MPP Zon 21

MPP Zon 21 AHLI MAJLIS MBSA
MPP ZON 21

Semalam saya bersama Setiausaha Kehormat dan PTO MPP Zon 21 berkesempatan menziarahi seorang mangsa kemalangan jalan ray...
26/05/2026

Semalam saya bersama Setiausaha Kehormat dan PTO MPP Zon 21 berkesempatan menziarahi seorang mangsa kemalangan jalan raya sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada beliau serta keluarga. Dalam kunjungan tersebut, kami turut menyampaikan sumbangan bakul makanan dan bantuan wang tunai bagi membantu meringankan beban yang sedang dihadapi.

Semoga sumbangan yang diberikan dapat sedikit sebanyak membantu dan memberi semangat kepada mangsa untuk terus tabah menghadapi dugaan ini.

Tahniah kepada semua peserta yang telah memeriahkan Kejohanan Pickleball Shah Alam Terbuka Beregu Campuran Anjuran Shah ...
21/05/2026

Tahniah kepada semua peserta yang telah memeriahkan Kejohanan Pickleball Shah Alam Terbuka Beregu Campuran Anjuran Shah Alam Pickleball Club Dengan Kerjasama MPP Zon 21 yang telah berlangsung pada hari Ahad yang lalu.

Saya amat berbesar hati dapat hadir dan menyaksikan semangat kesukanan, kerjasama berpasukan yang ditunjukkan sepanjang kejohanan berlangsung.

Program seperti ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, malah mengeratkan hubungan komuniti setempat. Semoga sukan pickleball terus berkembang dan mendapat sambutan yang lebih meriah pada masa akan datang.

Pada hari Sabtu yang lalu, saya telah menghadiri Majlis Pengagihan Ikan Keli kepada ahli-ahli Persatuan Penduduk Pangsap...
18/05/2026

Pada hari Sabtu yang lalu, saya telah menghadiri Majlis Pengagihan Ikan Keli kepada ahli-ahli Persatuan Penduduk Pangsapuri Sentosa, Setia Alam.

Program ini cukup bermakna kerana ia merupakan hasil pertama yang berjaya diusahakan oleh persatuan untuk diagihkan kepada penduduk setempat. Satu usaha yang wajar dibanggakan kerana membuktikan bahawa dengan kerjasama, komitmen dan semangat kebersamaan, sesuatu inisiatif mampu memberikan manfaat terus kepada komuniti.

Inisiatif seperti ini bukan sahaja membantu meringankan beban penduduk, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat muafakat dalam kalangan masyarakat.

Tahniah dan syabas kepada pihak persatuan penduduk serta semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha yang baik ini menjadi permulaan kepada lebih banyak program bermanfaat pada masa akan datang demi kesejahteraan komuniti setempat.

Pada Jumaat lalu, saya telah mengadakan lawatan tapak bersama wakil penjaja di kawasan Tapak Penjaja Seria 88, Jalan Set...
18/05/2026

Pada Jumaat lalu, saya telah mengadakan lawatan tapak bersama wakil penjaja di kawasan Tapak Penjaja Seria 88, Jalan Setia Perdana BB U13/BB, Setia Alam, bagi meninjau sendiri keadaan semasa serta mendengar pandangan dan keperluan para penjaja.

Pelbagai isu dan cadangan telah dibincangkan termasuk aspek kemudahan, keselesaan, kebersihan dan susun atur tapak demi memastikan persekitaran perniagaan yang lebih teratur dan kondusif untuk semua.

Segala pandangan yang dikemukakan akan diberi perhatian dan dibawa kepada pihak berkaitan untuk tindakan susulan yang sewajarnya.

Tindakan pembaikan jalan berlubang di kawasan Persiaran Setia Perdana telah selesai dilaksanakan demi keselesaan dan kes...
15/05/2026

Tindakan pembaikan jalan berlubang di kawasan Persiaran Setia Perdana telah selesai dilaksanakan demi keselesaan dan keselamatan penduduk setempat.

Terima kasih kepada warga penduduk atas aduan dan makluman yang diberikan. Penghargaan juga kepada pihak Jabatan Kejuruteraan atas tindakan dan kerjasama yang cepat dalam menyelesaikan isu ini.

Sebagai tindakan susulan aduan penduduk, kerja-kerja pemotongan pokok yang menghalang laluan pejalan kaki dan berisiko t...
14/05/2026

Sebagai tindakan susulan aduan penduduk, kerja-kerja pemotongan pokok yang menghalang laluan pejalan kaki dan berisiko terhadap pagar persendirian telah berjaya diselesaikan. Keselamatan serta kesejahteraan komuniti sentiasa menjadi keutamaan.

📍Jalan Setia Murni U13/51, Setia Alam

Aduan jalan berlubang telah berjaya diselesaikan hasil tindakan bersama Jabatan Kejuruteraan.Kerja pembaikan telah dilak...
12/05/2026

Aduan jalan berlubang telah berjaya diselesaikan hasil tindakan bersama Jabatan Kejuruteraan.

Kerja pembaikan telah dilaksanakan bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya di kawasan ini terus terpelihara.

📍Lokasi : Persiaran Setia Impian berhadapan Setia Impian 5 & Jalan Setia Impian U13/5L

Terima kasih kepada semua pihak yang menyalurkan aduan dan memberi kerjasama. Kami akan terus komited dalam memastikan setiap aduan rakyat diberi perhatian dan tindakan sewajarnya.

Pada jam 10.30 pagi 6 Mei 2026 MPP Zon 21 menerima aduan bahawa kawasan hijau di Musika (perumahan baru) tidak di seleng...
06/05/2026

Pada jam 10.30 pagi 6 Mei 2026 MPP Zon 21 menerima aduan bahawa kawasan hijau di Musika (perumahan baru) tidak di selenggarakan.

Selepas penyiasatan dan dengan kerjasama pegawai Jabatan Landskap MBSA, MPP Zon 21 telah berjaya mendapatkan pemaju untuk membuat pembersihan di sebelah petang.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pegawai tersebut dan pihak pemaju atas tindakan pantas mereka.

Terima kasih.

Address

Setia Alam
Shah Alam
40170

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MPP Zon 21 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share