Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Sumber Manusia, UUM

Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Sumber Manusia, UUM Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Sumber Manusia, Universiti Utara Malaysia (UUM), 06010 UUM Sintok, Kedah

Bahagian Pembangunan Sumber Manusia melibatkan pengurusan latihan, bimbingan dan pembangunan staf pentadbiran dan akademik. Pelbagai program latihan dan kemudahan pembelajaran ditawarkan kepada kakitangan Universiti supaya mereka sentiasa meningkatkan keupayaan diri dan berdaya maju serta dapat mempamerkan kualiti diri dan kerja yang cemerlang dari masa ke semasa

๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ ๐€๐“๐€๐’ ๐๐„๐‹๐€๐๐“๐ˆ๐Š๐€๐ ๐’๐„๐๐€๐†๐€๐ˆ ๐ƒ๐”๐“๐€ ๐€๐ˆ ๐€๐Š๐€๐ƒ๐„๐Œ๐ˆ ๐Š๐„๐๐ˆ๐Œ๐๐ˆ๐๐€๐ ๐๐„๐๐ƒ๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š๐€๐ ๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ (๐€๐Š๐„๐๐“)Tahniah diucapkan kepada Dr. Mohd He...
26/05/2026

๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ ๐€๐“๐€๐’ ๐๐„๐‹๐€๐๐“๐ˆ๐Š๐€๐ ๐’๐„๐๐€๐†๐€๐ˆ ๐ƒ๐”๐“๐€ ๐€๐ˆ ๐€๐Š๐€๐ƒ๐„๐Œ๐ˆ ๐Š๐„๐๐ˆ๐Œ๐๐ˆ๐๐€๐ ๐๐„๐๐ƒ๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š๐€๐ ๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ (๐€๐Š๐„๐๐“)

Tahniah diucapkan kepada Dr. Mohd Herry Bin Mohd Nasir atas pelantikan sebagai Duta AI Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi
berkuat kuasa 15 Mei 2026 hingga 31 Disember 2027.

๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“ ๐๐„๐‘๐“๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐„๐๐†๐„๐“๐€๐‡๐”๐€๐ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐„๐๐€๐Š๐€๐‘๐€๐ ๐ƒ๐ˆ ๐“๐„๐Œ๐๐€๐“ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€SINTOK, 24 Mei 2026 โ€“ Unit Pe...
26/05/2026

๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“ ๐๐„๐‘๐“๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐„๐๐†๐„๐“๐€๐‡๐”๐€๐ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐„๐๐€๐Š๐€๐‘๐€๐ ๐ƒ๐ˆ ๐“๐„๐Œ๐๐€๐“ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€

SINTOK, 24 Mei 2026 โ€“ Unit Pembangunan Bakat dan Kompetensi, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Sumber Manusia, Universiti Utara Malaysia telah menganjurkan Kursus Keselamatan Pejabat yang berlangsung di Dewan Seminar, Pusat Islam UUM.

Kursus tersebut disertai oleh staf daripada pelbagai Pusat Tanggungjawab di UUM dan bertujuan meningkatkan kesedaran serta pengetahuan berkaitan aspek keselamatan di tempat kerja masing-masing, di samping memperkukuh tahap kesiapsiagaan kakitangan dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan.

Program berkenaan dibahagikan kepada dua slot utama yang dikendalikan oleh penceramah daripada Jabatan Keselamatan UUM. Slot pertama bertajuk Keselamatan Pejabat dan Tatacara Pengurusan Kunci telah disampaikan oleh Lt. Kol. Mohamad Ezanee bin Yazid, Pengarah Jabatan Keselamatan UUM. Dalam sesi tersebut, beliau menjelaskan kepentingan menjaga keselamatan fizikal pejabat serta pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) pengurusan kunci bagi mengelakkan risiko pencerobohan dan kehilangan aset universiti. Beliau turut berkongsi mengenai Buku Arahan Keselamatan yang sewajarnya dijadikan rujukan oleh warga UUM dalam melaksanakan tugasan harian.

Slot kedua p**a bertajuk Asas Pencegahan Kebakaran telah disampaikan oleh Encik Mazlan bin Ismail, Penolong Pegawai Keselamatan, Jabatan Keselamatan UUM. Menerusi sesi tersebut, peserta didedahkan kepada teori asas kebakaran, langkah-langkah pencegahan awal di pejabat serta kaedah penggunaan alat pemadam api yang betul.

Penganjuran kursus ini diharapkan dapat melahirkan warga kerja yang lebih peka terhadap aspek keselamatan persekitaran kerja, sekali gus membantu mengurangkan risiko kemalangan dan mencegah kebakaran di tempat kerja serta memastikan kesejahteraan bersama di Universiti Utara Malaysia.


Jab Sumber Manusia UUM

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‘๐€๐˜๐€ ๐€๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐‹๐€๐ƒ๐‡๐€โ€œTidak ada satu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada anak Adam pada hari raya korb...
26/05/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‘๐€๐˜๐€ ๐€๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐‹๐€๐ƒ๐‡๐€

โ€œTidak ada satu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada anak Adam pada hari raya korban selain daripada menyembelih haiwan korbanโ€
(Hadith Riwayat Al-Tirmizi)

๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐€๐”๐“๐Ž๐Œ๐€๐’๐ˆ ๐„-๐’๐ˆ๐‰๐ˆ๐‹ ๐Œ๐„๐Œ๐”๐ƒ๐€๐‡๐Š๐€๐ ๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐๐„๐๐†๐‡๐€๐’๐ˆ๐‹๐€๐ ๐„-๐’๐ˆ๐‰๐ˆ๐‹ ๐’๐„๐‚๐€๐‘๐€ ๐‹๐„๐๐ˆ๐‡ ๐‚๐„๐๐€๐“, ๐’๐ˆ๐’๐“๐„๐Œ๐€๐“๐ˆ๐Š ๐ƒ๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐…๐„๐’๐ˆ๐Ž๐๐€๐‹SINTOK, 20 M...
25/05/2026

๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐€๐”๐“๐Ž๐Œ๐€๐’๐ˆ ๐„-๐’๐ˆ๐‰๐ˆ๐‹ ๐Œ๐„๐Œ๐”๐ƒ๐€๐‡๐Š๐€๐ ๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐๐„๐๐†๐‡๐€๐’๐ˆ๐‹๐€๐ ๐„-๐’๐ˆ๐‰๐ˆ๐‹ ๐’๐„๐‚๐€๐‘๐€ ๐‹๐„๐๐ˆ๐‡ ๐‚๐„๐๐€๐“, ๐’๐ˆ๐’๐“๐„๐Œ๐€๐“๐ˆ๐Š ๐ƒ๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐…๐„๐’๐ˆ๐Ž๐๐€๐‹

SINTOK, 20 Mei 2026 โ€“ Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Sumber Manusia telah menganjurkan Kursus Automasi E-Sijil menggunakan Aplikasi Digital dan AI pada 20 Mei 2026 bertempat di Bilik Roupellia, EDC-UUM.

Kursus ini telah dikendalikan oleh Encik Ahmad Maliki bin Muhammad, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dari UUM Information Technology selaku penceramah jemputan. Kursus ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai penggunaan aplikasi digital dan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam proses automasi penyediaan e-sijil bagi meningkatkan kecekapan pengurusan program dan dokumentasi.

Seramai 38 orang peserta telah menghadiri kursus ini yang terdiri daripada staf pelbagai Pusat Tanggungjawab di Universiti Utara Malaysia (UUM). Para peserta turut berpeluang mempelajari kaedah praktikal serta teknik automasi yang dapat memudahkan urusan penghasilan e-sijil secara lebih cepat, sistematik dan profesional.

Penganjuran kursus ini diharapkan dapat membantu meningkatkan kompetensi staf dalam penggunaan teknologi digital selaras dengan perkembangan transformasi digital Universiti. Maklum balas yang sangat positif daripada peserta amat berharap kursus seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dengan penganjuran siri lanjutan bagi memperluaskan lagi penggunaan aplikasi digital dan AI dalam urusan kerja harian.


Jab Sumber Manusia UUM

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‹๐€๐‡๐ˆ๐‘!Yang Berusaha Encik Mohd Zulkifli bin Mohd Noor @ Muhammad Timbalan PendaftarMenjalankan Fungsi Penda...
24/05/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‹๐€๐‡๐ˆ๐‘!

Yang Berusaha Encik Mohd Zulkifli bin Mohd Noor @ Muhammad
Timbalan Pendaftar
Menjalankan Fungsi Pendaftar

๐’๐ข๐ซ๐ข ๐Ÿ” ๐’๐ž๐ฌ๐ข ๐๐ž๐ซ๐ค๐จ๐ง๐ ๐ฌ๐ข๐š๐ง ๐‚๐ž๐ซ๐š๐ฉ๐š๐ง ๐ˆ๐ฅ๐ฆ๐ฎ, ๐Š๐ž๐ฆ๐š๐ก๐ข๐ซ๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐‹๐š๐ญ๐ข๐ก๐š๐ง (๐‚๐„๐Š๐€๐‹): ๐’๐ž๐ฌ๐ข ๐๐ž๐ซ๐ค๐จ๐ง๐ ๐ฌ๐ข๐š๐ง ๐‹๐š๐ญ๐ข๐ก๐š๐ง ๐ˆ๐ง๐๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ซ๐ข ๐๐ข ๐๐ข๐ซ๐ฆ๐ข๐ง๐ ๐ก๐š๐ฆ, ๐”๐ง...
21/05/2026

๐’๐ข๐ซ๐ข ๐Ÿ” ๐’๐ž๐ฌ๐ข ๐๐ž๐ซ๐ค๐จ๐ง๐ ๐ฌ๐ข๐š๐ง ๐‚๐ž๐ซ๐š๐ฉ๐š๐ง ๐ˆ๐ฅ๐ฆ๐ฎ, ๐Š๐ž๐ฆ๐š๐ก๐ข๐ซ๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐‹๐š๐ญ๐ข๐ก๐š๐ง (๐‚๐„๐Š๐€๐‹): ๐’๐ž๐ฌ๐ข ๐๐ž๐ซ๐ค๐จ๐ง๐ ๐ฌ๐ข๐š๐ง ๐‹๐š๐ญ๐ข๐ก๐š๐ง ๐ˆ๐ง๐๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ซ๐ข ๐๐ข ๐๐ข๐ซ๐ฆ๐ข๐ง๐ ๐ก๐š๐ฆ, ๐”๐ง๐ข๐ญ๐ž๐ ๐Š๐ข๐ง๐ ๐๐จ๐ฆ

Tarikh: 21 Mei 2026 (Khamis)
Platform: Atas talian (WEBEX)
Disampaikan oleh: Prof. Madya Dr. Yaty binti Sulaiman, Pensyarah Universiti, Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan


Jab Sumber Manusia UUM

๐ˆ๐๐“๐„๐‘๐๐€๐“๐ˆ๐Ž๐๐€๐‹ ๐‡๐‘ ๐ƒ๐€๐˜ ๐Ÿ๐ŸŽ ๐Œ๐€๐˜ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”แด‡แดแด˜แดแดกแด‡ส€ แด˜แด‡แดแด˜สŸแด‡ แด›แด สŸแด‡แด€แด… แด„สœแด€ษดษขแด‡  #ษชษดแด›แด‡ส€ษดแด€แด›ษชแดษดแด€สŸสœส€แด…แด€ส
20/05/2026

๐ˆ๐๐“๐„๐‘๐๐€๐“๐ˆ๐Ž๐๐€๐‹ ๐‡๐‘ ๐ƒ๐€๐˜ ๐Ÿ๐ŸŽ ๐Œ๐€๐˜ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

แด‡แดแด˜แดแดกแด‡ส€ แด˜แด‡แดแด˜สŸแด‡ แด›แด สŸแด‡แด€แด… แด„สœแด€ษดษขแด‡

#ษชษดแด›แด‡ส€ษดแด€แด›ษชแดษดแด€สŸสœส€แด…แด€ส

๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐Š๐’๐ˆ ๐Š๐‡๐”๐’๐”๐’ ๐๐„๐‘๐Š๐€๐’๐€ ๐๐„๐๐†๐„๐“๐€๐‡๐”๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐Ž๐Œ๐๐„๐“๐„๐๐’๐ˆ ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐”๐”๐ŒSINTOK, 17 Mei 2026 โ€“ Universiti Utara Malaysia (UUM) ...
17/05/2026

๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐Š๐’๐ˆ ๐Š๐‡๐”๐’๐”๐’ ๐๐„๐‘๐Š๐€๐’๐€ ๐๐„๐๐†๐„๐“๐€๐‡๐”๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐Ž๐Œ๐๐„๐“๐„๐๐’๐ˆ ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐”๐”๐Œ

SINTOK, 17 Mei 2026 โ€“ Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Sumber Manusia telah menganjurkan Kursus Induksi Khusus Bil. 1/2026 selama empat hari bermula 11 hingga 14 Mei 2026 bertempat di Dewan Angsana, EDC-UUM.

Kursus yang menghimpunkan seramai 51 orang peserta ini melibatkan staf Pengurusan dan Profesional (P&P) serta kump**an Pelaksana UUM yang baharu dilantik secara tetap. Kursus ini merupakan kursus wajib yang perlu diikuti oleh semua staf baharu lantikan tetap sebagai pendedahan awal kepada sistem pentadbiran, budaya kerja dan tadbir urus universiti.

Sepanjang kursus berlangsung, para peserta telah mengikuti pelbagai sesi pengisian yang disampaikan oleh barisan penceramah berpengalaman daripada pelbagai jabatan dan pusat tanggungjawab UUM. Antara pengisian utama termasuk akauntabiliti dan integriti, pengurusan pelajar, struktur dan governan universiti, hal ehwal akademik, pengurusan kewangan universiti dan sistem kewangan, pengurusan risiko, pengurusan rekod dan dokumen rasmi kerajaan, pengurusan kesihatan mental serta arahan keselamatan.

Selain itu, peserta turut didedahkan dengan penggunaan sistem maklumat universiti termasuk Portal UUM dan Microsoft 365 bagi meningkatkan kecekapan dalam pelaksanaan tugasan harian di tempat kerja.

Penganjuran kursus ini bertujuan untuk membantu peserta memahami peranan dan tanggungjawab sebagai warga universiti di samping membentuk nilai profesionalisme, integriti serta semangat kerja berpasukan dalam kalangan staf.

Pada hari terakhir kursus, peserta diwajibkan menduduki ujian pemahaman sebagai medium penilaian terhadap tahap kefahaman peserta sepanjang mengikuti kursus berkenaan.

Kursus ini diharapkan dapat melahirkan warga kerja UUM yang lebih kompeten, berdaya saing dan komited dalam mendukung aspirasi universiti ke arah kecemerlangan organisasi.


Jab Sumber Manusia UUM

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€"๐๐ž๐ค๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐Š๐ž๐ฌ๐ฎ๐ฆ๐š ๐๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š"
30/04/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€

"๐๐ž๐ค๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐Š๐ž๐ฌ๐ฎ๐ฆ๐š ๐๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š"

๐๐ž๐ง๐ ๐ค๐ž๐ฅ ๐๐ž๐ฆ๐š๐ง๐ญ๐š๐ฉ๐š๐ง ๐ฆ๐ฒ๐๐จ๐ซ๐ญ๐Ÿ๐จ๐ฅ๐ข๐จ ๐๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐ƒ๐ž๐ฌ๐ค๐ซ๐ข๐ฉ๐ฌ๐ข ๐“๐ฎ๐ ๐š๐ฌ (๐‰๐ƒ)Tarikh: 26 - 27 April 2026Tempat: Banquet Room, Pusat ...
29/04/2026

๐๐ž๐ง๐ ๐ค๐ž๐ฅ ๐๐ž๐ฆ๐š๐ง๐ญ๐š๐ฉ๐š๐ง ๐ฆ๐ฒ๐๐จ๐ซ๐ญ๐Ÿ๐จ๐ฅ๐ข๐จ ๐๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐ƒ๐ž๐ฌ๐ค๐ซ๐ข๐ฉ๐ฌ๐ข ๐“๐ฎ๐ ๐š๐ฌ (๐‰๐ƒ)

Tarikh: 26 - 27 April 2026
Tempat: Banquet Room, Pusat Pengajian Antarabangsa
Penceramah: Puan Punitha a/p Sivaraman, Perunding Latihan, Institut Tadbiran Negara Wilayah Utara (INTURA)

Bengkel ini dianjurkan khas kepada staf kump**an Pengurusan dan Profesional (P&P) gred N9 ke atas dengan tujuan memperkukuh kefahaman serta meningkatkan kecekapan dalam penyediaan dan pengurusan MyPortfolio serta Deskripsi Tugas (JD) yang sistematik dan berkesan. Peserta didedahkan dengan pelbagai kaedah dan pendekatan praktikal dalam menyediakan MyPortfolio yang komprehensif serta memastikan Deskripsi Tugas yang selaras dengan peranan dan fungsi organisasi.

Address

Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPSM), Jabatan Sumber Manusia, UUM
Sintok
06010

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6049283190

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Sumber Manusia, UUM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Sumber Manusia, UUM:

Share