Al-Huda - Panduan Amalan Soleh

Al-Huda - Panduan Amalan Soleh Ruangan fardhu kifayah kita bersama untuk berkongsi ilmu dan amalan untuk menjadi Insan Soleh.

اَلسَّلامُ عَلَيْكُم  Take time to connect with Allah during Taraweeh. Even a few sincere rak’ahs can bring immense rewa...
07/03/2025

اَلسَّلامُ عَلَيْكُم

Take time to connect with Allah during Taraweeh. Even a few sincere rak’ahs can bring immense rewards.

Assalamualaikum...Tujuh (7) Segera Yang Disukai Allah SWT1️⃣ Segera Bertaubat2️⃣ Segera Menunaikan Solat3️⃣ Segera Membe...
24/02/2025

Assalamualaikum...

Tujuh (7) Segera Yang Disukai Allah SWT

1️⃣ Segera Bertaubat
2️⃣ Segera Menunaikan Solat
3️⃣ Segera Memberi Sedekah
4️⃣ Segera dalam Melakukan Kebaikan
5️⃣ Segera Membayar Hutang
6️⃣ Segera Memaafkan Orang Lain
7️⃣ Segera Menunaikan Janji

Marilah sama-sama kita menyegerakan tujuh perkara ini dan janganlah ditangguhkan. Insya Allah

Assalamualaikum... Sahih Muslim - 995 memberitahu Sesungguhnya ada Banyak pintu infak di jalan Allah. Mendahulukan yang ...
30/12/2024

Assalamualaikum...

Sahih Muslim - 995 memberitahu Sesungguhnya ada Banyak pintu infak di jalan Allah.

Mendahulukan yang paling berhak dalam hal berinfak ketika tidak dapat memenuhi semua, di antaranya ialah nafkah kepada keluarga saat tidak mampu melakukan semua jenis infak.

Semoga Allah permudahkan dan merahmati segala urusan kita dan keluarga kita.

Assalamualaikum...Rezeki datang dgn 3 cara:1. Datang sebab kita mencari2. Datang sebab Allah ingin memberi3. Datang seba...
11/11/2024

Assalamualaikum...

Rezeki datang dgn 3 cara:
1. Datang sebab kita mencari
2. Datang sebab Allah ingin memberi
3. Datang sebab kita pernah memberi

Nabi Musa A.S. membaca doa ini dengan mengharapkan kebaikan dari Allah...

Jom amalkan doa ini setiap hari dengan pengharapan Allah SWT juga kurniakan kebaikan kepada kita pada hari ini dan beroleh redha Nya...

Insya Allah

Assalamualaikum...Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda... menceritakan di dalam sebahagian matannya akan k...
11/11/2024

Assalamualaikum...

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda... menceritakan di dalam sebahagian matannya akan kelebihan orang yang menuntut ilmu.[Riwayat Muslim (4867)]

Pengajaran hadis di atas...

1. Allah SWT akan memudahkan jalan ke Syurga.
2. Kelebihan datang ke masjid untuk mempelajari al-Qur’an.
3. Mendapat sakinah dan rahmat daripada Allah SWT.
4. Mendapat perlindungan daripada para malaikat.
5. Syarat yang diperlukan untuk mendapat semua ini perlulah dengan niat yang betul.
Semoga Allah golongkan kita bersama mereka yang menimba ilmu kerana Allah...

Insya Allah

08/11/2024

Assalamualaikum.

Setiap Jumaat Al-Huda akan kongsikan surah-surah untuk pembaca 'download and print' untuk tujuan samaada hafazan atau tadabbur dan lain-lain.

Semoga bermanfaat ya!

Assalamualaikum...Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda: “Bukanlah kekayaan itu kerana banyaknya harta, a...
03/11/2024

Assalamualaikum...

Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda: “Bukanlah kekayaan itu kerana banyaknya harta, akan tetapi kekayaan itu adalah kaya hati (jiwa)." (Hadith riwayat al-Bukhari, No.hadith : 6446, Muslim, No.hadith : 1051)

1. Hakikat kekayaan bukanlah dengan banyaknya harta. Kebanyakan manusia yang dilapangkan hartanya tidak puas dengan harta yang telah dimilikinya, sentiasa berusaha untuk menambah hartanya.
2. Kekayaan sebenarnya adalah kekayaan jiwa, iaitu orang yang merasa cukup dengan pemberian kepadanya (qona’ah), redha dan tidak tamak dalam mencari harta.
3. Jadikanlah diri kita seorang yang kaya hati iaitu dengan akhlak terpuji dalam setiap perlakuan sama ada yang berhubung dengan Allah SWT, sesama manusia dan makhluk yang lain.

Insya Allah

Assalamualaikum...Banyak pengajaran di sebalik jawapan diberikan ulama terkenal... Kita perlu sedar soalan teka-teki yan...
24/10/2024

Assalamualaikum...

Banyak pengajaran di sebalik jawapan diberikan ulama terkenal... Kita perlu sedar soalan teka-teki yang dikemukakan Imam Al-Ghazali nampak mudah untuk dijawab, namun jawapan sebenarnya berbalik pada diri manusia yang sering melakukan kesilapan dan kita patut mengambil pengajaran daripada teka-teki itu.

Semoga Allah pelihara kita setiap saat memperbaiki diri dan memperoleh redha, kasih dan rahmat Allah.

Insya Allah

Assalamualaikum...Daripada Abi Mas’ud al-Ansari RA, bahawa Nabi SAW bersabda: مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْ...
18/10/2024

Assalamualaikum...

Daripada Abi Mas’ud al-Ansari RA, bahawa Nabi SAW bersabda:


مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang menunjukkan sesuatu kebaikan maka dia mendapat pahala sama seperti yang melakukannya.” [Riwayat Muslim (1893)]

Kita perlulah sentiasa menyeru manusia tidak kira warna kulit, bangsa dan agama kepada hidayah atau kebaikan. Ini kerana, ganjaran yang disediakan oleh Allah SWT kepada sesiapa yang membawa saudaranya ke jalan hidayah adalah amat besar.

Semoga Allah SWT memberi kita kekuatan dan hikmah dalam menyeru manusia ke jalan hidayah memberi manfaat kepada semua.

Insya Allah

Assalamualaikum...“Dunia ini hanyalah tiga hari..” nasihat Imam Hasan Al Basri. Tiga hari itu adalah; 1. kelmarin - yang...
14/10/2024

Assalamualaikum...

“Dunia ini hanyalah tiga hari..” nasihat Imam Hasan Al Basri.

Tiga hari itu adalah;

1. kelmarin - yang sudah berlalu, dan kita tidak mampu lagi untuk mengubahnya.
2. Hari esok - yang kita tidak tahu apakah kita akan masih memiliki kesempatan didalamnya.
3. Dan hari ini - kesempatan untuk kita melakukan amal soleh. Maka beramallah sebanyak banyaknya..”

[Az-Zuhd, Al-Baihaqi (1/196)]

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita pada setiap hari dalam bertaubat dan meningkatkan amalan...

Insya Allah

Assalamualaikum....Terdapat banyak fadhilat pada surah AL Ikhlas... Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (s...
07/10/2024

Assalamualaikum....

Terdapat banyak fadhilat pada surah AL Ikhlas... Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali). Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca ‘Bismillah’. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Membaca ketika memasuki rumah juga dapat menyingkirkan penghuni rumah dan jirannya daripada kefakiran dan kemiskinan.

Semoga Allah pelihara dan merahmati kita...

Insya Allah

Address

29, Jalan SS14/7A
Subang Jaya
47500

Telephone

+601112241383

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Al-Huda - Panduan Amalan Soleh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Al-Huda - Panduan Amalan Soleh:

Share

Category