Pejabat Agama Islam Daerah Teluk Intan

Pejabat Agama Islam Daerah Teluk Intan Halaman ini dibuka bagi memudahkan sebarang penyebaran maklumat dan pertanyaan berkaitan organisasi ini.

Moga dapat membantu seluruh penduduk di Daerah Teluk Intan, Perak.

πŸŒ™ π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆ πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡ / πŸπŸŽπŸπŸ”πŒ πŸŒ™Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Ilahi, warga Pejabat Agama Islam Daerah...
20/03/2026

πŸŒ™ π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆ πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡ / πŸπŸŽπŸπŸ”πŒ πŸŒ™

Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Ilahi, warga Pejabat Agama Islam Daerah Teluk Intan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026M kepada seluruh umat Islam.

Setelah sebulan kita menjalani ibadah di bulan Ramadan yang penuh keberkatan, semoga segala amalan, doa dan pengorbanan kita diterima oleh Allah SWT.

Hari kemenangan ini bukan sekadar hari untuk bergembira, tetapi juga saat untuk kita bermuhasabah, memperbaiki diri serta mengeratkan silaturahim sesama insan.

Di kesempatan yang mulia ini, kami memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kekhilafan dan kekurangan. Semoga Aidilfitri ini membawa sinar kebahagiaan, kedamaian dan keberkatan kepada kita semua.

Marilah kita terus berdoa agar seluruh umat Islam sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT, dikurniakan kesihatan yang baik, kehidupan yang sejahtera serta dipelihara iman dan taqwa.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin 🀲✨

Dengan ingatan tulus ikhlas daripada Pegawai Tadbir Agama & warga kerja Pejabat Agama Islam Daerah Teluk Intan

20/03/2026

𝐏𝐄𝐑𝐔𝐓𝐔𝐒𝐀𝐍 π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆ πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡/πŸπŸŽπŸπŸ”πŒ
𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 π€π†π€πŒπ€ πˆπ’π‹π€πŒ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 π“π„π‹π”πŠ πˆππ“π€π

Oleh:
Tuan Mohd Paisal bin Abdul Rahim
Pegawai Tadbir Agama Daerah Teluk Intan

Semoga Aidilfitri kali ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita.

✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin ✨

Ikhlas daripada Pegawai Tadbir Agama dan seluruh warga kerja Pejabat Agama Islam Daerah Teluk Intan.

15/03/2026
MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA MASYARAKAT ORANG ASLIKAMPUNG ORANG ASLI SUNGAI PELAWAN, LANGKAPLANGKAP, 11 MAC 2026 – Unit ...
12/03/2026

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA MASYARAKAT ORANG ASLI
KAMPUNG ORANG ASLI SUNGAI PELAWAN, LANGKAP

LANGKAP, 11 MAC 2026 – Unit Dakwah, Pejabat Agama Islam Daerah Teluk Intan telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama masyarakat Orang Asli yang berlangsung di Surau Al-Mustaqim, Kampung Orang Asli Sungai Pelawan, Langkap dalam suasana penuh kemesraan, keharmonian dan semangat ukhuwah Ramadan.

Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran YBhg. Orang Kaya-Kaya Laksamana Raja Mahkota Dato’ Haji Meor Redwan bin Mahayudin, Orang Besar Jajahan Hilir Perak; Tuan Haji Ahmad Nizam bin Amiruddin, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAIPk; AF Tuan Mohd Paisal bin Abdul Rahim, Pegawai Tadbir Agama Daerah Hilir Perak; Encik Muhammad Syafiq bin Wahit, Pegawai Kemajuan Orang Asli Daerah Perak Tengah dan Hilir Perak; Encik Norsham bin Abdul Kadir, Penghulu Mukim Changkat Jong serta Encik Zainalimopis bin Mohamad, Penghulu Islam Kampung Orang Asli Sungai Pelawan.

Program dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa selamat sebelum waktu berbuka puasa, seterusnya para hadirin berbuka puasa bersama dalam suasana penuh kebersamaan. Majlis kemudiannya diteruskan dengan solat Maghrib, Isyak serta solat sunat Tarawih dan Witir secara berjemaah yang menambahkan lagi penghayatan ibadah Ramadan dalam kalangan masyarakat setempat.

Selain itu, majlis turut diserikan dengan penyampaian sumbangan beras fidyah dan kotak bantuan makanan kepada masyarakat Orang Asli sebagai simbol keprihatinan dan usaha berkongsi rezeki dalam bulan yang penuh keberkatan ini.

Penganjuran program ini membuktikan komitmen berterusan Unit Dakwah Pejabat Agama Islam Daerah Teluk Intan dalam memperkasa pendekatan dakwah secara turun padang, menyantuni saudara baharu serta memperkukuh jalinan silaturrahim antara agensi agama dan komuniti Orang Asli. Diharapkan usaha murni ini dapat terus menyemai nilai kasih sayang, kebersamaan dan keharmonian dalam membina masyarakat yang sejahtera dan diberkati Allah SWT.

12/03/2026
11/03/2026
🌸 Santuni Keluarga, Ketenangan Terpelihara 🌸Tahukah anda? Kini terdapat 18 Pusat Khidmat Nasihat Kekeluargaan di Negeri ...
04/03/2026

🌸 Santuni Keluarga, Ketenangan Terpelihara 🌸

Tahukah anda? Kini terdapat 18 Pusat Khidmat Nasihat Kekeluargaan di Negeri Perak yang sedia membantu anda dan keluarga.

Antara perkhidmatan yang disediakan:
βœ… Nasihat Keluarga & Perkahwinan
βœ… Psiko Spiritual Islam
βœ… Penyelesaian Konflik & Emosi
βœ… Sokongan & Bimbingan Profesional

Jangan pendam masalah seorang diri. Ambil langkah pertama ke arah keluarga yang lebih bahagia πŸ’•

πŸ“… Tempah sesi khidmat nasihat anda melalui laman web:
🌐 https://sppim.gov.my/v2/online/khidmat-nasihat-online

Disertakan juga carta alir proses permohonan khidmat nasihat di Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM)

04/03/2026
03/03/2026

Address

Jalan Raja Muda Musa
Teluk Intan
36000

Telephone

+6056221078

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Agama Islam Daerah Teluk Intan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Agama Islam Daerah Teluk Intan:

Share