Ameerah Sungai Petani

Ameerah Sungai Petani Ini merupakan halaman rasmi Ameerah Sungai Petani (Muslimat Muda PAS) "AMEERAH"

AMEERAH اميره dalam Bahasa Arab, bermakna Pemimpin Wanita, atau Puteri.

Visi: Memimpin Wanita Muda Malaysia membudayakan politik Islam. Misi: Politik Islam , Informatif , Kepimpinan

Sebuah entiti dalam Dewan Muslimat PAS Kawasan Sungai Petani , Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Fokus utama Ameerah Sungai Petani adalah menggiatkan kesedaran politik dalam kalangan generasi muda wanita, menanamkan semangat kepimpinan dan menyalurkan informasi yang tepat dan sahih kepada wanita muda dalam masyarakat. Like page AMEERAH SUNGAI PETANI: https://www.facebook.com/Ameerah-Sungai-Petani-394413437619098/

22/07/2026

Pilihan pengundi di Negeri Sembilan

19/07/2026

Minda Presiden PAS

POLITIK KEWAJIPAN DARIPADA ALLAH, BUKAN LAKONAN ATAU PERMAINAN

Masih ramai daripada kalangan umat Islam menjadi mangsa al-ghazwu al-fikr (serangan pemikiran) yang dilancarkan oleh penjajah Barat, setelah mereka berjaya menakluk tanah air dan rakyat dengan penjajahan yang memperhambakan rakyat dan merampas hasil buminya. Namun begitu, mereka gagal menghentikan umat Islam yang terus-menerus menentang penjajah. Malah, cahaya Islam gagal dipadamkan, sehingga kini mara menembusi tembok dan dinding negara penjajah sendiri.

Para orientalis yang mengkaji Islam menemukan bahawa al-Quran merupakan kitab suci umat Islam yang paling disayangi sehingga gagal dipisahkan daripada sejahil-jahil penganut Islam, dan ini tidak mungkin dihapuskan. Hal ini merupakan rahsia ketahanan mereka laksana batu pejal yang mustahil dipecahkan. Begitu juga solat Jumaat yang menjadi tempat perhimpunan mingguan dan ibadat haji yang menjadi tempat perhimpunan di Makkah setiap tahun. Kedua-dua ibadat ini memupuk hubungan persaudaraan yang tidak boleh diputuskan. Meskipun dipecahkan, pasti akan bertaut semula kalau dibiarkan.

Maka, pendekatan yang digunakan perlu ditukar, daripada serangan peperangan bersenjata yang memaksa sehingga memperhambakan, merampas harta dan membunuh, kepada pendekatan yang halus dan lembut melalui operasi serangan pemikiran. Antaranya melalui pendidikan, pelajaran dan media bagi melemahkan kepercayaan kepada ajaran Islam.

William Ewart Gladstone, Perdana Menteri United Kingdom pernah berucap dalam parlimennya sambil mengangkat al-Quran di tangannya:

“As long as there is this book (the Quran), there will be no peace in the world.”

“Selagi buku ini (al-Quran) masih ada, selama itulah tidak ada perdamaian dalam dunia.”

Ungkapan ini diucapkan seolah-olah merekalah yang berhak menjaga keamanan dunia manakala umat Islam adalah pengganas. Maka, diwujudkan Islamofobia pada hari ini. Parti Tindakan Demokratik (DAP) juga mengambil senjata ini untuk menggambarkan Islam itu sebagai keganasan yang mesti dihapuskan dengan tujuan menghalang gelombang hijau (kemaraan PAS).

Al-Quran mendedahkan kejahatan penganut Ahli Kitab (Yahudi dan Kristian) yang mengetahui kebenaran Islam dan kelahiran Nabi Muhammad SAW. Firman Allah SWT:

ٱلَّذِينَ ءَاتَيۡنَٰهُمُ ٱلۡكِتَٰبَ يَعۡرِفُونَهُۥ كَمَا يَعۡرِفُونَ أَبۡنَآءَهُمۡۖ وَإِنَّ فَرِيقٗا مِّنۡهُمۡ لَيَكۡتُمُونَ ٱلۡحَقَّ وَهُمۡ يَعۡلَمُونَ ١٤٦

“Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri al-Kitab (Taurat dan Injil) mengenali Muhammad seperti mereka mengenali anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya, sebahagian antara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui.” [Surah al-Baqarah: 146]

Permusuhan mereka terhadap Islam dan penganutnya berlaku kerana perasaan dengki mereka terhadap kemajuan umat Islam yang berjaya menjadi kuasa besar dunia selama 14 abad lamanya. Hal ini demikian kerana, ajarannya yang adil kepada seluruh manusia sehingga mempengaruhi penduduk negeri yang diperintah dan ditadbirnya.

Namun demikian, kuasa besar musuh Islam berjaya mengalah dan menjajah umat Islam pada masa kelemahannya. Hal ini disebabkan oleh sifat lalai dengan kuasa dan kekayaan sehingga menjadi jahil sama ada dalam ilmu melibatkan urusan agama mahupun dunia yang tidak berpisah daripada ajaran Islam yang bersifat al-din, berbeza dengan semua agama dan ideologi yang lain.

Adapun permusuhan mereka terhadap Islam berlaku kerana perasaan dengki dan angkuh, bukannya kerana benar. Firman Allah SWT:

وَدَّ كَثِيرٞ مِّنۡ أَهۡلِ ٱلۡكِتَٰبِ لَوۡ يَرُدُّونَكُم مِّنۢ بَعۡدِ إِيمَٰنِكُمۡ كُفَّارًا حَسَدٗا مِّنۡ عِندِ أَنفُسِهِم مِّنۢ بَعۡدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ ٱلۡحَقُّۖ فَٱعۡفُواْ وَٱصۡفَحُواْ حَتَّىٰ يَأۡتِيَ ٱللَّهُ بِأَمۡرِهِۦٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٞ ١٠٩

“Sebahagian besar Ahli Kitab menginginkan agar mereka dapat memesongkan kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman, kerana dengki daripada mereka sendiri, setelah nyata bagi mereka kebenaran (Islam dan Nabi Muhammad SAW). Maka, maafkanlah dan biarkanlah mereka, sampai Allah mendatangkan perintah-Nya (sama ada berdamai ataupun berperang). Sesungguhnya, Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” [Surah al-Baqarah: 109]

Sikap mereka terhadap para anbiya’ dan kitab Allah ialah beriman secara terpilih mengikut akal yang dikawal oleh nafsu kesombongan dan keduniaan yang dekat dalam pandangan dan dapat dirasai. Firman Allah SWT:

وَلَقَدۡ ءَاتَيۡنَا مُوسَى ٱلۡكِتَٰبَ وَقَفَّيۡنَا مِنۢ بَعۡدِهِۦ بِٱلرُّسُلِۖ وَءَاتَيۡنَا عِيسَى ٱبۡنَ مَرۡيَمَ ٱلۡبَيِّنَٰتِ وَأَيَّدۡنَٰهُ بِرُوحِ ٱلۡقُدُسِۗ أَفَكُلَّمَا جَآءَكُمۡ رَسُولُۢ بِمَا لَا تَهۡوَىٰٓ أَنفُسُكُمُ ٱسۡتَكۡبَرۡتُمۡ فَفَرِيقٗا كَذَّبۡتُمۡ وَفَرِيقٗا تَقۡتُلُونَ ٨٧

“Dan sesungguhnya Kami telah mendatangkan al-Kitab (Taurat) kepada Musa, dan Kami telah menyusulinya (berturut-turut) sesudah itu dengan rasul-rasul, dan telah Kami berikan bukti-bukti kebenaran (mukjizat) kepada ‘Isa putera Maryam dan Kami memperkuatnya dengan Ruhul Qudus. Apakah setiap datang kepada kamu seorang rasul membawa sesuatu (pelajaran) yang tidak sesuai dengan keinginan kamu lalu kamu menyombong; maka beberapa orang (antara para rasul) kamu dustakan dan beberapa orang (yang lain) kamu bunuh?” [Surah al-Baqarah: 87]

Bahkan, mereka juga menyelewengkan kitab Allah. Firman Allah SWT:

فَوَيۡلٞ لِّلَّذِينَ يَكۡتُبُونَ ٱلۡكِتَٰبَ بِأَيۡدِيهِمۡ ثُمَّ يَقُولُونَ هَٰذَا مِنۡ عِندِ ٱللَّهِ لِيَشۡتَرُواْ بِهِۦ ثَمَنٗا قَلِيلٗاۖ فَوَيۡلٞ لَّهُم مِّمَّا كَتَبَتۡ أَيۡدِيهِمۡ وَوَيۡلٞ لَّهُم مِّمَّا يَكۡسِبُونَ ٧٩

“Maka, kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis al-Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya, ‘Ini daripada Allah,’ (dengan maksud) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka, kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa yang mereka kerjakan.” [Surah al-Baqarah: 79]

Antara penyelewengan yang paling menyesatkan ialah memisahkan politik daripada agama para anbiya’ dan mencipta teori sekularisme dalam agama Kristian di Eropah. Tujuannya bagi menyelesaikan krisis antara gereja dengan istana (paderi dan raja) dan pertembungan antara sains yang diambil daripada tamadun Islam dengan pihak gereja yang menolak kemajuan ilmu dunia. Adapun ilmu dunia menjadi fardu kifayah dalam Islam, tetapi tidak ada dalam Kristian selepas Bible (kitab Injil) dipinda.

Injil yang dipesongkan kepada ciptaan manusia meletakkan ayat:

“Therefore, render to Caesar the things that are Caesar's, and to God the things that are God's.”

“Berikan milik Kaisar itu kepada Kaisar; dan milik Tuhan itu kepada Tuhan.” [Matthew 22:21; Mark 12:17; Luke 20:25]

Hakikatnya, semua rasul menganut Islam. Firman Allah SWT:

قُولُوٓاْ ءَامَنَّا بِٱللَّهِ وَمَآ أُنزِلَ إِلَيۡنَا وَمَآ أُنزِلَ إِلَىٰٓ إِبۡرَٰهِ‍ۧمَ وَإِسۡمَٰعِيلَ وَإِسۡحَٰقَ وَيَعۡقُوبَ وَٱلۡأَسۡبَاطِ وَمَآ أُوتِيَ مُوسَىٰ وَعِيسَىٰ وَمَآ أُوتِيَ ٱلنَّبِيُّونَ مِن رَّبِّهِمۡ لَا نُفَرِّقُ بَيۡنَ أَحَدٖ مِّنۡهُمۡ وَنَحۡنُ لَهُۥ مُسۡلِمُونَ ١٣٦

“Katakanlah (wahai orang-orang Mukmin), ‘Kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, Isma‘il, Ishaq, Ya‘qub dan anak cucunya, dan apa yang diberikan kepada Musa dan ‘Isa serta apa yang diberikan kepada nabi-nabi daripada Tuhannya. Kami tidak membeza-bezakan seorang pun antara mereka dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya.” [Surah al-Baqarah: 136]

Para rasul diperintahkan membawa kitab Allah kepada manusia bagi melaksanakan tujuan mereka diciptakan, iaitu beribadat, berkhilafah (politik) dan beramanah (melaksanakan hukum yang adil kepada semua).

Rasulullah SAW mentafsirkan khilafah dengan siasah (politik) melalui sabdanya:

‌كَانَتْ ‌بَنُو ‌إِسْرَائِيلَ ‌تَسُوسُهُمُ ‌الْأَنْبِيَاءُ، كُلَّمَا هَلَكَ نَبِيٌّ خَلَفَهُ نَبِيٌّ، وَإِنَّهُ لَا نَبِيَّ بَعْدِي، وَسَيَكُونُ خُلَفَاءُ فَيَكْثُرُونَ.

“Kaum Bani Isra’il pada zaman dahulu dipimpin oleh para nabi. Apabila seseorang nabi wafat, diganti p**a oleh nabi selepasnya. Tiada lagi nabi selepasku (Muhammad SAW), namun akan ada para pemimpin dan jumlah mereka ramai.”

قَالُوا: فَمَا تَأْمُرُنَا؟ قَالَ: فُوا بِبَيْعَةِ الْأَوَّلِ فَالْأَوَّلِ، أَعْطُوهُمْ حَقَّهُمْ، فَإِنَّ اللهَ سَائِلُهُمْ عَمَّا اسْتَرْعَاهُمْ.

Para sahabat bertanya, “Apakah perintahmu (pesananmu) kepada kami?” Baginda menjawab, “Tunaikanlah baiah kepada yang pertama dan diikuti selepasnya. Tunaikanlah hak terhadap mereka. (Pohonlah kepada Allah perkara yang menjadi hak kamu). Sesungguhnya, Allah akan menyoal mereka berkenaan hak kamu yang wajib ditunaikan oleh mereka.” [Hadis riwayat al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab Ahadith al-Anbiya’, no. 3455, dan Muslim, Sahih Muslim, Kitab al-Imarah, no. 1842, daripada Abu Hurairah. Lafaz bagi al-Bukhari]

Allah berfirman menyatakan berulang kali betapa kewajipan memilih dan mengikut pemimpin kelak akan dihisab pada Hari Kiamat. Antaranya, firman Allah SWT:

يَوۡمَ نَدۡعُواْ كُلَّ أُنَاسِۢ بِإِمَٰمِهِمۡۖ فَمَنۡ أُوتِيَ كِتَٰبَهُۥ بِيَمِينِهِۦ فَأُوْلَـٰٓئِكَ يَقۡرَءُونَ كِتَٰبَهُمۡ وَلَا يُظۡلَمُونَ فَتِيلٗا ٧١

“(Ingatlah) suatu hari (Hari Kiamat) Kami panggil tiap-tiap umat dengan pemimpinnya; dan sesiapa yang diberikan kitab amalannya di tangan kanannya, maka mereka ini akan membaca kitabnya itu, dan mereka tidak dianiaya sedikit pun.” [Surah al-Isra’: 71]

Ajaran salah yang memisahkan urusan dunia khususnya politik daripada yang dinamakan agama dalam kitab Injil dijadikan senjata serangan pemikiran oleh penjajah terhadap umat Islam. Hal ini dilakukan melalui pentadbiran dengan cara merampas kuasa atau daulat yang sebenar daripada raja-raja dengan ditinggalkan kuasa agama yang terpilih dalam urusan ibadat dan keluarga sahaja. Adapun urusan mentadbir (politik) negara berada di tangan mereka, di samping mengawal pelajaran, pendidikan dan media bagi menyebarkan kejahilan agama kepada rakyat dan menggalakkan berilmu agama secara tidak bertafaqquh dalam kalangan ulama’.

Maka, tersebarlah kejahilan politik Islam yang mulia dan bersih. Bahkan, politik disingkirkan daripada Islam. Berlaku kejahilan dalam kalangan umat Islam sehingga menimbulkan persepsi bahawa politik maknanya kotor, menipu, berebut jawatan, permainan, lakonan drama dan lain-lain. Semua ini diucap dan ditulis dalam media oleh kalangan yang jahil agama.

Tujuan penjajah supaya mematikan atau melemahkan tentangan terhadap mereka dan menyekat Islam daripada berkuasa semula bagi memerintah dunia secara adil, berakhlak dan berilmu.

Maka, jangan hairan kalau ada ucapan dan penulisan daripada orang Islam sendiri yang mengambil peranan penjajah menyebarkan fahaman yang sesat kerana jahil murakkab (tidak tahu dirinya jahil). Begitu juga menafikan atau merendahkan kewajipan berpolitik yang dinyatakan oleh Allah menjadi salah satu daripada tujuan manusia diciptakan dan menjadi kewajipan yang mulia di sisi Allah melalui lisan dan tulisan. Firman Allah SWT:

وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَـٰٓئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٞ فِي ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةٗۖ قَالُوٓاْ أَتَجۡعَلُ فِيهَا مَن يُفۡسِدُ فِيهَا وَيَسۡفِكُ ٱلدِّمَآءَ وَنَحۡنُ نُسَبِّحُ بِحَمۡدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَۖ قَالَ إِنِّيٓ أَعۡلَمُ مَا لَا تَعۡلَمُونَ ٣٠ وَعَلَّمَ ءَادَمَ ٱلۡأَسۡمَآءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمۡ عَلَى ٱلْمَلَـٰٓئِكَةِ فَقَالَ أَنۢبِ‍ُٔونِي بِأَسۡمَآءِ هَـٰٓؤُلَآءِ إِن كُنتُمۡ صَٰدِقِينَ ٣١ قَالُواْ سُبۡحَٰنَكَ لَا عِلۡمَ لَنَآ إِلَّا مَا عَلَّمۡتَنَآۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡعَلِيمُ ٱلۡحَكِيمُ ٣٢

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, ‘Sesungguhnya, Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.’ Mereka berkata, ‘Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?’ Tuhan berfirman, ‘Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.’ (30) Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para malaikat lalu berfirman, ‘Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu memang orang-orang yang benar!’ (31) Mereka menjawab, ‘Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain daripada apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.’ (32)” [Surah al-Baqarah: 30-32]

Allah memberi amaran kepada umat Islam sekiranya mereka tidak bangkit menegakkan Islam sehingga berkuasa, dan mereka juga wajib mempertahankan kuasa umat Islam mengikut ajaran Islam. Amaran ini ditujukan kepada bangsa Arab yang pertama kali memimpin kuasa Islam ketika mereka mendominasi penganut Islam, bahawa sekiranya mereka cuai, Allah akan menukar mereka dengan kaum bangsa lain yang menganut Islam atau mereka akan dijajah oleh musuh bukan Islam yang menyeksakan. Firman Allah SWT:

هَـٰٓأَنتُمْ هَـٰٓؤُلَآءِ تُدۡعَوۡنَ لِتُنفِقُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ فَمِنكُم مَّن يَبۡخَلُۖ وَمَن يَبۡخَلۡ فَإِنَّمَا يَبۡخَلُ عَن نَّفۡسِهِۦۚ وَٱللَّهُ ٱلۡغَنِيُّ وَأَنتُمُ ٱلۡفُقَرَآءُۚ وَإِن تَتَوَلَّوۡاْ يَسۡتَبۡدِلۡ قَوۡمًا غَيۡرَكُمۡ ثُمَّ لَا يَكُونُوٓاْ أَمۡثَٰلَكُم ٣٨

“Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka, antara kamu ada yang kikir, dan siapa yang kikir sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allah jua Tuhan Yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang berkehendak (kepada-Nya); dan jika kamu berpaling nescaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini.” [Surah Muhammad: 38]

Firman Allah SWT:

إِلَّا تَنفِرُواْ يُعَذِّبۡكُمۡ عَذَابًا أَلِيمٗا وَيَسۡتَبۡدِلۡ قَوۡمًا غَيۡرَكُمۡ وَلَا تَضُرُّوهُ شَيۡ‍ٔٗاۗ وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٌ ٣٩

“Jika kamu tidak berangkat untuk berjuang, nescaya Allah menyeksa kamu dengan seksa yang pedih dan digantinya (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi kemudaratan kepada-Nya sedikit pun. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” [Surah al-Tawbah: 39]

Seksaan dunia ini disebabkan oleh para pemimpin yang zalim, kehidupan yang buruk atau dijajah oleh kaum lain yang memperhambakannya. Contohnya, kejatuhan Andalus (Sepanyol), Palestin, Asia Tengah dan lain-lain yang ditakluk oleh bukan Islam.

Di Malaysia, Melayu Islam wajib memimpin kerana mereka mendominasi penganut Islam.

Kewujudan bangsa ialah sifat tabii ciptaan Allah bagi menguji manusia. Tolak kump**an luar tabii Melayu yang bersama DAP, iaitu kump**an sekular fanatik dan cauvinis ekstrem yang menjadi ancaman kepada Islam dan bangsa Melayu. Bukan kerana fanatik perkauman, tetapi kerana Islam mewajibkan berlaku adil kepada semua manusia.

Firman Allah SWT:

۞إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَٰنَٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا وَإِذَا حَكَمۡتُم بَيۡنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحۡكُمُواْ بِٱلۡعَدۡلِۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِۦٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِيعَۢا بَصِيرٗا ٥٨

“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya, Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya, Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” [Surah al-Nisa’: 58]

Kump**an Pakatan Harapan (PH) tidak berlaku adil dalam menunaikan amanah selepas merampas kerajaan secara menipu dan menggunakan helah yang tidak demokratik melalui rasuah dan ugutan. Mereka juga mengambil tindakan yang salah dan zalim dalam politik, pentadbiran, kehakiman, ekonomi, pendidikan dan lain-lain, serta bertindak secara terpilih terhadap rasuah dan lain-lain.

Selain itu, diberikan peruntukan yang berbeza antara pihak kerajaan dengan pembangkang, peruntukan untuk Sarawak dan Sabah terhadap bumiputera. Semua ini bersifat langkah politik yang membahayakan kedaulatan Melayu dan Islam, meminggirkan bahasa kebangsaan dalam pelajaran, pendidikan dan pentadbiran. Allah SWT berfirman:

وَمَآ أَرۡسَلۡنَا مِن رَّسُولٍ إِلَّا بِلِسَانِ قَوۡمِهِۦ لِيُبَيِّنَ لَهُمۡۖ فَيُضِلُّ ٱللَّهُ مَن يَشَآءُ وَيَهۡدِي مَن يَشَآءُۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ ٤

“Kami tidak mengutus seorang rasul pun, melainkan dengan bahasa kaumnya, supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka. Maka, Allah menyesatkan sesiapa yang Dia kehendaki, dan memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Dialah Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.” [Surah Ibrahim: 4]

PH berslogankan madani yang kiblat solatnya ke arah Baitullah (Rumah Allah) di Makkah, adapun kiblat politik dan ekonominya ke arah White House (Rumah Putih) di Washington. Mereka juga berkonsepkan Islam sekularisme dan liberalisme berpandukan kaedah politik Barat:

“The end justifies the means.”

“Matlamat menghalalkan cara.”

Allah memberi amaran kepada mereka yang jahil murakkab (jahil yang tidak sedar dirinya jahil) yang menyesatkan orang lain dengan ucapan dan tulisannya termasuk media yang membantunya. Firman Allah SWT:

وَلَا تَقۡفُ مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌۚ إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَـٰٓئِكَ كَانَ عَنۡهُ مَسۡ‍ُٔولٗا ٣٦

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabannya.” [Surah al-Isra’: 36]

Maka, janganlah mengikut arahan yang salah. Firman Allah SWT:

يَوۡمَ تُقَلَّبُ وُجُوهُهُمۡ فِي ٱلنَّارِ يَقُولُونَ يَٰلَيۡتَنَآ أَطَعۡنَا ٱللَّهَ وَأَطَعۡنَا ٱلرَّسُولَا۠ ٦٦ وَقَالُواْ رَبَّنَآ إِنَّآ أَطَعۡنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَآءَنَا فَأَضَلُّونَا ٱلسَّبِيلَا۠ ٦٧ رَبَّنَآ ءَاتِهِمۡ ضِعۡفَيۡنِ مِنَ ٱلۡعَذَابِ وَٱلۡعَنۡهُمۡ لَعۡنٗا كَبِيرٗا ٦٨

“Pada hari ketika muka mereka dibolak-balikkan dalam Neraka, mereka berkata, ‘Alangkah baiknya, andai kata kami taat kepada Allah dan taat (p**a) kepada Rasul!’ (66) Dan mereka berkata, ‘Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami daripada jalan (yang benar). (67) Wahai Tuhan kami, timpakanlah kepada mereka azab dua kali ganda dan kutuklah mereka dengan kutukan yang besar.’ [68]” [Surah al-Ahzab: 66-68]

PAS mengajak kepada perubahan berteladankan Rasulullah SAW serta berasaskan kekuatan perpaduan Islam Arab dan bukan Islam yang tidak ekstrem. Hal ini dilaksanakan melalui umat Melayu Islam bersama bumiputera dan bukan Islam bukan dalam kalangan Melayu yang tidak ekstrem berpandukan firman Allah SWT:

لَّا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يُقَٰتِلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَلَمۡ يُخۡرِجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ أَن تَبَرُّوهُمۡ وَتُقۡسِطُوٓاْ إِلَيۡهِمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِينَ ٨ إِنَّمَا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ قَٰتَلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَأَخۡرَجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ وَظَٰهَرُواْ عَلَىٰٓ إِخۡرَاجِكُمۡ أَن تَوَلَّوۡهُمۡۚ وَمَن يَتَوَلَّهُمۡ فَأُوْلَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ ٩

“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak (p**a) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya, Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. [8] Sesungguhnya, Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangimu kerana agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan sesiapa yang menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (9)” [Surah al-Mumtahanah: 8-9]

Firman Allah SWT:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٞ ١٣

“Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan serta menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal. Sesungguhnya, orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa antara kamu. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” [Surah al-Hujurat: 13]

Dahulukan PAS bersama UMNO, Barisan Nasional (BN), kump**an Melayu Islam dan bukan Islam yang tidak ekstrem seperti MCA, MIC, Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) dan lain-lain, diikuti oleh Sarawak dan Sabah bagi menyelamatkan Malaysia yang tercinta ini.

Firman Allah SWT:

وَأَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ وَلَا تَنَٰزَعُواْ فَتَفۡشَلُواْ وَتَذۡهَبَ رِيحُكُمۡۖ وَٱصۡبِرُوٓاْۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّـٰبِرِينَ ٤٦

“Dan taatilah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu saling berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya, Allah berserta orang-orang yang sabar.” [Surah al-Anfal: 46]

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 4 Safar 1448 / 19 Julai 2026

[Bil: 47 / 2026]

18/06/2026
🌙✨ Salam Aidiladha & Hari Arafah daripada Ameerah Sungai Petani ✨🌙Hari Arafah merupakan hari yang penuh kemuliaan dan ke...
26/05/2026

🌙✨ Salam Aidiladha & Hari Arafah daripada Ameerah Sungai Petani ✨🌙

Hari Arafah merupakan hari yang penuh kemuliaan dan keberkatan. Hari di mana doa-doa diangkat, dosa-dosa diampunkan dan rahmat Allah melimpah kepada hamba-Nya. 🤍

Semoga kita semua tidak melepaskan peluang untuk memperbanyakkan doa, zikir, istighfar dan amalan kebaikan pada hari yang istimewa ini. Moga Allah menerima setiap pengorbanan, mengurniakan hati yang ikhlas serta menjadikan kita dalam kalangan hamba-Nya yang sentiasa dekat dengan-Nya.

Aidiladha p**a mengajar kita bahawa setiap pengorbanan yang dilakukan kerana Allah tidak pernah sia-sia. Daripada kisah Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS, kita belajar tentang taat, sabar dan yakin pada aturan Allah. ✨

🌸 Selamat Menyambut Hari Arafah & Hari Raya Aidiladha 🌸
Ikhlas daripada seluruh warga Ameerah Sungai Petani.
Maaf zahir dan batin, semoga hari-hari mulia ini membawa keberkatan, ketenangan dan kasih sayang buat semua. 🕊️

10/05/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐈𝐁𝐔
𝟏𝟎 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔

رَبِّ اغْفِرْلِى وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرًا

Maksud: "Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku, dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasuhku sejak kecil".

Biasa dengar ayat begini?
"Saya selamat ni dek kerana doa ibu saya. Saya berjaya hari ini kerana ibu tidak pernah putus, siang dan malam mendoakan saya"

"Ibu, terima kasih ya, untuk setiap pelukan yang menenangkan, setiap doa yang menguatkan, dan setiap pengorbanan yang tidak terlihat. Banyak, tidak terkira oleh jari ini"

"Tidak boleh dibayangkan jika insan yang paling kita cinta, insan yang sentiasa memahami kita, insan yang sentiasa mempercayai kita, pergi meninggalkan kita suatu hari nanti. Saat itu, dunia menjadi gelap, kaki tidak berpijak, tangan kaku, pandangan kosong, tiada lagi suara bebelan, tiada lagi suara memberi semangat, tiada lagi suara ketawa. Ibu."

Terima Kasih, ibu ❤️



25/04/2026

Alhamdulillah Ameerah Fan Club (AFC) Malaysia berbesar hati ingin mengumumkan projek Gadis Gunung 2026 ⛰️
Tujuan projek GG ini adalah untuk memberi kesedaran kepentingan gaya hidup yang sihat, khususnya dalam dunia pendakian. Memperkenalkan kerjasama bersama wanita yang hebat dalam dunia pendakian
1. Hayyu Rahmat (Champion Merapoh Ultra 55 KM)
2. Caamyra (Finisher 100KM Merapoh Rainforest Trail 2025)
3. Ume Cikin (Content Creator)
Terima kasih kerana sudi bekerjasama dengan AFC Malaysia ! Looking forward to collaborate and gain knowledge through your stories and sharing ! Can't wait ! Tazabarrrrr

07/03/2026

Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa agung yang menandakan permulaan wahyu Allah SWT diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril.

Ia bukan sekadar tarikh bersejarah, bahkan menjadi titik tolak kepada perubahan besar dalam tamadun manusia, daripada kegelapan jahiliah kepada cahaya kebenaran yang abadi.

Sebagai umat Islam, pengisian malam Nuzul Al-Quran seharusnya lebih dari sekadar sambutan tahunan. Jadikanlah ia momentum untuk kembali mengeratkan hubungan dengan Al-Quran, bukan hanya pada bacaannya, tetapi pada kefahaman dan pengamalannya dalam kehidupan seharian. Kerana Al-Quran diturunkan bukan untuk disimpan, tetapi untuk dihayati.

Semoga peringatan ini menyuntik semangat baharu dalam diri kita untuk terus istiqamah bersama Al-Quran, khususnya di penghujung Ramadan yang penuh keberkatan ini.

Salam Nuzul Al-Quran 🤍

07/03/2026

𝗜𝗦𝗧𝗜𝗠𝗘𝗪𝗔 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗪𝗔𝗡𝗜𝗧𝗔 𝗦𝗘𝗗𝗨𝗡𝗜𝗔

Bersempena Hari Wanita Sedunia, AKWAM Ameerah Malaysia dengan bangganya mempersembahkan sebuah bual bicara eksklusif yang menghimpunkan tokoh-tokoh muslimat berwibawa tanah air dengan tajuk :

🌟 Muslimat PAS: Wajah Masa Depan Malaysia 🌟

Satu perbincangan mendalam tentang kepimpinan wanita Muslimah, cabaran semasa dan harapan masa depan Malaysia 🇲🇾

🗓 Tarikh: 8 Mac 2026 (Ahad)
⏰ Masa: 5:00 – 6:15 petang
📍 Platform: TikTok Live

🎤 Host:
✨ Ustazah Asmak Husin
✨ Hidayah Zakaria

🌷 Speaker Jemputan Istimewa:

1️⃣ YB Siti Ashah Ghazali
ADUN Merbau Pulas
Exco Kerajaan Negeri Kedah

2️⃣ YB Mumtaz Md Nawi
Ahli Parlimen Tumpat

3️⃣ YB Zuraida Md Noor
ADUN Ladang

4️⃣ YB Mardhiyyah Johari
ADUN Pengkalan Kundor

🎖️ Penutup Khas:
🌺 Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia

📢 Jangan lepaskan peluang!
Ayuh bersama-sama menyaksikan wacana bermakna ini secara LIVE di TikTok Ameerah Malaysia

👉 Set reminder, kongsikan & ajak rakan-rakan!
Kerana suara wanita hari ini adalah wajah Malaysia masa depan ✨🙌🏻

28/02/2026

𝗔𝗗𝗜𝗞 𝗠𝗔𝗦𝗬𝗜𝗧𝗔𝗛 𝗖𝗘𝗟𝗜𝗞 𝗠𝗔𝗧𝗔 𝗛𝗔𝗧𝗜

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) mengucapkan tahniah dan syabas buat adik Masyitah binti Mohamad Tarmizi, murid Sekolah Kebangsaan Jabi, Pokok Sena, Kedah atas pencapaian membanggakan memperoleh keputusan 9A dalam keputusan Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2025 yang diumumkan baru-baru ini.

Adik Masyitah merupakan salah seorang daripada 4 orang penerima kategori Murid Bekeperluan Pendidikan Khas (MBPK) yang cemerlang dalam keputusan Peperiksaan UPKK Tahun 2025. Lebih manis lagi, adik Masyitah turut dijemput hadir bersama guru pengiring, Ustazah Siti Zaitun binti Khazali bagi menerima slip keputusan peperiksaan UPKK yang disampaikan sendiri oleh Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada 25 Februari 2026 yang lalu.

Dalam Majlis Pengumuman Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) Tahun 2025 tersebut juga, JHEAIK diwakili oleh Timbalan Pengarah Operasi, YBhg. Dato' Syeikh Ismi Anuar bin Hj Abd Halim yang turut sama hadir bagi meraikan kejayaan anak istimewa ini yang membanggakan seluruh rakyat Negeri Kedah.

Kejayaan adik Masyitah membuktikan bahawa usaha tidak pernah mengkhianati hasil. Berkat doa ibu bapa, bimbingan guru yang tidak mengenal erti penat lelah dan kerjasama semua pihak, kejayaan ini wajar menjadi satu inspirasi dan motivasi buat semua insan diluar sana.

Tahniah buat adik Masyitah. Anda anak yang hebat !

Ikuti montaj kejayaan adik Masyitah di pautan berikut :
facebook.com/reel/909607031855927/?s=single_unit

21/02/2026

𝐀𝐊𝐖𝐀𝐌 𝟐𝟎.𝟎 : 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐄𝐒

Hi single ladies out there!
How are you planning to spend Ramadan this year? Mosque hopping?

Ramadan is already on Day 2. How’s your momentum so far? Hope you’re finding your rhythm.🫶🏻

Let’s do a little warm-up with a relaxed but meaningful heart-to-heart session at 𝐔𝐏 𝐂𝐋𝐎𝐒𝐄 & 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐎𝐍𝐀𝐋 ; 𝐇𝐄𝐋𝐋𝐎 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇

A cozy conversation with young professional women on how to survive Ramadan with excellence while juggling work and life, featuring:

🧕 Dr Siti Aminah Muhammad Imran
(Director of Muslimat Professional Department, Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) / Scientist)

🧕 Sister Suraya Yusof
(PRO Ameerah Malaysia / Committee Member, International Relations Lajnah DMPM / Assistant Secretary, Consumer Affairs Lajnah PAS Central / Engineer at B.Grimm Power Sdn Bhd)

🧕 Sister Mukminah Mohamad
(Master’s Graduate in Islamic Studies: Da’wah and Leadership)

🗓 21 February 2026 (Saturday)
⏰ 10.00 – 11.00 PM
📍 LIVE on Ameerah Malaysia TikTok

While enjoying your Saturday's moreh, just open TikTok and join us.

See you there! 🌙

Address

Sungai Petani

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ameerah Sungai Petani posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share