09/06/2026
๐ฃ๐ฒ๐น๐ฎ๐ฝ๐ผ๐ฟ๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐ฟ๐ท๐ฎ ๐ฃ๐ฒ๐น๐ฎ๐ธ๐๐ฎ๐ป๐ฎ๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐๐ฎ๐ป๐ฎ๐ป ๐จ๐ท๐ถ๐ฎ๐ป ๐ ๐ฎ๐ธ๐บ๐ฎ๐น ๐ ๐ฒ๐น๐ฎ๐น๐๐ถ ๐ฆ๐ถ๐๐๐ฒ๐บ ๐ ๐ฃ๐๐ฆ ๐ฑ๐ถ ๐ช๐ฎ๐ฑ-๐ช๐ฎ๐ฑ
Pada 8 Jun 2026, satu lawatan kerja telah diadakan oleh Pengarah Hospital Tapah, Dr. Wan Immi binti Salim, bersama Ketua Unit Rekod Perubatan, Puan Ruzaini binti Ab Rahman, dan Ketua Unit ICT, Encik Mohd Wazir bin Abas ke Wad Perempuan dan Wad Lelaki.
Tujuan lawatan ini adalah untuk meninjau sendiri pelaksanaan Pesanan Ujian Makmal Melalui Sistem MPIS di wad-wad yang mula berkuat kuasa pada 8 Jun 2026, serta memastikan proses pelaksanaannya berjalan dengan lancar mengikut tatacara yang telah ditetapkan.
Selain itu, pemeriksaan terhadap rekod perubatan pesakit turut dilaksanakan bagi menilai pematuhan dokumentasi dan penggunaan sistem dalam pengurusan rekod pesakit serta proses pesanan ujian makmal.
Hasil lawatan mendapati pelaksanaan sistem berjalan dengan baik dan mendapat maklum balas positif daripada petugas di wad-wad yang terlibat. Para petugas memberikan kerjasama yang baik sepanjang sesi lawatan dan menyatakan bahawa penggunaan sistem MPIS bagi pesanan ujian makmal membantu melancarkan proses kerja serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada pesakit.
Secara keseluruhannya, lawatan kerja ini telah mencapai objektif yang ditetapkan dan menunjukkan komitmen Hospital Tapah dalam memperkukuhkan pendigitalan perkhidmatan serta meningkatkan kualiti pengurusan rekod perubatan dan penyampaian perkhidmatan klinikal.