05/08/2025
MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PENGERUSI BAKAT DAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BAKAT PASUKAN 6 KOMP KPTD
SUNGAI PETANI, 26 Jul 25 - Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi BAKAT 6 Komp KPTD telah diadakan di Padang Kawad Pasukan 6 Komp KPTD, Kem Lapangan Terbang.
Upacara Serah Terima Tugas ini telah berlangsung diantara Puan Samsiah binti Mohamad iaitu Isteri kepada 1154441 PW II Shahril Affendy bin Ahmad, yang menyerahkan jawatan kepada Puan Wafa Syafiqah binti Mohamad Sabir iaitu Isteri kepada Kapt Faris Danial bin Kamaludin (3014970) selaku Pengerusi BAKAT 6 Komp KPTD yang baharu.
Upacara menandatangani Nota Serah Terima Tugas telah disaksikan oleh LtM Nur Amira Natasha binti Antari, Pegawai Kerja BAKAT 6 Komp KPTD. Majlis diteruskan dengan Mesyuarat Agung Tahunan BAKAT bagi Tahun 2025. Seterusnya majlis didahului dengan ucapan pembukaan dan penyampaian mandat oleh Pegawai Pemerintah 6 Komp KPTD iaitu Mej Noorfahizah binti Hairi selaku Penasihat BAKAT pasukan.
Sesi mesyuarat diteruskan oleh Pengerusi BAKAT 6 Komp KPTD, Puan Wafa Syafiqah binti Mohamad Sabir dengan membincangkan perkara-perkara BAKAT 6 KPTD seperti sesi suai kenal, perlantikan AJK, takwim BAKAT 6 Bgd, takwim BAKAT 6 Komp KPTD, dan hal-hal lain berkaitan BAKAT pasukan. Selain itu, mandat dan aspirasi Pengerusi BAKAT 6 Bgd turut disampaikan kepada seluruh ahli mesyuarat.
Mesyuarat diakhiri dengan ucapan penutup majlis oleh Pengerusi BAKAT, dengan menyatakan penghargaan beliau kepada semua ahli BAKAT yang telah hadir pada majlis tersebut.
Aktiviti yang dilaksanakan ini sejajar dengan Teras Pertama Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke - 30 iaitu Sumber Manusia: Cakna Etos Kepahlawanan.