Balai Bomba Dan Penyelamat Tanjong Karang

Balai Bomba Dan Penyelamat Tanjong Karang Balai Bomba Dan Penyelamat Tanjong Karang
(SL 03), Jalan Sungai Kajang Baru
45500 Tg Karang, Selangor

๐Ÿ” ๐๐”๐€๐‡ ๐Š๐„๐ƒ๐€๐ˆ ๐“๐„๐‘๐Œ๐€๐’๐”๐Š ๐Š๐„๐ƒ๐€๐ˆ ๐„๐Œ๐€๐’ ๐ƒ๐€๐ ๐“๐„๐‹๐„๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐Š๐€๐’๐ˆ ๐๐„๐‘๐‡๐€๐Œ๐๐ˆ๐‘๐€๐ ๐’๐“๐„๐’๐„๐ ๐Œ๐ˆ๐๐˜๐€๐Š ๐ƒ๐ˆ ๐‰๐€๐‹๐€๐ ๐๐„๐’๐€๐‘ ๐“๐„๐‘๐๐€๐Š๐€๐‘2 Jun 2026 | BBP Ta...
03/06/2026

๐Ÿ” ๐๐”๐€๐‡ ๐Š๐„๐ƒ๐€๐ˆ ๐“๐„๐‘๐Œ๐€๐’๐”๐Š ๐Š๐„๐ƒ๐€๐ˆ ๐„๐Œ๐€๐’ ๐ƒ๐€๐ ๐“๐„๐‹๐„๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐Š๐€๐’๐ˆ ๐๐„๐‘๐‡๐€๐Œ๐๐ˆ๐‘๐€๐ ๐’๐“๐„๐’๐„๐ ๐Œ๐ˆ๐๐˜๐€๐Š ๐ƒ๐ˆ ๐‰๐€๐‹๐€๐ ๐๐„๐’๐€๐‘ ๐“๐„๐‘๐๐€๐Š๐€๐‘

2 Jun 2026 | BBP Tanjong Karang

Pada jam 11:27 malam, Bilik Kawalan Bomba, Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang telah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kebakaran melibatkan kedai di hadapan Stesen Minyak Five, Pekan Tanjong Karang.

Setibanya pasukan di lokasi, Komander Operasi mendapati kebakaran melibatkan dua (2) unit kedai dua tingkat Kelas A berkeluasan kira-kira 20 x 70 kaki persegi sebelum merebak sehingga melibatkan enam (6) buah kedai keseluruhan, dengan kemusnahan dianggarkan 90 peratus. Api ketika itu sedang marak dan sumber air yang terhad menyukarkan operasi pemadaman berjalan dengan baik namun tiada mangsa dilaporkan terlibat.

Operasi pemadaman diketuai PPgB Mohd Tarmizi Bin Latib dengan melibatkan kerjasama daripada balai bantuan BBP Sekinchan, BBP Kuala Selangor, BBP Klang Utara serta bantuan daripada Pasukan Bomba Sukarela Pasir Penambang, Rantau Panjang, Sekinchan dan Pasukan APM Daerah Kuala Selangor.

Anggota bertindak menggunakan kaedah RECEO dengan menggerakkan 4 aliran sepanjang 500 kaki, 8 pancutan, sumber air daripada pili bomba serta bantuan water tanker dan pam jentera sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya.

Operasi berjaya dikawal pada jam 3:54 pagi dan tamat sepenuhnya selepas kerja-kerja overhaul serta pemantauan keselamatan dilakukan. Operasi ditamatkan pada jam 7:50 pagi.

Jumlah keanggotaan terlibat: 16 anggota termasuk pegawai JBPM, 15 anggota PBS dan 6 anggota termasuk pegawai APM.

Pihak BBP Tanjong Karang mengucapkan terima kasih kepada semua agensi dan pasukan yang terlibat atas kerjasama serta komitmen yang diberikan sepanjang operasi berlangsung.

#

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‘๐€๐˜๐€ ๐€๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐‹๐€๐ƒ๐‡๐€ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ / ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐ŒKetua Balai serta seluruh warga kerja Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang...
26/05/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‘๐€๐˜๐€ ๐€๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐‹๐€๐ƒ๐‡๐€ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ / ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Œ

Ketua Balai serta seluruh warga kerja Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang, kami mengucapkan Salam Aidiladha kepada seluruh umat Islam.

Semoga hari yang penuh keberkatan ini menjadi titik tolak untuk kita menjadi insan yang lebih baik, lebih penyayang, serta sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakan.

Semoga semangat pengorbanan, keikhlasan dan kebersamaan Aidiladha terus menyatukan kita dalam kehidupan bermasyarakat.

๐Š๐„๐Œ๐๐„๐ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐๐€๐Š๐€๐‘๐€๐ ๐Œ๐”๐’๐ˆ๐Œ ๐๐„๐‘๐€๐˜๐€๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‘๐€๐˜๐€ ๐€๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐‹๐€๐ƒ๐‡๐€๐Ÿš— KESELAMATAN DI JALAN RAYA ๐Ÿš—SEBELUM BERTOLAK ๐Ÿ’ฅPeriksa ke...
26/05/2026

๐Š๐„๐Œ๐๐„๐ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐๐€๐Š๐€๐‘๐€๐
๐Œ๐”๐’๐ˆ๐Œ ๐๐„๐‘๐€๐˜๐€๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‘๐€๐˜๐€ ๐€๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐‹๐€๐ƒ๐‡๐€

๐Ÿš— KESELAMATAN DI JALAN RAYA ๐Ÿš—

SEBELUM BERTOLAK
๐Ÿ’ฅPeriksa keadaan kenderaan (tayar, brek, minyak)
๐Ÿ’ฅRancang laluan menggunakan Waze / Google Maps
๐Ÿ’ฅPastikan tidur mencukupi sebelum memandu
๐Ÿ‘‰ Kenderaan selamat, perjalanan lebih yakin

SEMASA MEMANDU
๐ŸŽˆPatuhi had laju & kekalkan jarak selamat
Gunakan lampu isyarat dan periksa cermin sisi
๐ŸŽˆFokus sepenuhnya, elakkan penggunaan telefon
๐ŸŽˆPastikan laluan selamat sebelum memotong
๐Ÿ‘‰ Sikap pemandu menentukan keselamatan semua

REHAT DAN KESELAMATAN.
โœจ๏ธBerhenti rehat setiap 2 jam atau 150 km
โœจ๏ธBergilir memandu jika perjalanan jauh
โœจ๏ธPandu lebih berhati-hati ketika trafik sesak atau cuaca buruk
๐Ÿ‘‰ Rehat seketika, elak risiko bahaya

๐Ÿ”ฅ INGAT! ๐Ÿ”ฅ
Keselamatan adalah tanggungjawab bersama
Kecuaian kecil boleh membawa padah besar.

๐Ÿš— Pandu Cermat, Sampai Selamat โœ…

PESANAN:

CAWANGAN KESEDARAN DAN KESELAMATAN AWAM
BAHAGIAN KESELAMATAN KEBAKARAN
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI SELANGOR

๐Š๐„๐๐€๐Š๐€๐‘๐€๐ ๐…๐„๐„๐ƒ๐„๐‘ ๐๐ˆ๐‹๐‹๐€๐‘ ๐๐Ž๐— ๐“๐๐Pada 17 Mei 2026, Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang telah menerima panggilan kece...
18/05/2026

๐Š๐„๐๐€๐Š๐€๐‘๐€๐ ๐…๐„๐„๐ƒ๐„๐‘ ๐๐ˆ๐‹๐‹๐€๐‘ ๐๐Ž๐— ๐“๐๐

Pada 17 Mei 2026, Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang telah menerima panggilan kecemasan pada jam 9:31 malam berhubung kejadian kebakaran melibatkan sebuah Feeder Pillar Box milik TNB di Jalan Sungai Kajang Baru, 45500 Tanjong Karang, Selangor.

Pasukan A yang diketuai oleh PBK II Suchini Binti Isahak telah digerakkan ke lokasi kejadian bersama lima anggota.

Setibanya di lokasi, Komander Operasi mendapati kebakaran melibatkan Feeder Pillar Box terbakar kira-kira 90%.

Pasukan bomba segera menjalankan operasi pemadaman menggunakan kaedah RECEO dan satu aliran hos reel daripada pam jentera. Operasi pemadaman dilaksanakan sehingga bekalan elektrik diputuskan oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB), sebelum api berjaya dipadamkan sepenuhnya.

Operasi berjaya dikawal pada jam 9:50 malam. Tiada mangsa dilaporkan cedera atau terkorban dalam kejadian ini.

Setelah memastikan keadaan benar-benar selamat, operasi ditamatkan dan jentera bersama anggota kembali ke balai.

๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“ ๐Š๐‡๐€๐’ ๐๐Ž๐“๐Ž๐๐† ๐๐„๐’๐ˆ ๐๐€๐†๐ˆ ๐Œ๐„๐Œ๐๐€๐๐“๐” ๐๐ˆ๐‡๐€๐Š ๐Š๐Š๐ŒPada 17 Mei 2026, Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang telah meneri...
17/05/2026

๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“ ๐Š๐‡๐€๐’ ๐๐Ž๐“๐Ž๐๐† ๐๐„๐’๐ˆ ๐๐€๐†๐ˆ ๐Œ๐„๐Œ๐๐€๐๐“๐” ๐๐ˆ๐‡๐€๐Š ๐Š๐Š๐Œ

Pada 17 Mei 2026, Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang telah menerima panggilan kecemasan pada jam 6:48 petang bagi membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dalam satu kes melibatkan seorang remaja yang mengalami kecederaan akibat tertusuk besi pada kaki kanan.

Pasukan C yang diketuai oleh PBK II Mohd Fadzli bin Mustapa bersama empat anggota telah digerakkan ke lokasi kejadian. Setibanya di lokasi, komander operasi menjalankan size-up dan mengesahkan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun berada dalam keadaan sedar dengan besi masih tertusuk pada bahagian kaki kanan.

Anggota bomba kemudiannya menggunakan peralatan khas kebombaan untuk memotong besi tersebut dengan kaedah yang selamat dan terkawal. Setelah kerja-kerja pemotongan selesai, mangsa diserahkan kepada pihak hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Operasi berjaya dikawal pada jam 7:20 malam sebelum ditamatkan sepenuhnya. Pasukan bomba bersama jentera kemudiannya kembali ke balai setelah memastikan keadaan selamat.

๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“ ๐Š๐‡๐€๐’ ๐Œ๐„๐๐†๐€๐๐†๐Š๐€๐“ ๐Œ๐€๐˜๐€๐“ ๐ƒ๐ˆ ๐‰๐„๐“๐ˆ ๐๐€๐†๐€๐ ๐๐€๐’๐ˆ๐‘Pada 16 Mei 2026 (Sabtu), Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang tel...
17/05/2026

๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“ ๐Š๐‡๐€๐’ ๐Œ๐„๐๐†๐€๐๐†๐Š๐€๐“ ๐Œ๐€๐˜๐€๐“ ๐ƒ๐ˆ ๐‰๐„๐“๐ˆ ๐๐€๐†๐€๐ ๐๐€๐’๐ˆ๐‘

Pada 16 Mei 2026 (Sabtu), Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang telah menerima panggilan kecemasan pada jam 9:51 pagi berhubung penemuan satu mayat terapung di kawasan Jeti Bagan Pasir.

Seramai 7 anggota daripada Pasukan A diketuai oleh PPgB Mohd Tarmizi Bin Latib telah digerakkan ke lokasi kejadian dengan bantuan 4 anggota Polis Diraja Malaysia.

Setibanya di lokasi, pasukan bomba menjalankan pemeriksaan awal dan mendapati terdapat satu mayat terapung di bawah jeti seperti yang dilaporkan oleh orang awam.

Setelah menerima arahan daripada pihak polis, anggota bomba turun ke bawah struktur jeti untuk membawa naik mayat tersebut.

Mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut. Operasi ditamatkan setelah keadaan disahkan selamat dan pasukan kembali ke balai.

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐†๐”๐‘๐” ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”โ€œ๐†๐ฎ๐ซ๐ฎ ๐๐ข๐ญ๐š๐ซ๐š ๐๐š๐๐ข ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐šโ€Ketua Balai dan Seluruh Warga Balai Bomba dan Penyelamat mengucapkan Sela...
16/05/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐†๐”๐‘๐” ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
โ€œ๐†๐ฎ๐ซ๐ฎ ๐๐ข๐ญ๐š๐ซ๐š ๐๐š๐๐ข ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐šโ€

Ketua Balai dan Seluruh Warga Balai Bomba dan Penyelamat mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik di Malaysia.

Guru merupakan insan yang berjasa dalam mendidik, membimbing dan membentuk generasi berilmu, berakhlak serta berdaya saing. Tanpa pengorbanan dan dedikasi para guru, tidak mungkin lahirnya individu yang berjaya dan mampu menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.

Tidak dilupakan juga kepada para jurulatih dan tenaga pengajar yang telah membentuk, melatih dan mendidik kami menjadi seorang penyelamat yang cekap, berdisiplin dan sentiasa bersedia untuk berkhidmat kepada masyarakat dan negara.

Terima kasih cikgu atas segala ilmu, tunjuk ajar, kesabaran dan pengorbanan yang dicurahkan tanpa mengenal erti jemu.

"Guru Bitara Nadi Negara"

Ikhlas daripada: Ketua Balai dan Seluruh Warga Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang.



๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐˜๐ ๐ƒ๐‘ ๐Œ๐Ž๐‡๐ƒ ๐™๐€๐Œ๐‘๐ˆ ๐๐ˆ๐ ๐Œ๐Ž๐‡๐ƒ ๐™๐€๐ˆ๐๐”๐ƒ๐ˆ๐, ๐€๐ƒ๐”๐ ๐’๐”๐๐†๐€๐ˆ ๐๐”๐‘๐Ž๐๐†Satu program Ingatan Tulus Ikhlas daripada ADUN Sg Bu...
14/05/2026

๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐˜๐ ๐ƒ๐‘ ๐Œ๐Ž๐‡๐ƒ ๐™๐€๐Œ๐‘๐ˆ ๐๐ˆ๐ ๐Œ๐Ž๐‡๐ƒ ๐™๐€๐ˆ๐๐”๐ƒ๐ˆ๐, ๐€๐ƒ๐”๐ ๐’๐”๐๐†๐€๐ˆ ๐๐”๐‘๐Ž๐๐†

Satu program Ingatan Tulus Ikhlas daripada ADUN Sg Burong telah diadakan bersempena sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia. Program ini sebagai tanda penghargaan dan sokongan kepada anggota bomba yang sentiasa komited dalam menjalankan tugas demi keselamatan masyarakat.

Semoga penghargaan seperti ini dapat menyuntik semangat kepada warga JBPM untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi dan profesionalisme.

๐’๐Ž๐‹๐€๐“ ๐‡๐€๐‰๐€๐“ ๐ƒ๐€๐ ๐๐€๐‚๐€๐€๐ ๐˜๐€๐’๐’๐ˆ๐ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐€๐๐†๐†๐Ž๐“๐€ ๐๐Ž๐Œ๐๐€ ๐’๐„๐ƒ๐”๐๐ˆ๐€ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Telah diadakan Solat Hajat dan Bacaan Yasin d...
04/05/2026

๐’๐Ž๐‹๐€๐“ ๐‡๐€๐‰๐€๐“ ๐ƒ๐€๐ ๐๐€๐‚๐€๐€๐ ๐˜๐€๐’๐’๐ˆ๐ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐€๐๐†๐†๐Ž๐“๐€ ๐๐Ž๐Œ๐๐€ ๐’๐„๐ƒ๐”๐๐ˆ๐€ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Telah diadakan Solat Hajat dan Bacaan Yasin di Surau Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang yang dipimpin oleh Ketua Balai, bersempena sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia.

Program ini bertujuan memohon kesejahteraan, keselamatan serta perlindungan buat seluruh warga JBPM agar sentiasa diberi kekuatan dalam menjalankan tugas yang mencabar demi masyarakat dan negara.

Semoga amalan ini diberkati dan menjadi sumber kekuatan rohani kepada semua anggota dalam meneruskan khidmat bakti.

๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐๐€๐๐Š ๐‘๐€๐Š๐˜๐€๐“ ๐‚๐€๐–๐€๐๐†๐€๐ ๐“๐€๐๐‰๐Ž๐๐† ๐Š๐€๐‘๐€๐๐†Satu program Ingatan Tulus Ikhlas daripada Bank Rakyat telah diadakan be...
04/05/2026

๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐๐€๐๐Š ๐‘๐€๐Š๐˜๐€๐“ ๐‚๐€๐–๐€๐๐†๐€๐ ๐“๐€๐๐‰๐Ž๐๐† ๐Š๐€๐‘๐€๐๐†

Satu program Ingatan Tulus Ikhlas daripada Bank Rakyat telah diadakan bersempena sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia. Program ini sebagai tanda penghargaan dan sokongan kepada anggota bomba yang sentiasa komited dalam menjalankan tugas demi keselamatan masyarakat.

Semoga penghargaan seperti ini dapat menyuntik semangat kepada warga JBPM untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi dan profesionalisme.

Address

Tanjung Karang

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Bomba Dan Penyelamat Tanjong Karang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Balai Bomba Dan Penyelamat Tanjong Karang:

Share

Category