Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak PBB - Cawangan N.32 Simanggang

Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak PBB - Cawangan N.32 Simanggang Laman Rasmi Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) - Cawangan N.32 Simanggang

🗓️ : 17 Mac 2026 ( Selasa )⏰ : 6.40 Petang📍 : Fadzham Kopitiam, Kampung Muhibbah.Majlis Berbuka Puasa yang berlangsung d...
17/03/2026

🗓️ : 17 Mac 2026 ( Selasa )
⏰ : 6.40 Petang
📍 : Fadzham Kopitiam, Kampung Muhibbah.

Majlis Berbuka Puasa yang berlangsung di Fadzham Kopitiam, Kampung Muhibbah telah berjaya diadakan dengan penuh kemeriahan dan semangat kebersamaan.

Program ini merupakan kesinambungan daripada program penyerahan bubur lambuk yang telah diadakan di Tebingan Sungai Sri Aman pada sebelah petang, sebelum para peserta dan penganjur bersama-sama menjayakan majlis berbuka puasa kemudian.

Majlis ini melibatkan kerjasama erat antara Pergerakan Pemuda PBB Cawangan N.32 Simanggang, Persatuan Warisan Anak Sarawak Sri Aman serta Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia Cawangan Sri Aman. Kehadiran para ahli daripada ketiga-tiga organisasi ini jelas mencerminkan semangat perpaduan dan ukhuwah yang kukuh.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Ketua Cawangan PBB N.32 Simanggang, Encik Muhammad Hamzah Bin Hj. Uthman, yang bersama-sama meluangkan masa berbuka puasa dan beramah mesra dengan para hadirin.

Semoga program seperti ini terus menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim serta memperkukuh hubungan antara ahli-ahli organisasi yang terlibat.

🗓️ : 17 Mac 2026 ( Selasa )⏰ : 6 Petang📍 : Waterfront Sri AmanPucuk pauh delima batu,Anak sembilang di tapak tangan,Biar...
17/03/2026

🗓️ : 17 Mac 2026 ( Selasa )
⏰ : 6 Petang
📍 : Waterfront Sri Aman

Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan,
Biar jauh beribu batu,
Hilang di mata, tetap di hati dikenang.

Dalam lembut angin petang yang menyapa tebingan sungai Sri Aman, terjalin sebuah kisah kebersamaan yang penuh makna, bukan sekadar pemberian, tetapi lambang jiwa yang hidup dengan adab, warisan, dan semangat kepahlawanan.

Sekitar jam 6 petang, saat mentari mula condong menghadap senja, Program Pemberian Bubur Lambuk telah berlangsung dengan penuh tertib dan keindahan. Di hadapan aliran sungai yang menjadi saksi sejarah, tangan-tangan yang memberi disulam dengan keikhlasan, hati-hati yang menerima disambut dengan rasa syukur yang tidak terungkap kata.

Program ini dianjurkan hasil kerjasama erat antara PBB Cawangan N32 Simanggang, WARIS Bahagian Sri Aman, serta Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia Cawangan Sri Aman Sebuah gabungan yang bukan sahaja membawa nama, tetapi membawa jiwa perjuangan, warisan budaya, dan semangat persaudaraan yang kental.

Sebanyak 500 bekas bubur lambuk telah diagihkan kepada masyarakat setempat dan setiap satu bukan sekadar juadah berbuka, tetapi simbol kasih, lambang perpaduan dan bukti bahawa semangat memberi itu adalah warisan yang tidak akan pernah padam.

Di sebalik senyuman yang terukir, tersimpan roh seorang pendekar—yang tidak menghunus keris di medan perang, tetapi mengangkat nilai kemanusiaan sebagai senjata. Di sinilah letaknya kepahlawanan sebenar, apabila kekuatan digunakan untuk menyantuni, apabila kehebatan dizahirkan melalui bakti.

Semoga usaha kecil ini menjadi saksi bahawa dalam dunia yang sering berlari, masih ada insan yang memilih untuk berhenti sejenak… Memberi, berkongsi, dan menghidupkan semula makna sebenar sebuah perjuangan.

🗓️ : 17 Mac 2026 ( Selasa )⏰ : 5.30 Petang📍 : Tapak Bazar Ramadan Pergerakan Pemuda Cawangan PBB N.32 Simanggang. Di baw...
17/03/2026

🗓️ : 17 Mac 2026 ( Selasa )
⏰ : 5.30 Petang
📍 : Tapak Bazar Ramadan Pergerakan Pemuda Cawangan PBB N.32 Simanggang.

Di bawah sinaran mentari petang Ramadan yang penuh keberkatan, Bazar Ramadan anjuran Pergerakan Pemuda PBB N.32 Simanggang diserikan dengan majlis penyampaian hadiah saguhati bagi Pertandingan Tapak Perniagaan.

Hadiah wang tunai telah disampaikan kepada para pemenang:

Tempat pertama: Puan Sharifah Tun Teja (RM300), disampaikan oleh Pengerusi Ranting Kampung Muhibbah KK Encik Suhaimi Bin Johan yang mewakili Ketua Cawangan PBB N.32 Simanggang, YB Tuan Mohamad Shafizan Hj. Kepli.

Tempat kedua: Puan Marani Binti Omar @ Nyindang (RM200), disampaikan oleh Ketua Pergerakan Pemuda Cawangan PBB N.32 Simanggang, Encik Abdul Hisham Bin Ahmad.

Tempat ketiga: Puan Rasniah Binti Amin (RM100), disampaikan oleh Encik Zakaria Bin Dawi, Setiausaha Cawangan PBB N.32 Simanggang.

Majlis turut diwarnai dengan acara penyerahan bubur lambuk kepada penduduk sekitar, yang disempurnakan oleh En. Suhaimi Bin Johan selaku wakil kepada YB Tuan Mohamad Shafizan Hj. Kepli.

Bunga melati harum mewangi,
Petang senja redup berseri.
Tahniah peniaga, usaha murni,
Ramadan penuh berkat di hati.

Tahniah kepada semua pemenang dan penghargaan setinggi-tingginya kepada semua yang menjayakan program ini. Semoga Ramadan kali ini terus menyinari dan mengeratkan silaturahim dalam komuniti.

🗓️ Sabtu, 7 Mac 2026,📍Fadzham Kopitiam. Kampung Muhibbah. Sri AmanMajlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Rumah Kanak-Kan...
08/03/2026

🗓️ Sabtu, 7 Mac 2026
,📍Fadzham Kopitiam. Kampung Muhibbah. Sri Aman

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol

Pohon kurma di tepi laman,
Buahnya manis penawar dahaga.
Ramadan tiba penuh keberkatan,
Mengikat kasih sesama kita.

Dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan, YB Mohamad Shafizan Hj Kepli, Ahli Parlimen P201 Batang Lupar merangkap Ketua Cawangan PBB N.32 Simanggang, telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak dari Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol, Sri Aman.

Majlis yang berlangsung di Fadzham Kopitiam, Kampung Muhibbah ini merupakan anjuran Pergerakan Pemuda PBB Cawangan N.32 Simanggang.
Turut hadir memeriahkan majlis tersebut ialah beberapa orang ketua jabatan, ketua masyarakat, ketua-ketua kampung, kaunselor serta ahli-ahli PBB Ranting Kampung Muhibbah, yang bersama-sama berkongsi suasana berbuka puasa dalam penuh kemesraan.

Kehadiran anak-anak dari Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol menambahkan lagi makna kepada majlis ini, kerana Ramadan bukan sekadar tentang juadah berbuka, tetapi juga tentang berkongsi kasih sayang, menyantuni mereka yang memerlukan serta mengeratkan silaturahim dalam masyarakat.

Detik berbuka puasa yang dikongsi bersama ini menjadi simbol kebersamaan dan keprihatinan, mengingatkan kita bahawa kegembiraan Ramadan akan lebih bermakna apabila ia diraikan bersama.

Ramadan mengajar kita bahawa rezeki yang dikongsi akan membawa keberkatan, dan kebersamaan itulah yang menguatkan sebuah masyarakat.

🗓️ Sabtu, 7 Mac 2026⏰ 5:00 petangMajlis Perasmian Bazar Ramadan Pergerakan Pemuda PBB N.32 SimanggangMajlis Perasmian Ba...
08/03/2026

🗓️ Sabtu, 7 Mac 2026
⏰ 5:00 petang

Majlis Perasmian Bazar Ramadan Pergerakan Pemuda PBB N.32 Simanggang

Majlis Perasmian Bazar Ramadan Pergerakan Pemuda PBB Cawangan N.32 Simanggang telah disempurnakan oleh Mohamad Shafizan Hj Kepli, Ahli Parlimen P201 Batang Lupar merangkap Ketua Cawangan PBB N.32 Simanggang.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh beberapa orang ketua jabatan, ketua masyarakat, kaunselor serta pemanca yang bersama-sama memeriahkan program bersempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.

Turut diadakan dalam majlis tersebut ialah penyerahan mock cheque bernilai RM20,000.00 oleh YB kepada wakil para peniaga bazar, sebagai tanda sokongan dan keprihatinan terhadap usaha para peniaga tempatan. Penyerahan tersebut turut disaksikan oleh Ketua Pemuda PBB Cawangan N.32 Simanggang, Encik Abdul Hisham bin Ahmad.

Selepas majlis perasmian, YB turut meluangkan masa melawat tapak-tapak peniaga di bazar Ramadan, sambil beramah mesra dengan para peniaga serta pengunjung yang hadir bagi memberi sokongan kepada usaha mereka menjana rezeki sepanjang bulan Ramadan.

Turut menceriakan suasana ialah anak-anak dari Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol, Sri Aman, yang hadir memeriahkan program tersebut serta mengadakan sesi bergambar bersama YB.

Penganjuran bazar Ramadan ini bukan sahaja menjadi platform kepada para peniaga tempatan untuk menjana pendapatan, malah turut menjadi ruang pertemuan masyarakat dalam menghidupkan semangat Ramadan melalui kebersamaan, silaturahim dan perkongsian rezeki.





🗓️ Sabtu, 7 Mac 2026⏰ 4:30 petangPergi ke bazar membeli juadah,Singgah sebentar membeli kurma.Ramadan hadir membawa berk...
08/03/2026

🗓️ Sabtu, 7 Mac 2026
⏰ 4:30 petang

Pergi ke bazar membeli juadah,
Singgah sebentar membeli kurma.
Ramadan hadir membawa berkah,
Berkongsi rezeki mengeratkan semua.

Dalam keberkatan bulan Ramadan yang mulia ini, telah berlangsung Program Pemberian Baucar bernilai RM20 kepada setiap anak-anak yatim dari Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol, Sri Aman yang diadakan sekitar jam 4:30 petang bertempat di Bazar Ramadan Pergerakan Pemuda PBB N.32 Simanggang.

Baucar tersebut merupakan sumbangan daripada YB Tuan Mohamad Shafizan Hj Kepli, Ahli Parlimen P201 Batang Lupar merangkap Ketua Cawangan PBB N.32 Simanggang, sebagai tanda keprihatinan dan kasih sayang kepada golongan yang memerlukan.

Seramai 28 orang anak-anak yatim telah menerima baucar tersebut, yang boleh digunakan untuk mendapatkan juadah di bazar Ramadan ini. Turut hadir mengiringi kanak-kanak ini ialah beberapa orang pegawai yang bersama-sama menjayakan program kebajikan ini.

Program ini bukan sahaja bertujuan menggembirakan anak-anak yatim dalam suasana Ramadan, malah turut memberi peluang kepada mereka untuk menikmati juadah berbuka sambil menyokong para peniaga tempatan yang berniaga di Bazar Ramadan.

Sesungguhnya Ramadan mengajar kita bahawa rezeki yang dikongsi akan membawa lebih keberkatan, dan bazar Ramadan ini bukan sekadar tempat mencari juadah, tetapi juga menjadi ruang memperkukuh semangat kebersamaan, kasih sayang dan keprihatinan dalam masyarakat.

Semoga usaha kecil ini dapat memberikan senyuman kepada anak-anak yang menerima, serta membawa rezeki yang berlipat ganda kepada para peniaga bazar Ramadan.

Ramadan bukan hanya tentang menahan lapar dan dahaga, tetapi tentang berkongsi rezeki dan menyemai kasih sesama kita.

01/03/2026

Ramadan adalah bulan sabar dan bulan rezeki...

Kepada semua peniaga,
jangan pernah merasa kecil dengan usaha yang dilakukan...

Setiap makanan yang dijual untuk orang berbuka,
setiap sen yang diperoleh dengan cara halal,
adalah sumber keberkatan buat keluarga...

Mungkin kita penat di dunia,
tetapi Allah tidak pernah lalai menghitung setiap kebaikan...

Teruskan berniaga dengan amanah, dengan senyuman dan dengan hati yang bersih...

Semoga Ramadan ini menjadi asbab pintu rezeki dibuka seluas-luasnya...

Pergi ke pekan membeli kurma,Singgah sebentar membeli apam,Ice cream goreng tarikan utama,Luar rangup, dalamnya mendamai...
01/03/2026

Pergi ke pekan membeli kurma,
Singgah sebentar membeli apam,
Ice cream goreng tarikan utama,
Luar rangup, dalamnya mendamaikan 🤍

Antara juadah menarik yang memeriahkan Bazar Ramadan Pergerakan Pemuda PBB N.32 Simanggang tahun ini...

Kami menjemput seluruh warga Simanggang dan kawasan sekitar untuk hadir memeriahkan bazar serta menyokong peniaga tempatan sepanjang bulan Ramadan...

Datanglah bersama keluarga dan sahabat handai, nikmati pelbagai pilihan juadah berbuka yang tersedia...

📍 Jumpa anda di Bazar Ramadan PBB N.32 Simanggang.
Sokongan anda amat kami hargai.


Pergi ke pekan membeli santan,Singgah sebentar membeli kurma,Tengok gambar terus berangan,Perut berbunyi sebelum waktuny...
01/03/2026

Pergi ke pekan membeli santan,
Singgah sebentar membeli kurma,
Tengok gambar terus berangan,
Perut berbunyi sebelum waktunya 🤭

📸 Antara juadah yang memeriahkan Bazar Ramadan Pergerakan Pemuda PBB N.32 Simanggang...

Kalau dah terliur, jangan tunggu lama…
Jumpa kita di bazar nanti...😁✌🏻

Anak ikan dimakan ketam,Ikan keli dimasak gulai,Tengok gambar pun dah terbayang,Menu berbuka memang best sekali 😋📸 Antar...
01/03/2026

Anak ikan dimakan ketam,
Ikan keli dimasak gulai,
Tengok gambar pun dah terbayang,
Menu berbuka memang best sekali 😋

📸 Antara pilihan yang bakal anda temui di
Bazar Ramadan Pergerakan Pemuda PBB N.32 Simanggang

Kalau hati dah berkenan,
Jangan tunggu lama-lama 😉
Jumpa kita di bazar!

Address

Sri Aman
95000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak PBB - Cawangan N.32 Simanggang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share