27/04/2020
Ambil iktibar dari insiden yang berlaku disekeliling kita
SIMPANAN DAN PERLINDUNGAN PENTING๐ฃ
Begitulah pesan Puan Noor Roslida binti Rani dari Negeri Sembilan setelah menyedari manfaat yang akan perolehi beliau dan anak-anak dari akaun SSPN-i Plus yang didaftarkan atas nama beliau dan arwah suaminya.
Kisah setahun sebelum berlaku segala-segalanya. Puan Noor Roslida menceritakan bahawa, akaun SSPN-i Plus yang didaftarnya hanya lah sebagai "ikut-ikutan" dari rakan-rakan yang turut mendaftar. Bagi beliau apalah sangat dengan RM30 sebulan untuk setiap anak. Dan yang seronoknya ketika mendaftar waktu itu, setiap akaun yang didaftar mendapat cenderahati dari SSPN.
Oleh itu, beliau akui tindakan beliau semasa mendaftar pada ketika itu, tidak lah begitu memahami tentang keistimewaan simpanan SSPN-i Plus. Yang penting bagi beliau, sekurang-kurangnya beliau dan arwah telah memulakan simpanan untuk anak-anak.
Bulan Mac 2020 lalu, suami tercinta puan Noor Roslida pergi meninggalkan beliau dan anak-anak buat selama-selamanya kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya. Ujian kehilangan orang paling penting dalam keluarga mereka secara tiba-tiba, betul-betul mengejutkan dan menyedihkan.
Namun, kehidupan harus diteruskan. Seminggu selepas selesai pengebumian, beliau mula menguruskan segala yang berkaitan kewangan dan peninggalan arwah suaminya seperti urusan sijil kematian, gaji, takaful, akaun-akaun bank dan termasuklah urusan akaun SSPN-i Plus.
Niat beliau hanya lah untuk menutup akaun SSPN-i Plus arwah suami kerana simpanan bulanan melalui penolakkan gaji arwah tidak lagi boleh dilakukan. Beliau diterangkan mengenai proses yang perlu dibuat untuk menutup akaun dan proses tuntutan manfaat yang akan perolehi dari akaun-akaun tersebut.
Kini beliau sedari dan mula betul-betul tahu, simpanan sekecil RM30 sebulan tersebut bukan lah simpanan biasa, ianya lebih dari itu. Walaupun terkejut, beliau tetap bersyukur dengan tindakan mendaftar akaun SSPN-i Plus dengan lebih awal. Anggaran nilai keseluruhan simpanan dan manfaat berjumlah hampir RM100,000 tersebut akan digunakan sebaik-sebaiknya untuk masa depan anak-anaknya.
Beliau turut mendaftarkan akaun baru menggantikan di bawah nama beliau p**a bagi akaun-akaun yang ditutup tersebut. Bezanya akaun SSPN-i Plus yang didaftarkan pada kali ini, beliau telah betul-betul faham. Baginya suatu hari nanti jika beliau juga telah tiada, anak-anak akan terus mendapat segala manfaat dan keistimewaan SSPN- Plus ini.
๐ฃTiada perkataan yang boleh beliau huraikan lebih lagi tentang pelan simpanan terbaik ini. Singkatnya beliau pesan, semua orang WAJIB AMBIL TAHU dan JANGAN BERLENGAH untuk mendaftar SSPN-i Plus ini sekarang.
โMusibah datang tanpa diduga. Kemelesetan ekonomi yang berlaku sekarang akibat wabak COVID-19 di seluruh dunia akan lebih mencengkam dan memberi tekanan kepada semua. Maka bersedialah untuk kukuhkan kewangan masing-masing dari sekarang.
๐ Kami bantu anda daftar akaun SSPNi Plus sekarang atau maklumat lanjut dan pendaftaran segera.
๐ www.sspniplus.com.my
๐ www.sspniplus.com.my
๐ www.sspniplus.com.my
๐๐ Kisah ini mungkin memberi manfaat kepada yang lain.