Malaysian Stem Cell Registry

Malaysian Stem Cell Registry Walk In

Institute for Medical Research,
Blok C, Kompleks Institut Kesihatan Negara (NIH) Setia Alam MSCR telah ditubuhkan pada bulan Disember, 2000.

MSCR @ Daftar Sel Stem Malaysia ialah pangkalan data / daftar sukarelawan yang sudi menderma sel stem mereka kepada pesakit yang memerlukan. Ia adalah projek bersama Institut Penyelidikan Perubatan (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan Majlis Kanser Nasional. Pada masa ini, hanya terdapat 27,300 sukarelawan berdaftar. Di Malaysia, pemindahan sel stem biasanya dijalankan bagi pesakit yang mengalami

leukemia, anemia atau talasemia. Statistik menunjukkan bahawa lebih daripada 3000 kanak-kanak disahkan menghidap leukemia dan angka ini bertambah setiap tahun. Setakat ini, terdapat lebih daripada 500 pemindahan sel stem dijalankan di Malaysia. Kebiasaannya, pemindahan sel stem darah dijalankan dalam kalangan adik beradik. Namun, dalam sesetengah kes apabila tiada keserasian, pendermaan sel stem darah dalam kalangan bukan adik beradik terpaksa dijalankan. Peluang untuk mencari penderma sepadan bukan dalam kalangan adik beradik adalah sangat tipis berdasarkan kepada jumlah yang mendaftar. Dengan kata lain, semakin ramai sukarelawan yang mendaftar, semakin tinggi peluang untuk mencari penderma yang sepadan. Kebanyakan negara mempunyai `registry' masing-masing. Malah, dianggarkan lebih daripada 7 juta orang di seluruh dunia merupakan penderma berdaftar. Walau bagaimanapun, adalah lebih mudah untuk mencari penderma yang sepadan di dalam kumpulan etnik sendiri. Maka disebabkan itu MSCR ditubuhkan.

07/01/2026
๐ŸŽ‰ Majlis Sambutan Jubli Perak MSCR | 30 Oktober 2025๐Ÿ“ Auditorium Perdana NIHTerima kasih kepada semua yang hadir dan men...
03/11/2025

๐ŸŽ‰ Majlis Sambutan Jubli Perak MSCR | 30 Oktober 2025
๐Ÿ“ Auditorium Perdana NIH
Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan Majlis Sambutan Jubli Perak Malaysia Stem Cell Registry (MSCR) yang beroperasi di Pusat Penyelidikan Alergi & Imunologi (AIRC), Institut Penyelidikan Perubatan, Institut Kesihatan Negara๐Ÿ’–.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua rakan kolaborasi yang telah memainkan peranan penting dalam menyokong perjalanan MSCR sejak penubuhannya sehingga ke hari ini.
Kerjasama padu dan sokongan berterusan daripada rakan-rakan strategik amat kami hargai, khususnya daripada:
1. Majlis Kanser Nasional (MAKNA)
2. Pusat Darah Negara (PDN)
3. Jabatan Hematologi, Hospital Ampang
4. Jabatan Pediatrik, Hospital Tunku Azizah
5. Pusat Sumber Transplan Nasional (NSTC)
6. Bahagian Kesihatan Digital (MySejahtera)
7. Bahagian Perkembangan Perubatan (BPP), Kementerian Kesihatan Malaysia
๐ŸŒ… Forum Komuniti Prihatin membuka tirai dengan perkongsian menyentuh hati daripada penderma dan penerima sel stem darah dikendalikan oleh YBrs. Dr Masita Arip (Ketua MSCR) bersama panel hebat:
๐Ÿ‘ฉโ€โš•๏ธ Dr Sharifah Shahnaz Syed Abd Kadir (Pakar Klinikal Hematologi, Hospital Ampang)
๐Ÿ™‹โ€โ™€๏ธ Puan Sarina Muslim (Penderma sel stem darah MSCR)
๐Ÿ™‹โ€โ™‚๏ธ Encik Muhammad Afif Zulfiqar Muhammad (Penerima rawatan sel stem darah)
๐ŸŽ–๏ธ Majlis Perasmian disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan, dengan peluncuran Jubli Perak MSCR & inisiatif baharu bersama MySejahtera dan penyampaian sijil penghargaan kepada:
๐Ÿ… 3 ahli panel forum
๐Ÿ… 12 penderma MSCR sepadan
๐Ÿ… 7 petugas kesihatan mewakili organisasi
๐Ÿ’‰ Lebih 45,000 sukarelawan MSCR
โค๏ธ 22 penderma sepadan MSCR telah menderma sel stem darah
๐ŸŒฑ 25 tahun membina komuniti prihatin
โค๏ธTeruskan menyebar kasih dan harapan melalui pendermaan sel stem darah.

๐ŸŒŸ Setinggi-tinggi penghargaan buat Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal (ICR), Ms. Carren Teh Sui Lin atas sokongan b...
31/10/2025

๐ŸŒŸ Setinggi-tinggi penghargaan buat Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal (ICR), Ms. Carren Teh Sui Lin atas sokongan beliau terhadap misi kemanusiaan MSCR! ๐Ÿ’–

Pagi ini, beliau telah mendaftar sebagai ahli Daftar Sel Stem Malaysia (MSCR) di pejabat beliau โ€” satu langkah bermakna ke arah membina komuniti yang lebih prihatin dan penyayang. ๐Ÿฉธ๐ŸŒฑ

Jom ikut jejak langkah beliau!
๐Ÿ’ป Daftar sebagai ahli MSCR di: [https://mscr.moh.gov.my/eng/index.php/daftar](https://mscr.moh.gov.my/eng/index.php/daftar)

30/10/2025
30/10/2025
Pernah terfikir... kalau satu keputusan kecil dari kita,boleh beri peluang kedua untuk seseorang terus hidup?Derma stem ...
20/05/2025

Pernah terfikir... kalau satu keputusan kecil dari kita,
boleh beri peluang kedua untuk seseorang terus hidup?

Derma stem cell bukan untuk hari ini saja, tapi untuk masa depan mereka.

Satu penderma, satu peluang untuk hidup.



Laman web rasmi MSCR: https://mscr.moh.gov.my/

Tak perlu jadi hero untuk selamatkan nyawa โ€” cukup dengan daftar sebagai penderma sel stem darah.Mungkin ANDA lah peluan...
07/05/2025

Tak perlu jadi hero untuk selamatkan nyawa โ€” cukup dengan daftar sebagai penderma sel stem darah.
Mungkin ANDA lah peluang yang mereka nanti-nantikan.

๐Ÿ‘‰ Jom daftar dengan MSCR hari ini.
Untuk maklumat lanjut : Layari laman sesawang [email protected]

๐“ข๐“ฎ๐“ต๐“ช๐“ถ๐“ช๐“ฝ ๐“œ๐“ฎ๐“ท๐”‚๐“ช๐“ถ๐“ซ๐“พ๐“ฝ ๐“—๐“ช๐“ป๐“ฒ ๐“ก๐“ช๐”‚๐“ช ๐“๐“ฒ๐“ญ๐“ฒ๐“ต๐“ฏ๐“ฒ๐“ฝ๐“ป๐“ฒ 1446๐“—๐Ÿ”นMalaysian Stem Cell Registry ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri...
30/03/2025

๐“ข๐“ฎ๐“ต๐“ช๐“ถ๐“ช๐“ฝ ๐“œ๐“ฎ๐“ท๐”‚๐“ช๐“ถ๐“ซ๐“พ๐“ฝ ๐“—๐“ช๐“ป๐“ฒ ๐“ก๐“ช๐”‚๐“ช ๐“๐“ฒ๐“ญ๐“ฒ๐“ต๐“ฏ๐“ฒ๐“ฝ๐“ป๐“ฒ 1446๐“—
๐Ÿ”นMalaysian Stem Cell Registry ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat islam.
๐Ÿ”นMarilah bersama-sama kita menyambut aidilfitri ini dengan penuh dengan rasa kesyukuran .
๐Ÿ”นBuat mereka yang bakal pulang ke kampung, pandulah dengan berhati-hati dan semoga selamat sampai ke destinasi yang ingin dituju.
๐ผ๐“ƒ๐‘”๐’ถ๐“‰๐’ถ๐“ƒ ๐“‰๐“Š๐“๐“Š๐“ˆ ๐’พ๐“€๐’ฝ๐“๐’ถ๐“ˆ ๐’น๐’ถ๐“‡๐’พ๐“…๐’ถ๐’น๐’ถ ๐“€๐’ถ๐“‚๐’พ,
๐˜ž๐˜ข๐˜ณ๐˜จ๐˜ข ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ซ๐˜ข ๐˜”๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜บ๐˜ด๐˜ช๐˜ข๐˜ฏ ๐˜š๐˜ต๐˜ฆ๐˜ฎ ๐˜Š๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ญ ๐˜™๐˜ฆ๐˜จ๐˜ช๐˜ด๐˜ต๐˜ณ๐˜บ

Setiap tahun, berjuta-juta nyawa terjejas akibat kanser. Tapi tahukah anda? Anda mungkin kunci kepada penyembuhan seseor...
04/02/2025

Setiap tahun, berjuta-juta nyawa terjejas akibat kanser. Tapi tahukah anda? Anda mungkin kunci kepada penyembuhan seseorang! ๐Ÿ”ฌโค๏ธ

Jom daftar sebagai penderma sel stem darah hari ini dan beri mereka harapan kedua untuk hidup. ๐ŸŒฑโœจ

๐Ÿ‘‰ Daftar sekarang & jadi penyelamat!

Terima kasih warga Pulau Pinang sebab sudi untuk turut serta dalam Kempen Daftar Derma Sel Stem Darah di Bukit Mertajam ...
03/10/2024

Terima kasih warga Pulau Pinang sebab sudi untuk turut serta dalam Kempen Daftar Derma Sel Stem Darah di Bukit Mertajam pada 29 September 2024 anjuran Persatuan Dermawan Jishan Bukit Mertajam dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Seberang Perai Tengah.
Semoga usaha anda ini dapat membantu dan menyelamatkan seseorang yang memerlukan sel stem darah itu nanti.

Address

Kompleks Institut Kesihatan Negara (NIH No. 1, Jalan Setia Murni U13/52 Seksyen U13, Setia Alam
Shah Alam
40170

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:00
Tuesday 08:00 - 16:00
Wednesday 08:00 - 16:00
Thursday 08:00 - 16:00
Friday 08:00 - 16:00

Telephone

+60333628384

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Malaysian Stem Cell Registry posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Malaysian Stem Cell Registry:

Share