Pejabat Kesihatan Daerah Tampin

Pejabat Kesihatan Daerah Tampin Pejabat Kesihatan Daerah Tampin

Taklimat Refresher Semburan Residu peringkat PKD Tampin 2026 pada 16/6/2026 (Khamis) di Bilik Latihan, PKD Tampin meliba...
19/06/2026

Taklimat Refresher Semburan Residu peringkat PKD Tampin 2026 pada 16/6/2026 (Khamis) di Bilik Latihan, PKD Tampin melibatkan seramai 39 orang anggota.

Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan kepada anggota Unit Vektor berkenaan aktiviti semburan residu bagi mengawal penularan penyakit Malaria.

Secara keseluruhannya, objektif utama program ini adalah tercapai, peserta yg terdiri dari anggota Unit Vektor dan 5 org wakil HTD, Kem Syed Sirajuddin mendapat pengetahuan dan kemahiran berkenaan penggunaan PPE dan peralatan yang digunakan, kaedah bancuhan racun, kaedah pengiraan jumlah racun yg diperlukan dan kaedah semburan yg perlu dilakukan. Taklimat dijalankan pada 2 sesi iaitu sesi taklimat(pagi) dan amali (petang).

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa nombor telefon Bilik Gerakan Unit Kawalan Penyakit Berjangkit telah ditukar k...
18/06/2026

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa nombor telefon Bilik Gerakan Unit Kawalan Penyakit Berjangkit telah ditukar kepada nombor baharu seperti berikut:

Nombor Telefon Baharu:
📞011- 62513644

Sehubungan itu, semua urusan, pertanyaan, pelaporan serta komunikasi berkaitan hendaklah disalurkan melalui nombor telefon baharu tersebut berkuat kuasa serta merta.

Kerjasama dan perhatian semua pihak berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Demonstrasi Masakan Menu Kerabu Maman - Dijemput semua untuk sertai.
18/06/2026

Demonstrasi Masakan Menu Kerabu Maman - Dijemput semua untuk sertai.

BENGKEL LATIHAN MHPSS DAN KURSUS PFA PERINGKAT PKD TAMPIN TAHUN 2026Pada 10 Jun 2026 (Rabu), Pejabat Kesihatan Daerah Ta...
12/06/2026

BENGKEL LATIHAN MHPSS DAN KURSUS PFA PERINGKAT PKD TAMPIN TAHUN 2026

Pada 10 Jun 2026 (Rabu), Pejabat Kesihatan Daerah Tampin telah berjaya menganjurkan Bengkel Latihan Mental Health and Psychosocial Support (MHPSS) dan Kursus Psychological First Aid (PFA) yang melibatkan seramai 20 orang peserta.

Program yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anggota kesihatan dalam memberikan sokongan psikososial serta bantuan awal psikologi kepada individu yang terkesan akibat krisis, bencana atau situasi kecemasan.

Sepanjang bengkel, peserta didedahkan kepada konsep asas MHPSS, prinsip-prinsip PFA, kemahiran komunikasi berkesan, serta latihan amali melalui simulasi dan perbincangan kes. Latihan ini diharapkan dapat memperkukuhkan kesiapsiagaan anggota dalam memberikan sokongan emosi dan psikososial yang berkesan kepada komuniti yang memerlukan.






Terima kasih kepada semua peserta dan fasilitator yang telah menjayakan program ini. Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam memperkasakan kesejahteraan mental masyarakat.

📢 JEMPUTAN KHAS: TAKLIMAT TATA ETIKA PEMASARAN MAKANAN BAYI & PRODUK BERKAITAN📢​Salam sejahtera dan salam hormat kepada ...
09/06/2026

📢 JEMPUTAN KHAS: TAKLIMAT TATA ETIKA PEMASARAN MAKANAN BAYI & PRODUK BERKAITAN📢

​Salam sejahtera dan salam hormat kepada semua Doktor, Jururawat, dan Petugas Kesihatan di Klinik Swasta sekitar Daerah Tampin!

​Anda dijemput hadir ke satu sesi taklimat penting yang akan dijalankan secara dalam talian (online):
​Tarikh: 11 Jun 2026 (Khamis)
​Masa: 12:00 PM - 1:30 PM
​Platform: Google Meet
​Pautan: https://meet.google.com/kfw-wcbz-hga
​Yuran: PERCUMA!

​❓ Apa itu Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi & Produk Berkaitan?
​Ia adalah satu panduan dan garis panduan rasmi yang menetapkan peraturan serta amalan beretika dalam memasarkan makanan bayi dan produk berkaitan (seperti susu formula).

​Sebagai petugas kesihatan, pemahaman tentang tata etika ini sangat penting bagi memastikan kita sentiasa:
1. ​Menyokong penyusuan susu ibu secara optimum.
2. ​Memberikan maklumat yang tepat dan tidak mengelirukan kepada ibu bapa.
3. ​Mengelakkan sebarang konflik kepentingan atau pengaruh promosi komersial yang tidak sihat di fasiliti kesihatan kita.

​Sama-sama kita membentuk amalan pemasaran yang beretika demi menyokong kesihatan bayi dan komuniti di Tampin!

Kursus Kesihatan Wanita 2026Tarikh: 20 Mei 2026 (Rabu)Tempat: Bilik Sri Mutiara, KK GemasKehadiran: 30 orang pesertaObje...
26/05/2026

Kursus Kesihatan Wanita 2026

Tarikh: 20 Mei 2026 (Rabu)
Tempat: Bilik Sri Mutiara, KK Gemas
Kehadiran: 30 orang peserta

Objektif Program:
Memantapkan kefahaman peserta berkaitan kepentingan pengendalian amalan perancang keluarga yang berkesan dalam kalangan wanita, di samping memperkukuh aktiviti pengesanan awal kanser payudara dan kanser pangkal rahim.

Kursus ini berperanan sebagai platform untuk memaklumkan updates dan garis panduan terkini berkaitan pengurusan kesihatan wanita serta penambahbaikan dalam pengendalian kes.

Kursus ini disasarkan kepada anggota kesihatan yang bertugas di Klinik Kesihatan dan Klinik Desa di Daerah Tampin. Secara keseluruhannya, program berjaya dilaksanakan dengan baik dan peserta menunjukkan peningkatan kefahaman berdasarkan peningkatan markah pre-test dan post-test.

Selain itu, program ini turut berjaya mendapatkan maklum balas kursus menggunakan platform AppSheet, selaras dengan usaha pendigitalan dalam pengurusan serta penilaian program di PKD Tampin.

‘Cabaran langkah sihat itu saya’ diteruskan dengan penyertaan Kelab Kebajikan dan Rekreasi PKD Tampin dalam siri ke-2 Ne...
24/05/2026

‘Cabaran langkah sihat itu saya’ diteruskan dengan penyertaan Kelab Kebajikan dan Rekreasi PKD Tampin dalam siri ke-2 Negeri Sembilan 7 Wonders di Gunung Datuk, Rembau selepas siri pertama di PD Forest.

Gunung Datuk yang berketinggian sekitar 855 meter dari paras laut terkenal sebagai antara lokasi pendakian popular di Negeri Sembilan dengan laluan sejauh kira-kira 5–6 kilometer pergi dan balik. Trek ini bukan sahaja mencabar dari segi jarak, malah mempunyai pendakian yang agak teknikal dengan laluan berbatu, cerun curam, akar kayu serta beberapa bahagian yang memerlukan ketahanan fizikal dan mental yang tinggi, terutama ketika menghampiri puncak. Seramai hampir 1,500 peserta telah menyertai siri ke-2 edisi ini. Terus membudayakan aktiviti gaya hidup sihat dalam komuniti.




Pejabat Kesihatan Daerah Tampin dengan kerjasama JAKOA dan Panel Penasihat Klinik Kesihatan Daerah Tampin telah berjaya ...
23/05/2026

Pejabat Kesihatan Daerah Tampin dengan kerjasama JAKOA dan Panel Penasihat Klinik Kesihatan Daerah Tampin telah berjaya melaksanakan Program Latih, Kesan, Analisa, Rawat dan Rujuk (LaKAR) pada 23 Mei 2026 bertempat di Balairaya Kampung Orang Asli Tebung Pasir.

Dengan kekuatan seramai hampir 50 orang anggota kesihatan yang terlibat, sebanyak 16 buah rumah telah dilawati dengan penglibatan seramai 60 orang penduduk kampung menjalani saringan kulit bagi pengesanan penyakit kusta.

Selain itu, penduduk kampung turut disajikan dengan ceramah kesihatan bertajuk “Kenali Kusta” yang disampaikan oleh Pakar Perubatan Keluarga. Ceramah ini bertujuan meningkatkan pengetahuan masyarakat mengenai penyakit kusta serta memberi kesedaran tentang kepentingan mengurangkan stigma terhadap pesakit kusta dalam kalangan masyarakat.

Pihak penganjur merakamkan penghargaan kepada semua petugas kesihatan, pihak kampung dan penduduk yang telah memberikan kerjasama sepanjang program berlangsung. Diharapkan program seumpama ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pengesanan awal dan rawatan penyakit kusta.

Semoga Combi Daerah Tampin terus cemerlang dalam membawa agenda perubahan tingkahlaku dalam komuniti.
23/05/2026

Semoga Combi Daerah Tampin terus cemerlang dalam membawa agenda perubahan tingkahlaku dalam komuniti.

20/05/2026

Address

Pejabat Kesihatan Daerah Tampin
Tampin
73009

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Tampin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Kesihatan Daerah Tampin:

Share