10/08/2026
𝟗 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝐏𝐀𝐒𝐀𝐑 𝐓𝐀𝐍𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐈𝐍𝐃𝐎 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐔
𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐒𝐊𝐈𝐌 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐈 𝐀𝐆𝐑𝐎𝐁𝐀𝐍𝐊 𝐗 𝐅𝐀𝐌𝐀
Satu sesi taklimat Skim Usahawan Tani Agrobank x FAMA telah diadakan di Tapak Pasar Tani Sabindo, Tawau, bermula jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi.
Sesi taklimat telah disampaikan oleh Puan Dayangku Ruhaini, Pengurus Agrobank Cawangan Tawau, bersama En. Azman dan Puan Nurazrina, Pegawai Mikro Agrobank Tawau.
Taklimat menerangkan mengenai kemudahan dan skim pembiayaan Agrobank serta keistimewaan khas yang ditawarkan kepada usahawan di bawah bimbingan FAMA, termasuk peserta Pasar Tani Sabindo.
Sesi ini telah memberi peluang kepada para usahawan untuk mendapatkan maklumat dan penjelasan berkaitan kemudahan kewangan yang disediakan bagi membantu mengembangkan perniagaan. Secara keseluruhannya, sesi taklimat berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik daripada para peserta Pasar Tani Sabindo.
𝐈𝐍𝐓𝐄𝐆𝐑𝐈𝐓𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐊𝐋𝐔𝐒𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 : 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐂𝐔 𝐊𝐄𝐉𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍”
FAMA Sabah