16/01/2026
Khamis, 15 Januari 2026.
Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan Dan Ekonomi Kreatif Sabah.
Sdr. Izzat Faruqi, Ketua Pemuda Gagasan Rakyat Bahagian Sri Tanjong bersama Pimpinan Pemuda Gagasan Rakyat Parlimen Tawau dan Kalabakan mengadakan kunjungan hormat kepada YB Datuk Hj. Nizam Abu Bakar Titingan, Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan Dan Ekonomi Kreatif Sabah.
Dalam sesi tersebut, Pimpinan Pemuda Gagasan Rakyat Parlimen Tawau dan Kalabakan menzahirkan ucapan syabas kepada YB Menteri sebagai tanda penghormatan serta ruang perbincangan strategik berkaitan pembangunan belia, sukan serta ekonomi setempat terutamanya di kawasan Tawau dan Kalabakan. Turut hadir bersama, YB Syed Ahmad Syed Abas, Pengerusi Lembaga Sukan Sabah merangkap ADUN N.67 Balung.
Terima kasih YB Datuk Hj Nizam Abu Bakar Titingan, Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan Dan Ekonomi Kreatif Sabah atas kesudian dan kebersamaan.