15/06/2026
๐ก๐ ๐๐๐๐ฅ ๐๐ต๐๐ฎ๐ป ๐๐ฃ๐ก ๐ฆ๐ฒ๐น๐ฎ๐ป๐ด๐ผ๐ฟ โ ๐ ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฎ๐๐ฎ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ธ๐ต๐ถ๐ฑ๐บ๐ฎ๐๐ฎ๐ป, ๐ ๐ฒ๐ป๐๐ฎ๐บ๐ฝ๐ฎ๐ถ๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐ป
๐๏ธ 13 & 14 Jun 2026 (Sabtu & Ahad)
๐ Shah Alam | Petaling | Rawang | Banting
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Selangor terus memperkukuh penyampaian perkhidmatan melalui pelaksanaan Program MEKAR Ihsan, satu inisiatif berterusan yang membawa perkhidmatan pendaftaran terus kepada masyarakat, khususnya warga emas dan pesakit terlantar.
๐ณ Menerusi pelaksanaan program di lokasi terlibat, pasukan MEKAR JPN Selangor telah berjaya memproses enam (6) permohonan gantian MyKad serta melaksanakan pengesahan cap jari secara terus di kediaman pemohon. Inisiatif ini bukan sahaja memudahkan urusan golongan yang mempunyai keterbatasan pergerakan, malah memastikan mereka terus mendapat akses kepada perkhidmatan kerajaan secara mudah, cepat dan berkesan.
๐ค Program ini mencerminkan komitmen berterusan JPN Selangor dalam memperkasakan penyampaian perkhidmatan yang inklusif, responsif dan berorientasikan rakyat, selaras dengan aspirasi kerajaan yang menitikberatkan kesejahteraan serta kebajikan setiap lapisan masyarakat.