Parti Impian Sabah Bahagian N.68 Apas

Parti Impian Sabah Bahagian N.68 Apas Impian Apas

24/10/2025

ANAK KAMPUNG UNTUK ORANG KAMPUNG

APAS MODEN, BEBAS DADAH, BEBAS RASUAH

SABAH FOR SABAHAN

"MENGAPA RAKYAT APAS PERLU MEMILIH SAYA"

•INFRASTRUKTUR PEMBANGUNAN: Menyelsaikan masalah-masalah iaitu menaiktaraf Jalan-jalan kampung didarat, aspal berkualiti dengan lampu-lampu solar kiri dan kanan, menaiktaraf Jembatan-jambatan kampung atas air daripada jembatan kayu kepada jembatan simen berkualiti dengan lampu solar kiri dan kanan, Bekalan Air Bersih, Bekalan Elektrik, dan menaiktaraf perkampungan lama ke arah moden.

• EKONOMI: Mewujudkan peluang pekerjaan, Tabung Bantuan Modal utk Peniaga- peniaga dan permulaan perniagaan serta galak pelaburan tempatan

• PENDIDIKAN: Mewujudkan Tabung Bantuan Kos Pendidikan dri Tadika, Sekolah rendah hingga Ke Universiti, Tabung Bantuan Peralatan Sekolah, Akses saksama untuk luar bandar dan bandar

• KEBAJIKAN: Mewujudkan Tabung Kebajikan, Van Jenazah Percuma kepada setiap kampung, Kain Kapan Percuma bagi jenazah muslim, bg yg non muslim Keranda Percuma dan sebagainya. Perhatian kepada Fakir miskin, Asnaf, B40, warga emas, Kanak-kanak, Pemuda & Pemudi serta OKU

• KESELAMATAN: Mewujudkan pasukan keselamatan kampung, Tingkat infrastruktur dan rondaan keselamatan

• PEMUDA & PEMUDI: Mewujudkan Tabung Suntikan Modal Perniagaan, Peluang pekerjaan, Latihan kemahiran, peluang keusahawanan & peranan dalam kepimpinan

Yang Ikhlas Berkhidmat,

Herman Bin Amdas
Anak Jati APAS



🤲🥹
#302

19/10/2025

Arise And Shine For Sabah - Parti Impian Sabah

15/10/2025
14/10/2025

Salam 1Impian.

Ketika ini, telah tular beberapa kenyataan yang mempersoalkan struktur keanggotaan dalam Ahli Majlis Tertinggi (AMT) dan halatuju perjuangan Parti Impian Sabah (P*S).

Parti Impian Sabah amat menghargai pandangan pelbagai pihak kerana ianya secara tidak langsung telah menunjukkan bahawa rakyat kini semakin memberi perhatian dan mengambil berat terhadap perjuangan serta halatuju Parti Impian Sabah (P*S).

Ini membuktikan bahawa rakyat melihat P*S
sebagai sandaran dan harapan dalam memilih kerajaan baharu yang benar-benar ikhlas memperjuangkan hak dan membela nasib rakyat secara adil dan saksama menerusi satu formula penyelesaian secara tuntas.

Antara kenyataan yang tular termasuk dakwaan yang mempersoalkan kewajaran P*S mengambil pendekatan melantik Ahli Majlis Tertinggi yang mewakili komuniti dari Rumpun Indonesia dan Filipina seolah-olah P*S mengangkat kedudukan bangsa-bangsa dari rumpun tersebut di dalam negeri Sabah.

Pendirian Parti Impian Sabah adalah jelas; setiap warganegara Malaysia, khususnya di Sabah, mempunyai hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan — iaitu badan perundangan tertinggi negara.

Sehubungan itu, dalam usaha P*S mendekati dan membela suara rakyat, keputusan melantik 3 AMT yang bukan berstatus Anak Negeri Sabah — iaitu mewakili Cina, Rumpun Indonesia dan Rumpun Filipina — adalah satu langkah yang tepat dan signifikan, selaras dengan kepelbagaian bangsa, agama dan budaya yang wujud di negeri ini.

Sebagai contoh, Bangsa Bugis dan Jawa dari rumpun Indonesia merupakan rakyat Sabah yang telah diiktiraf kewarganegaraannya oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Mereka juga mempunyai persatuan sendiri seperti Persatuan Komuniti Bugis Sabah (PKBS) dan Persatuan Masyarakat Peranakan Jawa Sabah (PERJASA) yang didaftarkan di bawah Badan Pendaftar pertubuhan (ROS), selain ramai lagi yang telah lama berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan.

Persoalannya, mengapa ada pihak yang tidak senang dengan pendekatan P*S dalam menyantuni komuniti-komuniti ini sebagai sebahagian daripada rakyat Sabah? Adakah suara-suara pengkritik ini mempunyai agenda tersembunyi? Adakah mereka mewakili pihak tertentu yang rasa tergugat dan takut kehilangan sokongan kerana rakyat kini semakin sedar akan ketelusan perjuangan P*S yang prihatin dan adil?

Mengapa isu ini tidak dibangkitkan sejak awal penubuhan P*S? Adakah bangsa-bangsa daripada rumpun ini tidak mempunyai hak di bawah Perlembagaan? Adakah mereka tidak layak diberi ruang untuk diwakili sebagai warganegara Malaysia, khususnya warga Sabah? dan adakah menjadi satu kesalahan jika P*S mengambil pendekatan yang inklusif berdasarkan realiti masyarakat majmuk Sabah?

Sebenarnya, isu ini adalah cubaan segelintir pihak untuk memanipulasi dan mempengaruhi rakyat untuk mewujudkan kesangsian serta persepsi negatif terhadap P*S. Persoalannya, mengapa isu ini dibangkitkan menjelang PRN ke-17 dan bukan sebelum ini?

Hakikatnya ini adalah manifestasi pemikiran dan politik sempit yang cuba mencemarkan usaha dan hasrat murni P*S dalam membela hak dan nasib seluruh rakyat Sabah—tanpa mengira latar belakang — yang telah hidup berasimilasi sejak sebelum pembentukan Malaysia lagi.

Rakyat harus sedar. Perjuangan dan usaha P*S dalam membela hak dan nasib serta membina masa depan Sabah yang lebih baik selepas PRN ke-17 ini tidak akan dapat direalisasikan tanpa sokongan padu daripada seluruh rakyat negeri ini.

Rakyat harus bijak dalam membuat penilaian dan celik maklumat agar tidak mudah dipengaruhi dan dimanipulasi oleh pihak tertentu yang cuba memecahbelahkan perpaduan dan memperalatkan rakyat demi kepentingan ideologi politik sempit dan licik dengan janji-janji kosong yang akhirnya akan merugikan rakyat dan negeri tercinta ini.

Oleh itu, rakyat harus bijak membuat pilihan dan keputusan untuk memilih parti yang benar-benar serius, ikhlas dan mempunyai perancangan rapi dan jelas dalam memperjuangkan hak dan membela nasib rakyat demi masa depan negeri Sabah yang baharu, bersih dan berintegriti.

Sekian.
Biro Penerangan Negeri Parti Impian Sabah
14 Oktober 2025 l 22 Rabi’ulakhir 1447H

14/10/2025
Seluruh Rakyat Sabah Mari kita saksikan Pelancaran Manifesto Negeri Parti Impian Seluruh Rakyat Sabah Mari kita saksikan...
11/10/2025

Seluruh Rakyat Sabah Mari kita saksikan Pelancaran Manifesto Negeri Parti Impian Seluruh Rakyat Sabah Mari kita saksikan Pelancaran Manifesto Negeri Parti Impian Sabah Pada jam 9 malam ini *(Live di Page Rasmi TikTok & FB Parti Impian Sabah)* bersama menuju kearah kerajaan yang baharu dan bersih. "Sabah Bersatu, Bangkit Bersinar"✌️

Parti Impian Sabah

11/10/2025
30/09/2025

ANAK KAMPUNG UNTUK ORANG KAMPUNG

ANAK JATI KG BATU 4
ANAK JATI APAS
ANAK JATI TAWAU
APAS MODEN

SABAH FOR SABAHAN

"MENGAPA RAKYAT APAS PERLU MEMILIH SAYA"

•INFRASTRUKTUR PEMBANGUNAN: Menyelsaikan masalah-masalah iaitu menaiktaraf Jalan-jalan kampung didarat, menaiktaraf Jembatan-jambatan kampung atas air, Bekalan Air Bersih, Bekalan Elektrik, dan menaiktaraf perkampungan lama ke arah moden.

• EKONOMI: Mewujudkan peluang pekerjaan, Tabung Bantuan Modal utk Peniaga- peniaga dan permulaan perniagaan serta galak pelaburan tempatan

• PENDIDIKAN: Mewujudkan Tabung Bantuan Kos Pendidikan dri Tadika, Sekolah rendah hingga Ke Universiti, Tabung Bantuan Peralatan Sekolah, Akses saksama untuk luar bandar dan bandar

• KEBAJIKAN: Mewujudkan Tabung Kebajikan, Van Jenazah Percuma kepada setiap kampung, Kain Kapan Percuma, Perhatian kepada Fakir miskin, Asnaf, B40, warga emas, Kanak-kanak, Pemuda & Pemudi serta OKU

• KESELAMATAN: Mewujudkan pasukan keselamatan kampung, Tingkat infrastruktur dan rondaan keselamatan

• PEMUDA & PEMUDI: Mewujudkan Tabung Suntikan Modal Perniagaan, Peluang pekerjaan, Latihan kemahiran, peluang keusahawanan & peranan dalam kepimpinan

Yang Ikhlas Berkhidmat,

Herman Bin Amdas
Anak Jati APAS


🤲🥹
#302

Address

No 212 Kampung Jawa Kongsi 10 Jalan Tiku
Tawau
91000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Parti Impian Sabah Bahagian N.68 Apas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share