Pegawai Kesihatan Daerah Muallim

Pegawai Kesihatan Daerah Muallim Laman rasmi Pegawai Kesihatan Daerah Muallim โ€” menyampaikan maklumat, hebahan dan panduan kesihatan untuk komuniti Muallim yang sihat dan sejahtera.

Pihak Pejabat Kesihatan Daerah Muallim amat menghargai sokongan serta kerjasama semua pihak dalam menjayakan pembangunan...
10/12/2025

Pihak Pejabat Kesihatan Daerah Muallim amat menghargai sokongan serta kerjasama semua pihak dalam menjayakan pembangunan Projek Wellness Hub Muallim. Insya-Allah, kami akan terus komited memastikan fasiliti ini berfungsi dengan berkesan dan memberi manfaat terbaik kepada masyarakat setempat.

25 November 2025 | PPS Surau Al-Hidayah Sungai Muda & PPS Masjid Slim VillagePagi ini, saya berkesempatan turun ke Pusat...
25/11/2025

25 November 2025 | PPS Surau Al-Hidayah Sungai Muda & PPS Masjid Slim Village

Pagi ini, saya berkesempatan turun ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Surau Al-Hidayah Sungai Muda serta PPS Masjid Slim Village bagi menyantuni mangsa banjir dari Kg Sungai Muda dan Slim Village. Dalam sesi kunjungan tersebut, saya sempat berinteraksi dengan para mangsa, meninjau keadaan penempatan, serta memastikan aspek kebajikan, kesihatan dan keselamatan mereka berada pada tahap yang baik.

Alhamdulillah, para mangsa kelihatan ceria, berada dalam keadaan sihat sejahtera dan menerima pengurusan PPS dengan penuh kesyukuran. Saya juga amat menghargai komitmen semua petugas yang terus bertugas tanpa mengira masa dalam memastikan keperluan asas mangsa terjaga.

Semoga segala urusan pemindahan, bantuan dan pemulihan dijalankan dengan lancar serta dipermudahkan oleh-Nya.

Sambutan Hari Inovasi dan Kecemerlangan Pejabat Kesihatan Daerah Muallim 2025 telah berlangsung pada 13 November 2025 de...
14/11/2025

Sambutan Hari Inovasi dan Kecemerlangan Pejabat Kesihatan Daerah Muallim 2025 telah berlangsung pada 13 November 2025 dengan pelbagai pengisian program yang bertujuan memupuk budaya inovasi, kualiti dan integriti dalam kalangan warga kerja.

MAJLIS PENGHARGAAN KERJASAMA PINTAR ANTARA JABATAN PERUBATAN KESIHATAN AWAM, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA DAN AGENSI-A...
14/11/2025

MAJLIS PENGHARGAAN KERJASAMA PINTAR ANTARA JABATAN PERUBATAN KESIHATAN AWAM, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA DAN AGENSI-AGENSI DAERAH MUALLIM SERTA BATANG PADANG

Majlis Pelancaran Pakej Inisiatif Sekolahku Sihat, Stail Kita Peringkat Daerah Muallim 2025
14/11/2025

Majlis Pelancaran Pakej Inisiatif Sekolahku Sihat, Stail Kita Peringkat Daerah Muallim 2025

12/11/2025
Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada ๐’€๐‘ฉ๐’‰๐’ˆ. ๐‘ซ๐’‚๐’•๐’โ€™ ๐‘ซ๐’“. ๐‘ญ๐’†๐’Š๐’”๐’–๐’ ๐‘ฐ๐’…๐’›๐’˜๐’‚๐’ ๐’ƒ๐’Š๐’ ๐‘ซ๐’‚๐’•๐’' ๐‘ด๐’–๐’”๐’•๐’‚๐’‘๐’‰๐’‚Pengarah Kesihatan Neg...
12/11/2025

Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada
๐’€๐‘ฉ๐’‰๐’ˆ. ๐‘ซ๐’‚๐’•๐’โ€™ ๐‘ซ๐’“. ๐‘ญ๐’†๐’Š๐’”๐’–๐’ ๐‘ฐ๐’…๐’›๐’˜๐’‚๐’ ๐’ƒ๐’Š๐’ ๐‘ซ๐’‚๐’•๐’' ๐‘ด๐’–๐’”๐’•๐’‚๐’‘๐’‰๐’‚
Pengarah Kesihatan Negeri Perak
atas penganugerahan Darjah ๐ƒ๐š๐ญ๐จโ€™ ๐๐š๐๐ฎ๐ค๐š ๐Œ๐š๐ก๐ค๐จ๐ญ๐š ๐๐ž๐ซ๐š๐ค (๐ƒ.๐.๐Œ.๐)

Pejabat Kesihatan Daerah Muallim merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada

๐’€๐‘ฉ๐’‰๐’ˆ. ๐‘ซ๐’‚๐’•๐’โ€™ ๐‘ซ๐’“. ๐‘ญ๐’†๐’Š๐’”๐’–๐’ ๐‘ฐ๐’…๐’›๐’˜๐’‚๐’ ๐’ƒ๐’Š๐’ ๐‘ซ๐’‚๐’•๐’' ๐‘ด๐’–๐’”๐’•๐’‚๐’‘๐’‰๐’‚
Pengarah Kesihatan Negeri Perak

atas penganugerahan Darjah ๐ƒ๐š๐ญ๐จโ€™ ๐๐š๐๐ฎ๐ค๐š ๐Œ๐š๐ก๐ค๐จ๐ญ๐š ๐๐ž๐ซ๐š๐ค (๐ƒ.๐.๐Œ.๐)
sempena ๐—ฆ๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—จ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ง๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—ฝ๐˜‚๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐——๐˜‚๐—น๐—ถ ๐—ฌ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐— ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ ๐— ๐˜‚๐—น๐—ถ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ฑ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฆ๐˜‚๐—น๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ ๐—ฅ๐—ถ๐—ฑ๐˜‡๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ.

Penganugerahan ini merupakan pengiktirafan yang amat bermakna atas kepimpinan cemerlang, komitmen tinggi serta sumbangan berterusan YBhg. Dato' Dr. dalam memperkukuh sistem kesihatan dan kesejahteraan rakyat di Negeri Perak.

Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan.

Daripada:
Pengurusan Tertinggi & Warga Kerja
Pejabat Kesihatan Daerah Muallim

12/11/2025
๐‹๐š๐ญ๐ข๐ก๐š๐ง ๐“๐š๐›๐ฅ๐ž๐ญ๐จ๐ฉ ๐๐ž๐ง๐œ๐š๐ง๐š ๐‚๐๐‘๐๐„ ๐‘๐ž๐ฌ๐ฉ๐จ๐ง๐ฌ ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐ƒ๐š๐ž๐ซ๐š๐ก ๐Œ๐ฎ๐š๐ฅ๐ฅ๐ข๐ฆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“Tarikh: 5/11/2025 (RABU)Masa: 8.30 pagi hingga 2.00 ...
06/11/2025

๐‹๐š๐ญ๐ข๐ก๐š๐ง ๐“๐š๐›๐ฅ๐ž๐ญ๐จ๐ฉ ๐๐ž๐ง๐œ๐š๐ง๐š ๐‚๐๐‘๐๐„ ๐‘๐ž๐ฌ๐ฉ๐จ๐ง๐ฌ ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐ƒ๐š๐ž๐ซ๐š๐ก ๐Œ๐ฎ๐š๐ฅ๐ฅ๐ข๐ฆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“

Tarikh: 5/11/2025 (RABU)
Masa: 8.30 pagi hingga 2.00 petang
Tempat: Dewan Asrama Jururawat HSR

Julung kalinya Seksyen Kawalan Penyakit Pkd Muallim telah menganjurkan sebuah Latihan Tabletop Bencana CBRNE Respons Kesihatan.

Latihan ini bertujuan memberi latihan kepada anggota Kesihatan dan Perubatan KKM sebagai kesiapsiagaan menghadapi bencana berupa banjir, tumpahan bahan kimia, tanah runtuh dan letupan tangki minyak dan pipeline gas.

Penglibatan agensi seperti PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat, serta Angkatan Pertahanan Awam (APM) dalam sesi latihan tabletop ini memberikan sebuah pengalaman berharga kepada anggota KKM, sekaligus membuka peluang perluasan jaringan networking interagensi.
Input-input pengurusan bencana dari setiap agensi memberi ruang pemahaman skop tugas responder adalah berbeza, namun mempunyai matlamat yang sama.

๐‘ฏ๐‘จ๐‘น๐‘จ๐‘ท๐‘จ๐‘ต ๐‘บ๐‘จ๐’€๐‘จ agar latihan simulasi bencana sebegini boleh diselaraskan dan diadakan pada setiap tahun, dengan skenario yang pelbagai.

Address

PEJABAT KESIHATAN DAERAH MUALLIM, Aras Bawah , Klinik Kesihatan Slim River, Jalan Indah, Bandar Baru Slim River
Slim River
35800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pegawai Kesihatan Daerah Muallim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share