12/06/2026
Kunjungan hormat Ketua Pegawai Eksekutif YPASM, En. Abd Shukor Jamaluddin, ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 11 Jun 2026 telah diadakan bersama Timbalan Naib Canselor UPSI, Prof. Dr. Suriani Abu Bakar.
Perbincangan turut melibatkan peluang kerjasama penyelidikan di Antartika serta pengukuhan jaringan strategik antara YPASM dan UPSI di bawah Program Smart Partnership Initiative.
Turut hadir ialah Dr. Tamalia Amanda Putri Othman (Ketua Sains & Kerjasama Strategik YPASM), Dr. Norlaile Salleh Hudin (Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Penyelidikan, RMIC UPSI), Dr. Nor Masharah Husain (Timbalan Pengarah Data & Perancangan Strategik, RMIC UPSI), Dr. Syazwan Saidin (Penyelaras Pemantauan Penyelidikan, RMIC UPSI), Prof. Madya ChM. Dr. Noorshida Mohd Ali (Timbalan Dekan Penyelidikan & Inovasi, Fakulti Sains & Matematik UPSI), dan Dr. Intan Suria Hamzah (Penyelaras Penyelidikan RMIC UPSI).
Setinggi-tinggi penghargaan kepada RMIC UPSI atas jemputan dan kesudian menerima kunjungan YPASM. Semoga perbincangan ini menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih erat dan berimpak di bawah inisiatif Smart Partnership Initiative YPASM.