28/06/2026
PROGRAM KEMPEN DERMA DARAH 2026
Tarikh: 27 Jun 2026
Tempat: Sales Gallery Amcorp, Sibu Jaya
Penganjur: Bahagian N.52 Dudong, Cawangan Sibu Jaya
Kerjasama: Belia Persatuan Persahabatan Zong Ho Sibu
Program Kempen Derma Darah 2026 telah berjaya dianjurkan pada 27 Jun 2026 di Sales Gallery Amcorp, Sibu Jaya dengan kerjasama Belia Persatuan Persahabatan Zong Ho Sibu. Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan menderma darah..
Sambutan daripada orang ramai Sangat menggalakkan dengan jumlah keseluruhan 103 orang penderma yang hadir untuk menjalani saringan. Daripada jumlah tersebut, 66 orang berjaya menderma darah, manakala 37 orang tidak berjaya menderma atas faktor kesihatan dan syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pihak bank darah.
Kempen ini turut disertai oleh beberapa tetamu kehormat dan pemimpin masyarakat, antaranya Ketua Wanita Nasional PDP, Kaunselor Wendy Earnest, Pengerusi Dudong Datuk Teo Boon Siew, ketua Penerangan Nasional PDP Puan Hellen Anbi,Ketua Bahagian PDP N51 Bukit Assek En Joseph Lim,Ketua Wanita Bukit Assek Cik Evonne Yong ketua wanita Pelawan Puan Anna Lau, Cr Shirley Ling,Cr Cathy Lau serta Pengurus Amcorp, Puan Baiti Badar. Kehadiran mereka telah memberikan sokongan moral dan semangat kepada para penderma serta para sukarelawan yang bertugas.
Pihak penganjur ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penderma darah yang tampil dengan penuh keikhlasan untuk membantu menyelamatkan nyawa. Setitis darah yang didermakan membawa sejuta harapan kepada mereka yang memerlukan.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pihak Blood Bank atas kerjasama, komitmen, dan layanan profesional sepanjang program berlangsung.
Selain itu, penghargaan khas diberikan kepada pihak Amcorp kerana bermurah hati membenarkan penggunaan premis pejabat secara percuma bagi menjayakan kempen ini.
Tidak dilupakan juga, ribuan terima kasih kepada semua ahli dan sukarelawan yang hadir membantu dari awal hingga akhir program. Kerjasama, komitmen, dan semangat berpasukan anda semua amat dihargai dan menjadi faktor utama kejayaan program ini.
Pada Sebelah Petang Juga Ketua Cawangan Pdp Sibu Jaya Puan Law Pick Yung Bersama Belia Zhong Ho telah menghantar Sumbangan Makan Kepada Mangsa Kebakaran Di Tr Udin Anak Dasa di Sengan..
“Setitis Darah, Sejuta Harapan.”