makan bermula pada jam 12.00 tengah hari hingga jam 3.00 petang.

Program kali ini diserikan dengan kehadiran mantan Naib Canselor Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak bersama pasangan serta mantan-mantan Pengurusan Tertinggi USM yang turut hadir.

Program ini adalah acara tahunan Kelab bertujuan mengeratkan ikatan persahabatan antara Ahli Kelab dan Pesara USM

Yang Dipertua bersama barisan Jawatankuasa KJB USM merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Ahli Kelab dan Pesara yang hadir memeriahkan Majlis pada kali ini.

Koleksi memori kenangan bersama seperti dibawah :*

https://drive.google.com/drive/folders/1HykjgZJyZTW9RM2F0WDeNMSUlNH1vVWe?usp=sharing

https://photos.app.goo.gl/Vw72uhKfwSNqkSEc8



[LAWATAN KJB KE BETONG (THAILAND) & BALING]29 Oktober 2025 - Kelab Jasa Budi telah menganjurkan lawatan ke Betong (Thail...
29/10/2025

[LAWATAN KJB KE BETONG (THAILAND) & BALING]

29 Oktober 2025 - Kelab Jasa Budi telah menganjurkan lawatan ke Betong (Thailand) & Baling pada 22 hingga 23 Oktober 2025 selama 2 hari 1 malam.

Program lawatan kali ini telah disertai seramai 33 orang yang terdiri daripada Pesara USM, Ahli Kelab Jasa Budi dan pasangan dengan menaiki Van ke Betong. Peserta dibawa ke Lubuk Pedati di Baling terlebih dahulu dan singgah ke Rimba Cafe untuk makan tengah hari. Perjalanan diteruskan ke Betong dan antara tempat yang dilawati adalah Piyamit Tunnel, Winter Flower Garden, Betong OK. Antara tumpuan lawatan adalah Ayerweng untuk melihat awan karpet dan sunrise, Gergasi Ayam Betong, Terowong Mongkollit dan Bukit Love serta lokasi lain yang menarik.

Program ini merupakan inisiatif Kelab bagi mengeratkan ukhwah dan persahabatan di antara Ahli Kelab Jasa Budi USM dan Pesara USM.

Koleksi kenangan bersama seperti di bawah ini :

https://photos.app.goo.gl/b5QmiaZhzQbTXeqE9



Shared album · Tap to view!

Address

Bilik 132, Tingkat 1, Pusat Sejahtera, Universiti Sains Malaysia

11800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Jasa Budi USM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kelab Jasa Budi USM:

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share