Pemuda Kg Merbau Tronoh

Pemuda Kg Merbau Tronoh Laman Facebook rasmi Pergerakan Pemuda Umno Cawangan Kg Merbau

27/01/2024

Salam Takziah buat keluarga Datuk Mohamad Rafi bin Awang Kechik. Sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah buat beliau dan semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

26/01/2024

*KENYATAAN MEDIA*

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung pada 26 Januari 2024 bersamaan 14 Rejab 1445H telah mengadakan perbincangan dan membuat beberapa ketetapan seperti berikut :

1. Mesyuarat merakamkan penghargaan kepada YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim dan Kerajaan Malaysia yang secara konsisten memperjuangkan nasib rakyat Palestin hingga membawa kepada keputusan positif Mahkamah Keadilan Antarabangsa berpandukan kes yang dibawa oleh Afrika Selatan yang memerintahkan Israel untuk menghalang tindakan pembunuhan beramai-ramai (genosid) terhadap rakyat Palestin dan membenarkan bantuan kemanusiaan.

2. Tarikh-tarikh untuk mengadakan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan, Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO bagi tahun 2024 adalah seperti berikut :

i) *Persidangan UMNO Cawangan-Cawangan*
22hb April hingga 2 Jun 2024

ii) *Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian, Wanita UMNO Bahagian, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian dan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian*
21hb Jun hingga 29 Julai 2024

iii) *Perhimpunan Agung UMNO*
21hb hingga 24hb Ogos 2024

3. UMNO Malaysia melalui Majlis Ekonomi dan Kewangan UMNO yang dipengerusikan oleh YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani akan mengadakan Kolokium Kongres Ekonomi Bumiputera pada 3hb Februari 2024 bertempat di Dewan Merdeka, WTC Kuala Lumpur. Resolusi Kolokium ini akan dibentangkan dalam Kongres Ekonomi Bumiputera yang akan dianjurkan pada 29hb Februari, 1hb dan 2hb Mac 2024 kelak.

4. Mesyuarat juga membincangkan mengenai Memorandum Tuntutan Rakan-Rakan Penghantar Syarikat Penyedia Perkhidmatan Penghantaran Barangan dan Makanan (P-Hailing) Grabfood yang diserahkan. Mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk meminta Kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia sekaligus memastikan aspek kebajikan dan hak pekerja ekonomi Gig di Malaysia terpelihara.

DR. ASYRAF WAJDI BIN DUSUKI
26 JANUARI 2024

18/11/2023
13/11/2023

“It’s like a call for duty. Saya terima pencalonan ini adalah untuk membalas jasa UMNO yang telah banyak berjasa kepada saya dan ATM!” tegas Bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang diumumkan sebagai calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman.



13/09/2023

Address

Kampung Merbau Tronoh
Tronoh
31750

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

05-3665733

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda Kg Merbau Tronoh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pemuda Kg Merbau Tronoh:

Share