03/09/2026
PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA: TAHNIAH MOHAMAD MOSTAPHA DAN MOHD ISMAIL
Jawatankuasa SKUAD Antidadah Daerah Sibu (JK SKUAD) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Timbalan Pengerusi JK SKUAD, Mohamad Mostapha Lasot, serta Ahli, Mohd Saiful Ismail, atas pentauliahan rasmi sebagai IACCP Certified Pickleball Professional Coach (Level 1) daripada International Academy of Certified Pickleball Professionals.
Pencapaian yang membanggakan ini membuktikan komitmen dalam memperkasa potensi diri menerusi sukan Pickleball.
Pentauliahan ini bukan sekadar tentang sijil yang dimiliki, malahan ia menggambarkan disiplin tinggi, pengorbanan masa dan semangat untuk terus menuntut ilmu mahupun kedudukan.
Semoga kejayaan ini menjadi sumber inspirasi kepada kita semua bahawa proses belajar tidak pernah berhenti melampaui sempadan waktu. Hakikatnya, ilmu bukan untuk dibanggakan semata-mata, tetapi untuk dimanfaatkan, dikongsikan dan digunakan secara berkesan bagi membantu serta membangunkan masyarakat.
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Mohamad Mostapha serta Mohd Saiful atas pentauliahan bernilai ini.
Semoga tuan-tuan terus sukses dan cemerlang sebagai ikon inspirasi kepada lebih ramai sukarelawan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan golongan belia secara keseluruhannya.