04/06/2026
🌾🚜 𝐏𝐄𝐍𝐂𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐃𝐈𝐁𝐔𝐊𝐀! 🚜🌾
Kementerian Pertanian & Keterjaminan Makanan (KPKM) akan menganjurkan Pameran Pertanian, Hortikultur & Agro Pelancongan (MAHA) 2026 pada 28 Ogos - 6 Sept 2026 di MAEPS, Serdang, Selangor.
Oleh itu, usahawan agrofood, pengusaha makanan, penternak, nelayan, penggiat smart farming serta pemain industri agromakanan dipelawa untuk merebut peluang menyerlah di pentas agromakanan terbesar negara! 🇲🇾🌱
𝐌𝐀𝐇𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 membuka ruang kepada usahawan tempatan untuk mempromosi produk, memperkukuh jenama, meluaskan jaringan perniagaan serta meneroka peluang pasaran baharu bersama komuniti agro terbaik Malaysia. ✨
Antara segmen penyertaan yang dibuka:
🔸 Laman Food Truck
🔸 Agro-Food Fisheries
🔸 Go Global Grow Local
🔸 Laman Veterinar
🔸 Agro-Food Pineapple
🔸 Food Empire
🔸 Laman Smart Farming
🔸 Kingdom of Agrofood
🔸 Agribusiness
🗓️ 𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧:
7 Mei 2026 – 10 Jun 2026
📲 Imbas kod QR atau layari portal rasmi pendaftaran:
usahawan.mahaofficial.com.my
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada transformasi industri agromakanan negara dan bersama-sama mencorakkan masa depan agrofood Malaysia di 𝐌𝐀𝐇𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔! 💚