Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya

Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya Laman Rasmi Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya. Sentiasa bersedia 24/7. Sila hubungi 999 πŸ‘¨πŸ»β€πŸš’

Mendokong visi Jabatan dlm menyediakan perkhidmatan kebombaan & penyelamatan yang profesional demi kesejahteraan komuniti.

LAPORAN OPERASI KHIDMAT KHASBALAI BOMBA DAN PENYELAMAT SUBANG JAYAPusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan kecemas...
27/05/2026

LAPORAN OPERASI KHIDMAT KHAS
BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT SUBANG JAYA

Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan kecemasan daripada pihak keselamatan Taylor's University mengenai seorang individu yang dilihat terjatuh/tenggelam di kawasan tasik universiti.

Satu keluaran jentera bersama 6 anggota dari BBP Subang Jaya telah digerakkan ke lokasi bersama Ketua Balai.

Setibanya di lokasi, komander operasi membuat size-up (penilaian keadaan) dan mendapati saksi awam mengesahkan titik terakhir (last seen) mangsa sebelum tenggelam.

Operasi berjalan dengan lancar tanpa sebarang kecederaan melibatkan anggota penyelamat. Faktor kesukaran operasi adalah jarak penglihatan di dalam air yang agak terhad akibat dasar tasik yang berlumpur.

PENGISIAN MAKLUMAT PENCALONAN PENGURUS KESELAMATAN KEBAKARAN (FSM) DAN PEGAWAI KESELAMATAN KEBAKARAN (FSO)BAGI PREMIS DI...
25/05/2026

PENGISIAN MAKLUMAT PENCALONAN PENGURUS KESELAMATAN KEBAKARAN (FSM) DAN PEGAWAI KESELAMATAN KEBAKARAN (FSO)
BAGI PREMIS DITETAPKAN

klik qr code atau link https://forms.gle/uqMZhAgyDfVBrpdD9 untuk mengemukakan maklumat pencalonan FSM dan FSO anda.

🫑
07/05/2026

🫑

Hari yang penuh bermakna buat si cilik! Sempena Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2026, kanak-kanak bukan sahaja melaw...
04/05/2026

Hari yang penuh bermakna buat si cilik!

Sempena Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2026, kanak-kanak bukan sahaja melawat Balai Bomba Subang Jaya, malah sempat asah bakat dalam Pertandingan Melukis bertemakan 'Wira Merah Kita'.

Teruja tengok kreativiti masing-masing mewarna jentera bomba! πŸŽ¨πŸš’ Hasilnya memang luar biasa!

"

Persahabatan Di Padang: YB Wong Chen vs Bomba Subang Jaya! πŸš’Semangat kesukanan membara di Kompleks Sukan 3K MBSJ hari in...
03/05/2026

Persahabatan Di Padang: YB Wong Chen vs Bomba Subang Jaya! πŸš’

Semangat kesukanan membara di Kompleks Sukan 3K MBSJ hari ini!

Satu perlawanan persahabatan yang cukup sengit namun penuh ukhuwah telah berlangsung di antara Pasukan YB Wong Chen menentang wira-wira merah kita, Pasukan Bomba Subang Jaya.

Bukan sekadar mengejar gol, perlawanan ini adalah platform terbaik untuk mengeratkan silaturahim antara pemimpin masyarakat dan barisan hadapan (frontliners) dalam suasana yang santai dan sihat.

Terima kasih kepada pasukan Bomba atas saingan hebat tadi! Terima kasih juga diucapkan kepada Pejabat YB Wong Chen atas penganjuran dan sokongan penuh dalam menjayakan aktiviti sukan komuniti seperti ini.



SJ Echo
Teoh T.Hoong
Wong Chen

Bulan 1 sampai bulan 4 punya celebration! Hari ini kita raikan hari lahir barisan pegawai BBP Subang Jaya dalam satu maj...
13/04/2026

Bulan 1 sampai bulan 4 punya celebration! Hari ini kita raikan hari lahir barisan pegawai BBP Subang Jaya dalam satu majlis ringkas tapi penuh bermakna.

Bukan selalu dapat kumpul sekali macam ni, tapi bila ada peluang, memang meriah! Hadiah mungkin tak seberapa, tapi ingatan sesama rakan setugas itu yang paling mahal. Terima kasih atas segala pengorbanan korang semua dalam menjaga keselamatan warga Subang Jaya. πŸ‘¨β€πŸš’πŸ‘©β€πŸš’

Di sebalik seragam tebal dan jentera merah ini, ada hati yang sentiasa rindu akan keluarga. Hari ini, kami raikan mereka...
13/04/2026

Di sebalik seragam tebal dan jentera merah ini, ada hati yang sentiasa rindu akan keluarga. Hari ini, kami raikan mereka yang sentiasa setia menunggu kami pulang dari setiap operasi.

Majlis Sambutan Hari Raya BBP Subang Jaya bukan sekadar makan-makan, tapi tanda penghargaan buat seluruh anggota dan ahli keluarga.

Terima kasih kepada semua anggota dan keluarga yang hadir menyerikan majlis. Walau dalam mood raya, kami tetap 'standby' demi keselamatan anda semua! πŸ‘¨β€πŸš’πŸ‘©β€πŸš’πŸ’ͺ

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin! πŸ•Œβœ¨

09/04/2026

β€œSCAMMER”

Untuk makluman, Jabatan ini TIDAK PERNAH mengeluarkan sebarang surat PERMOHONAN SEBUT HARGA PEMBEKALAN MOTOR UNTUK KERJA-KERJA OPERASI JABATAN.

Sekiranya mana-mana pihak menerima surat seperti ini dimohon untuk terus membuat laporan polis.

Sekian, terima kasih.

JBPM Negeri Selangor.

Address

Lot 7345, Jalan SS17/2
Subang Jaya
47500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share