Pusat Latihan PGA Ulu Kinta Perak

  • Home
  • Pusat Latihan PGA Ulu Kinta Perak

Pusat Latihan PGA Ulu Kinta Perak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Latihan PGA Ulu Kinta Perak, Government Organization, PUSAT LATIHAN PASUKAN GERAKAN AM, .

01/03/2022

Tahniah diucapkan kepada 29 peserta Kursus Asas 69 Komando yang telah berjaya menamatkan latihan dengan jayanya.

Pasukan elit PDRM 69 Komando atau lebih dikenali sebagai VAT 69 Komando Pasukan Gerakan Khas Polis Diraja Malaysia adalah sebuah Pasukan Khas yang ditubuhkan pada tahun 1969 bagi mengekang dan menumpaskan kegiatan insurgensi oleh Parti Komunis Malaya. Pasukan ini mempunyai pelbagai kepakaran dalam menghapuskan musuh.

Syabas dan tahniah sekali lagi untuk semua peserta khususnya peserta dari Pusat Latihan PGA.

"Warisan Darah Perwira"

Selamat Hari Ulang Tahun ke 89 pasukan sahabat Tentera Darat Malaysia. Tentera Darat Malaysia
01/03/2022

Selamat Hari Ulang Tahun ke 89 pasukan sahabat Tentera Darat Malaysia.

Tentera Darat Malaysia

Bukit Kepong dalam kenangan. 23/02/1950 - 23/02/2022AL FATIHAH.
23/02/2022

Bukit Kepong dalam kenangan.

23/02/1950 - 23/02/2022

AL FATIHAH.



PERJUANGAN WIRA-WIRA BALAI POLIS BUKIT KEPONG KEKAL DALAM INGATAN

Walaupun sudah 72 tahun peristiwa serangan pengganas komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong berlaku, ia masih kekal terpahat dalam ingatan seluruh rakyat Malaysia.

Menyingkap kejadian yang berlaku pada awal pagi 23 Februari 1950, seramai 180 pengganas komunis telah mengepung sekeliling kawasan balai sebelum menyerang anggota-anggota polis yang sedang bertugas ketika itu.

Meskipun telah berjuang habis-habisan bagi mematah serangan musuh dan mempertahankan balai serta keluarga tercinta, namun akhirnya seorang demi seorang wira negara bersama isteri mereka gugur menyembah bumi.

Peristiwa berdarah itu berakhir dengan 25 nyawa terkorban yang terdiri daripada 15 anggota polis, empat anggota polis bantuan dan enam ahli keluarga termasuk dua orang awam. Manakala empat lagi anggota polis mengalami kecederaan parah.

Semoga pengorbanan wira-wira negara bersama ahli keluarga mereka yang tercinta dalam peristiwa tersebut akan terus dihargai dan dikenang oleh semua rakyat Malaysia.

Bersama-samalah kita sedekahkan surah Al-Fatihah buat wira-wira Balai Polis Bukit Kepong. Semoga roh mereka yang terkorban sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dengan para solihin. Al-Fatihah.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/
https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://twitter.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia
https://t.me/PDRMsia_Official





#23022022

Semoga beroleh kejayaan buat pasukan sepak takraw Pusat Latihan PGA.
23/02/2022

Semoga beroleh kejayaan buat pasukan sepak takraw Pusat Latihan PGA.


Hari ini 80 tahun yang lalu, Leftenan Adnan terkorban dalam Pertempuran Pasir Panjang, Singapura. Adnan bin Saidi dilahi...
14/02/2022

Hari ini 80 tahun yang lalu, Leftenan Adnan terkorban dalam Pertempuran Pasir Panjang, Singapura.

Adnan bin Saidi dilahirkan di Sungai Ramal, Kajang pada 1915. Pada 1933 apabila Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) ditubuhkan, beliau yang ketika itu berusia 18 tahun antara orang pertama yang menyertainya.

Adnan menjadi pegawai tentera Melayu pertama apabila dinaikkan pangkat sebagai Sarjan pada 1936 seterusnya menjadi Kompeni Sarjan Mejar pada 1937. Beliau menjadi Leftenan selepas mengikuti kursus di Singapura & dilantik mengetuai Platun 7 Kompeni C RAMD.

Pada Disember 1941, Jepun mendarat di pantai timur Tanah Melayu, pantas mara ke selatan & berjaya menakluk seluruh semenanjung dalam masa hampir 2 bulan, memaksa tentera British berundur ke Singapura sebelum Jepun sampai ke situ pada 7 Februari.

Meletus Pertempuran Pasir Panjang pada 13 Februari, menyaksikan Jepun berjaya menembusi barisan pertahanan pertama. Pada lewat malam itu, Kompeni C berkekuatan 42 anggota pimpinan Lt. Adnan diarahkan untuk bertahan Bukit Candu.

Pertempuran diteruskan keesokan paginya & awal petang itu, Lt. Adnan berjaya mematahkan serangan berhelah Jepun yang menyamar sebagai tentera Sikh. 2 jam selepas berundur, Jepun hadir semula dengan gelombang serangan penghabisan.

Kompeni C kehabisan peluru & semakin ditekan, namun tidak dapat berundur kerana tali air yang dicemari minyak terbakar memisahkan mereka dengan barisan belakang. Maka Lt. Adnan mengarahkan pasukannya untuk lawan hingga ke hujung nyawa.

Akhirnya Lt. Adnan yang cedera parah ditangkap Jepun, diseksa & digantung/diikat pada sebatang pokok ceri lalu ditikam dengan bayonet sehingga menemui ajalnya di usia 27 tahun. Jepun berjaya menakluk Singapura esok harinya, pada 15 Februari 1942.

Keberanian Lt Adnan diakui General Yamash*ta yang mengatakan “Jika ada 10 orang lagi seperti Lt. Adnan, Jepun memerlukan 10 batalion lagi untuk menakluk Tanah Melayu.”

Sumber: Berita Tentera Darat Malaysia, The Patriots

UJIAN SPIER-PDRM BAGI JAWATAN:1. INSPEKTOR POLIS GRED YA13 (LELAKI/ WANITA),2. KONSTABEL POLIS GRED YA1 (LELAKI) DAN;SEM...
07/02/2022

UJIAN SPIER-PDRM BAGI JAWATAN:

1. INSPEKTOR POLIS GRED YA13 (LELAKI/ WANITA),
2. KONSTABEL POLIS GRED YA1 (LELAKI) DAN;

SEMUA CALON YANG TELAH MELEPASI PEMERIKSAAN UJIAN FIZIKAL PADA TAHUN 2021 DIKEHENDAKI MEMBUAT SEMAKAN PANGGILAN UJIAN SPIER-PDRM BERMULA
07 FEBRUARI HINGGA 28 FEBRUARI 2022
BAGI CALON SEMENANJUNG.

SEMAKAN STATUS UJIAN SPIER-PDRM LULUS ATAU GAGAL BOLEH DILAKUKAN DALAM SISTEM E-PENGAMBILAN PDRM.

HANYA CALON YANG LULUS UJIAN SPIER-PDRM SAHAJA AKAN MENDAPAT SURAT PANGGILAN TEMU DUGA LISAN YANG BOLEH DIDAPATI DI DALAM E-PENGAMBILAN PDRM.

SEBARANG PERTANYAAN LANJUT BOLEH BERHUBUNG DI TALIAN HELP DESK 03-22668348/ 8350/ 8351 SEPERTI YANG TERTERA DI INFO INSTAGRAM DAN FACEBOOK UNIT PENGAMBILAN PDRM.

Sumber : Unit Pengambilan Polis Diraja Malaysia

07/02/2022
PDRM FC
26/01/2022

PDRM FC

PDRM FC starts their pre-season with a team-building session at Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta. Players, coaches, and staff participated in vari...

Assalamualaikum / Salam SejahteraUjian Rentas Halangan Jabatan KDNKA 2020 telah melabuhkan tirainya pada hari ini. Ujian...
02/03/2020

Assalamualaikum / Salam Sejahtera

Ujian Rentas Halangan Jabatan KDNKA 2020 telah melabuhkan tirainya pada hari ini. Ujian yg berlangsung selama 3 hari bermula dari 29/2 - 2/3/2020.

Majlis Penutup Ujian Rentas Halangan Jabatan KDNKA 2020 telah berlangsung dengan penuh gilang gemilang. Majlis penutupan disempurnakan oleh YDH CP Dato' Sri Acryl Sani Bin Hj Abdullah Sani Pengarah Jabatan KDNKA. Turut hadir adalah YDH CP Dato' Razarudin Bin Husain Ketua Polis Perak, YDH DCP Datuk Mastor Bin Mohd Ariff Timbalan Pengarah JKDNKA (PGA), YDH DCP Dato' Fisol Bin Salleh Timbalan Pengarah JKDNKA (PGK) dan semua Komander Komander Briged / Jabatan KDNKA.

Ujian Rentas Halangan pada tahun ini melibatkan sebanyak 20 pasukan mengambil bahagian yang terdiri dari 11 pasukan dari batalion-batalion PGA, 2 pasukan masing-masing mewakili Briged Sabah dan Briged Sarawak, Pasukan Gerakan Udara (PGU), Pasukan Polis Marin (PPM), Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), Unit Tindakhas (UTK), 69 Komando PGK, Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am (PLPGA) dan Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh.

Keputusan penuh pertandingan Ujian Rentas Halangan Jabatan KDNKA 2020 adalah seperti berikut :-

Acara Berpasukan🏃‍♂🏃‍♂🏃‍♂🏃‍♂

Johan🏆🥇
Unit Tindak Khas
4 m 54.88 s

Naib Johan🥈
Briged Sabah PGA
5 m 16.63 s

Ketiga🥉
Pusat Latihan PGA
5 m 59.88 s

Keempat🎖
Batalion 1 PGA
6 m 29.36 s

Acara Individu🏃‍♂

Johan🏆🥇
L/Kpl 189483 Dexmon
69 Komando
4 m 20.88 s

Naib Johan🥈
L/Kpl 19483 Arique Syazawi
Unit Tindak Khas
4 m 40.10 s

Ketiga🥉
Kpl 141140 Jerry Julius
Batalion 16 PGA Sabah

Keempat🎖
Kpl 177490 Nor Azwan
Batalion 10 PGA Sarawak
5 m 46.90 s

Kelima🎖
L/kpl 186964 Mohd Arif
Batalion 3 PGA
7 m 9.74 s

Keenam🎖
Kpl 157111 Sharif Nordin
Batalion 6 PGA
7 m 29.87 s

Anugerah Khas Peserta Paling Senior👴🏋‍♂

Sjn Zainurin B Kassim🏅🏅🏅
Batalion 6 PGA
55 Tahun.

Syabas buat semua yang bertanding!!

Selamat Menyambut Hari Tentera Darat Ke-87 kepada seluruh warga Tentera Darat.Sambutan ini diraikan pada 1 mac setiap ta...
01/03/2020

Selamat Menyambut Hari Tentera Darat Ke-87 kepada seluruh warga Tentera Darat.

Sambutan ini diraikan pada 1 mac setiap tahun sejak bermula penubuhannya pada tahun 1933.

Tema sambutan Hari Tentera Darat Ke-87 kali ini adalah 'Tentera Darat Bersama Rakyat, Sedia Sebilang Masa'.

Follow and like FB : Tentera Darat Malaysia

1313 dalam kenangan.Tarikh 1 dan 2 Mac 2013 akan kekal dalam sejarah negara sebagai detik hitam yang menyaksikan kedaula...
01/03/2020

1313 dalam kenangan.

Tarikh 1 dan 2 Mac 2013 akan kekal dalam sejarah negara sebagai detik hitam yang menyaksikan kedaulatan negara dicabar dan lapan wira tanah air gugur mempertahankannya.

Kumpulan pengikut Jamalul Kiram III yang mendakwa waris sah Kesultanan Sulu telah menceroboh dan mendarat di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 12 Februari bagi menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana sebelum ia diambil British ia di bawah kerajaan Sulu.

Toleransi Malaysia jelas tercabar kerana walaupun telah berunding dengan kumpulan itu, mereka enggan berganjak sekalipun tempoh mereka diminta meninggalkan Malaysia berakhir pada 26 Februari. Lahad Datu dan Semporna, Sabah digemparkan dengan tembakan senjata api sehingga mengorbankan dua anggota komando polis VAT 69, Inspektor Zulkifli Mamat dan Koperal Sabaruddin Daud dan dua anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Insiden berdarah itu juga meragut nyawa 68 anggota militan dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan negara. Pada 2 Mac, jenazah Inspektor Zulkifli Mamat dan Koperal Sabarudin Daud yang terkorban tiba di Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang.

Pertempuran itu juga meragut nyawa 12 pengganas dan enam lagi anggota polis gugur dalam serangan hendap di perkampungan air Kampung Simunul, Semporna. Terpukul dengan keganasan yang dipamer oleh kumpulan militan itu, Ops Daulat dilancarkan apabila pasukan keselamatan negara menggempur kubu mereka dengan serangan udara dan darat pada 5 Mac. PM turut menegaskan agar mereka serah senjata tanpa syarat. Mereka (pengganas) sedang berhadapan dengan negara berdaulat.

Atas dasar mempertahankan negara, PM telah mengumumkan penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu dan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) sebagai landasan perundangan kepada ESSCOM.

Ops Daulat turut menyaksikan penangkapan beberapa individu yang didapati bersekongkol dengan kumpulan pengganas terbabit selain anggota militan itu sendiri yang keluar daripada persembunyian selepas digempur. Pada 21 Mac, lapan rakyat Filipina dihadapkan ke mahkamah dan berdepan hukuman mati serta penjara seumur hidup atas tuduhan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong dan menganggotai kumpulan pengganas.

Sehingga tarikh itu juga 443 orang dilapor ditahan kerana memasuki zon merah kawasan Ops Daulat dan pelbagai kesalahan manakala 173 ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). Sebagai menghargai pengorbanan wira-wira yang gugur, Perdana Menteri mengumumkan kenaikan pangkat kepada mereka. Insp Zulkifli dinaikkan pangkat kepada ASP dan Sabaruddin kepada Sarjan.

Enam lagi wira ialah Supt Ibrahim Lebar (ACP), ASP Michael Anak Padel (DSP), Sarjan Abdul Aziz Sarikon (Sarjan Mejar), Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran (Koperal), Sarjan Baharin Hamit (Sarjan Mejar) dan Koperal Salam Tugiran (Sarjan). Dua anggota ATM yang terkorban iaitu Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, yang gugur semasa pertempuran dan Prebet Ahmad Farhan Ruslan, 21, yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya, masing-masing dinaikkan pangkat Koperal.

PM menyifatkan pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu sebagai peristiwa yang bukan sahaja membuka mata kerajaan, tetapi juga seluruh rakyat Malaysia, terutama di Sabah, tentang betapa pentingnya meningkatkan persiapan untuk menghadapi ancaman luar. Al-Fatihah untuk semua wira-wira negara yang terkorban.

Address

PUSAT LATIHAN PASUKAN GERAKAN AM

31150

Telephone

+6055406725

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Latihan PGA Ulu Kinta Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share