Institute of Systems Biology (INBIOSIS)

Institute of Systems Biology (INBIOSIS) Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Institute of Systems Biology (INBIOSIS), Government Organization, Institute of Systems Biology, UKM Bangi.

Ditubuhkan pada tahun 2005, Institut Biologi Sistem (INBIOSIS) adalah pusat penyelidikan Sistem Biologi pertama di Asia dan dianggotai oleh pasukan pakar akademik, pentadbir dan saintis muda daripada pelbagai disiplin.

๐ƒ๐ˆ๐‘๐†๐€๐‡๐€๐˜๐” ๐“๐”๐€๐๐Š๐”Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi TahniahKEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PE...
31/05/2026

๐ƒ๐ˆ๐‘๐†๐€๐‡๐€๐˜๐” ๐“๐”๐€๐๐Š๐”

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM

sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H

๐‘บ๐’†๐’Ž๐’ƒ๐’‚๐’‰ ๐’•๐’‚๐’Œ๐’›๐’Š๐’Ž ๐’…๐’‚๐’“๐’Š๐’‘๐’‚๐’…๐’‚:
Seluruh Warga INBIOSIS

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐–๐ž๐ฌ๐š๐ค ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐ŸชทSemoga sambutan Hari Wesak pada tahun ini membawa sinar kebahagiaan, kedamaian dan ke...
30/05/2026

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐–๐ž๐ฌ๐š๐ค ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ÿชท

Semoga sambutan Hari Wesak pada tahun ini membawa sinar kebahagiaan, kedamaian dan keharmonian kepada semua yang meraikannya.

Ikhlas daripada Warga INBIOSIS UKM



Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H/2026M daripada seluruh warga INBIOSIS, Universiti Kebangsaan Malaysia.Aidiladha mengin...
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H/2026M daripada seluruh warga INBIOSIS, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Aidiladha mengingatkan kita akan nilai pengorbanan, keikhlasan, dan kesatuan dalam memperkukuh ukhuwah sesama insan. Semoga ibadah korban yang dilaksanakan diterima Allah SWT serta membawa keberkatan, ketenangan, dan rahmat buat seluruh umat Islam.

Salam Aidiladha buat semua yang meraikan.

Sesi perbincangan kerjasama strategik AI Biologi antara INBIOSIS UKM dan Stealth Startup telah diadakan pada 22 Mei 2026...
25/05/2026

Sesi perbincangan kerjasama strategik AI Biologi antara INBIOSIS UKM dan Stealth Startup telah diadakan pada 22 Mei 2026. Perbincangan yang diadakan meliputi ruang kerjasama strategik antara INBIOSIS dan Steatlh Startup yang diwakili oleh Pengasas, En. Wai Kit Ong. Syarikat AI dalam Biologi yang berpusat di Amerika Syarikat, telah diberikan pengenalan kepada teknologi Omik dan Bioinformatik, infrastruktur dan ekosistem penyelidikan INBIOSIS oleh Pengarah INBIOSIS, Prof. Dr. Syarul Nataqain Baharum dan wakil pengurusan. Moga pertemuan ini akan membuka ruang kolaborasi dalam bidang AI dalam Bio dan Bio-automasi yang bermanfaat kepada kedua-dua belah pihak dalam usaha bersama mendepani Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) di peringkat nasional dan rantau Asia.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada ๐๐ซ๐จ๐Ÿ. ๐Œ๐š๐๐ฒ๐š ๐ƒ๐ซ. ๐†๐จ๐ก ๐‡๐จ๐ž ๐‡๐š๐ง atas kejayaan memenangi โ€œJT Awardโ€ sempena Malaysia...
21/05/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada ๐๐ซ๐จ๐Ÿ. ๐Œ๐š๐๐ฒ๐š ๐ƒ๐ซ. ๐†๐จ๐ก ๐‡๐จ๐ž ๐‡๐š๐ง atas kejayaan memenangi โ€œJT Awardโ€ sempena Malaysia Tech Plan Demo Day 2026, anjuran Leave a Nest Group Malaysia, yang berlangsung baru-baru ini.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus mengekalkan momentum kecemerlangan dan mengharumkan nama institusi di peringkat yang lebih tinggi.

Ikhlas daripada
Warga INBIOSIS


๐ˆ๐๐๐ˆ๐Ž๐’๐ˆ๐’ ๐–๐„๐๐ˆ๐๐€๐‘ ๐‹๐„๐‚๐“๐”๐‘๐„ ๐’๐„๐‘๐ˆ๐„๐’ ๐Ÿ“/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Title : From Bench to Pilot Scale: Molecular Engineering Strategies for Enhanced P...
21/05/2026

๐ˆ๐๐๐ˆ๐Ž๐’๐ˆ๐’ ๐–๐„๐๐ˆ๐๐€๐‘ ๐‹๐„๐‚๐“๐”๐‘๐„ ๐’๐„๐‘๐ˆ๐„๐’ ๐Ÿ“/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Title : From Bench to Pilot Scale: Molecular Engineering Strategies for Enhanced Production and Separation of Industrial Biomolecules
Date : 22 May 2026 (Friday)
Time : 3.00 - 4.00 PM
Venue : ZOOM (Joining Link : http://tiny.cc/ISS5_2026 ) & FB live (Institute of Systems Biology (INBIOSIS)
Speaker : Dr. Che Haznie Ayu Che Hussain (INBIOSIS UKM)
Moderator: Assoc. Prof. Dr. Ahmad Bazli Ramzi

This seminar is free & open to all. Attendance form is provided at the end of the session for e-certificate & UKM UrusBakat credit.

Institut Biologi Sistem (INBIOSIS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah berjaya mengadakan Program Hari Siswazah ...
19/05/2026

Institut Biologi Sistem (INBIOSIS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah berjaya mengadakan Program Hari Siswazah INBIOSIS 2026 pada 18 Mei 2026 (Isnin) yang lalu. Program serampang dua mata ini merupakan inisiatif anjuran Persatuan Siswazah INBIOSIS (PSaI) dengan kerjasama pihak pengurusan institut. Sesi pertama pada sebelah pagi telah berlangsung di Dewan Seminar INBIOSIS, bermula dengan sesi pendaftaran seawal jam 9.00 pagi. Majlis disusuli dengan ucapan alu-aluan yang telah disempurnakan oleh Prof Madya Dr Ng Chyan Leong, mewakili Jawatankuasa Siswazah INBIOSIS. Program ini diadakan secara khusus untuk memberi peluang kepada para pelajar baharu menyesuaikan diri serta berinteraksi dengan pelajar senior dalam suasana yang mesra dan harmoni melalui sesi ice-breaking, dengan bantuan pegawai-pegawai INBIOSIS sebagai fasilitator.

Bagi memupuk semangat kesukanan dan kebersamaan, program diteruskan pada sebelah petang dengan Pertandingan Boling INBIOSIS 2026 yang telah diadakan di Ampang Superbowl, Bangi Gateway. Sesi riadah ini mencatatkan penyertaan yang amat memberangsangkan dengan kehadiran seramai 60 orang peserta. Kelainan penganjuran pada tahun ini terserlah apabila ia berjaya menghimpunkan penglibatan menyeluruh daripada segenap lapisan warga INBIOSIS, termasuklah pengurusan tertinggi, barisan felo penyelidik, pegawai dan staf, para pelajar, alumni, pelajar latihan industri, serta pembantu penyelidik (RA). Penglibatan aktif daripada semua peringkat ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup yang sihat, malah menjadi medium terbaik untuk mengeratkan ukhuwah dan membina semangat kerja berpasukan yang utuh dalam kalangan keluarga besar INBIOSIS. Pihak pengurusan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur, PSaI, atas kelancaran program. Terima kasih juga kepada Pengarah INBIOSIS, Prof. Dr. Syarul Nataqain Baharum, atas sokongan beliau dalam menjayakan program ini. Majlis ditutup dengan sesi penyampaian hadiah dan ucapan penutup oleh Pengarah INBIOSIS.

Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada semua pemenang dan peserta yang telah menjayakan acara ini !!

Hari Siswazah INBIOSIS 2026 dimulakan dengan sesi interaksi dan ice breaking yang penuh bermakna, sekali gus menjadi pla...
19/05/2026

Hari Siswazah INBIOSIS 2026 dimulakan dengan sesi interaksi dan ice breaking yang penuh bermakna, sekali gus menjadi platform terbaik untuk warga baharu saling mengenali, membina jaringan serta mengeratkan silaturahim.

Suasana yang santai dan interaktif ini turut membantu memupuk keyakinan diri serta semangat kebersamaan dalam kalangan peserta sebagai langkah awal dalam perjalanan mereka bersama INBIOSIS.

๐“๐š๐ก๐ง๐ข๐š๐ก ๐š๐ญ๐š๐ฌ ๐๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ญ๐ข๐ค๐š๐ง ๐ƒ๐ž๐ค๐š๐ง ๐…๐š๐ค๐ฎ๐ฅ๐ญ๐ข ๐’๐š๐ข๐ง๐ฌ ๐๐š๐ง ๐“๐ž๐ค๐ง๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ข (๐…๐’๐“) ๐”๐Š๐ŒWarga INBIOSIS merakamkan setinggi-tinggi tahniah kep...
19/05/2026

๐“๐š๐ก๐ง๐ข๐š๐ก ๐š๐ญ๐š๐ฌ ๐๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ญ๐ข๐ค๐š๐ง ๐ƒ๐ž๐ค๐š๐ง ๐…๐š๐ค๐ฎ๐ฅ๐ญ๐ข ๐’๐š๐ข๐ง๐ฌ ๐๐š๐ง ๐“๐ž๐ค๐ง๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ข (๐…๐’๐“) ๐”๐Š๐Œ

Warga INBIOSIS merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Prof. Ts. Dr. Faizal Mohamed atas pelantikan sebagai Dekan Fakulti Sains dan Teknologi (FST), UKM berkuat kuasa mulai 21 Mei 2026.

Semoga di bawah kepimpinan beliau, FST akan terus memperkukuh kecemerlangan dalam bidang sains dan teknologi, di samping melakar lebih banyak kejayaan serta pengiktirafan di peringkat nasional dan antarabangsa.

Tulus ikhlas daripada warga INBIOSIS

๐’๐ž๐ค๐š๐ฅ๐ฎ๐ง๐  ๐๐ž๐ง๐ ๐ก๐š๐ซ๐ ๐š๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐”๐œ๐š๐ฉ๐š๐ง ๐“๐ž๐ซ๐ข๐ฆ๐š ๐Š๐š๐ฌ๐ข๐ก ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐๐ซ๐จ๐Ÿ. ๐‚๐ก๐Œ. ๐ƒ๐ซ. ๐ˆ๐ฌ๐ก๐š๐ค ๐€๐ก๐ฆ๐š๐Warga INBIOSIS merakamkan setinggi-tinggi ...
19/05/2026

๐’๐ž๐ค๐š๐ฅ๐ฎ๐ง๐  ๐๐ž๐ง๐ ๐ก๐š๐ซ๐ ๐š๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐”๐œ๐š๐ฉ๐š๐ง ๐“๐ž๐ซ๐ข๐ฆ๐š ๐Š๐š๐ฌ๐ข๐ก ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐๐ซ๐จ๐Ÿ. ๐‚๐ก๐Œ. ๐ƒ๐ซ. ๐ˆ๐ฌ๐ก๐š๐ค ๐€๐ก๐ฆ๐š๐

Warga INBIOSIS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Prof. ChM. Dr. Ishak Ahmad atas segala khidmat bakti, kepimpinan dan jasa yang telah dicurahkan sepanjang menerajui Fakulti Sains dan Teknologi (FST) sebagai Dekan sehingga Mei 2026.

Segala sumbangan, dedikasi dan komitmen yang diberikan amat dihargai dan akan sentiasa dikenang oleh seluruh warga fakulti. Semoga Prof. ChM. Dr. Ishak Ahmad terus dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan serta kejayaan yang berterusan pada masa hadapan.

Ikhlas daripada warga INBIOSIS

Address

Institute Of Systems Biology
Ukm Bangi
43600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institute of Systems Biology (INBIOSIS) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Institute of Systems Biology (INBIOSIS):

Share