RMAF Air Dispatcher

RMAF Air Dispatcher Seksyen Hantaran Udara TUDM (SHU TUDM)

๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐—ฅ๐—˜๐—™๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐—›๐—˜๐—ฅ ๐—ฆ๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—š ๐—Ÿ๐—ข๐—”๐—— ๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ง๐—œ๐—ข๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฆ๐—”๐—ช๐—”๐—ง ๐—˜๐—– ๐Ÿณ๐Ÿฎ๐Ÿฑ ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—”๐— ๐—ง๐—ข๐—ฃ ๐—ฆ๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐Ÿญ/๐Ÿฎ๐ŸฒPegawai dan anggota SHU TUDM yang...
12/05/2026

๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐—ฅ๐—˜๐—™๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐—›๐—˜๐—ฅ ๐—ฆ๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—š ๐—Ÿ๐—ข๐—”๐—— ๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ง๐—œ๐—ข๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฆ๐—”๐—ช๐—”๐—ง ๐—˜๐—– ๐Ÿณ๐Ÿฎ๐Ÿฑ ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—”๐— ๐—ง๐—ข๐—ฃ ๐—ฆ๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐Ÿญ/๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Pegawai dan anggota SHU TUDM yang digerakkan ke PU Gong Kedak bagi pengoperasian di DZ Nangka telah mengikuti sesi refresher bagi ๐˜š๐˜ญ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ ๐˜“๐˜ฐ๐˜ข๐˜ฅ ๐˜–๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ (SLO) bersama pesawat EC725 sebagai persediaan awal sebelum melaksanakan SLO semasa Latihan AMTOP Siri 1/26. Sesi refresher tersebut telah disampaikan oleh Kuartermaster Udara daripada Detasmen SAR No 10 Skn bagi memperkukuhkan kefahaman serta prosedur keselamatan dan pengendalian operasi.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada Detasmen SAR No 10 Skn atas bantuan, kerjasama dan sokongan yang diberikan dalam menjayakan sesi refresher ini.

HARI TERBUKA TUDM
12/05/2026

HARI TERBUKA TUDM

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—˜๐——๐—œ๐—”๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—”๐—œ๐—ฅ ๐— ๐—ข๐—•๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—ฌ ๐—ง๐—”๐—–๐—ง๐—œ๐—–๐—”๐—Ÿ ๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ง๐—œ๐—ข๐—ก (๐—”๐— ๐—ง๐—ข๐—ฃ) ๐—ฆ๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐Ÿญ/๐Ÿฎ๐ŸฒAnggota Seksyen Hantaran Udara (SHU) TUDM membuat pe...
09/05/2026

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—˜๐——๐—œ๐—”๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—”๐—œ๐—ฅ ๐— ๐—ข๐—•๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—ฌ ๐—ง๐—”๐—–๐—ง๐—œ๐—–๐—”๐—Ÿ ๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ง๐—œ๐—ข๐—ก (๐—”๐— ๐—ง๐—ข๐—ฃ) ๐—ฆ๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐Ÿญ/๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Anggota Seksyen Hantaran Udara (SHU) TUDM membuat persiapan muatan guguran udara yang akan digugurkan dalam Latihan AMTOP Siri 1/26. Latihan ini juga akan menguji anggota dari aspek teknikal, kompetensi dan kecekapan dengan memfokuskan kepada penyediaan muatan jenis Heavy Equipment (HE), Container Delivery System (CDS), Low Cost Low Altitude (LCLA) serta guguran operasi khas menggunakan Combat Rubber Rescue Craft (CRRC) milik Pasukan Khas TUDM (PASKAU) dengan penglibatan pesawat angkut TUDM iaitu C130H, A400M dan CN235. Muatan yang akan digugurkan di kawasan drop zone (DZ) ini juga akan turut digunakan dalam Sling Load Operation (SLO) menggunakan pesawat EC725 bagi tujuan pemindahan ke kawasan Forward Operating Base (FOB).

Selain itu, SHU TUDM juga turut menyampaikan sesi refresher bagi prosedur pemeriksaan muatan guguran udara kepada para juruterbang dan anak kapal yang akan terlibat dalam operasi guguran udara sepanjang latihan AMTOP Siri 1/26 yang akan dilaksanakan.

๐—ฆ๐—›๐—จ ๐—ง๐—จ๐——๐—  ๐— ๐—˜๐—ก๐——๐—จ๐—ž๐—จ๐—ก๐—š ๐—ž๐—˜๐—๐—”๐—ฌ๐—”๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก๐—๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—›๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—จ๐——๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ง๐—จ๐——๐—  ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐— ๐—”INSMAT, 24 April 2026 - Siri pertama ๐˜ˆ๐˜ช๐˜ณ ...
04/05/2026

๐—ฆ๐—›๐—จ ๐—ง๐—จ๐——๐—  ๐— ๐—˜๐—ก๐——๐—จ๐—ž๐—จ๐—ก๐—š ๐—ž๐—˜๐—๐—”๐—ฌ๐—”๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก๐—๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—›๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—จ๐——๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ง๐—จ๐——๐—  ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐— ๐—”

INSMAT, 24 April 2026 - Siri pertama ๐˜ˆ๐˜ช๐˜ณ ๐˜‹๐˜ช๐˜ด๐˜ฑ๐˜ข๐˜ต๐˜ค๐˜ฉ ๐˜Š๐˜ฐ๐˜ถ๐˜ณ๐˜ด๐˜ฆ (ADC) dengan rasmi menutup tirai selepas kejayaan penganjurannya oleh INSMAT TUDM Kinrara bermula dari 30 Mac 26 sehingga 24 Apr 26 dengan dukungan kepakaran oleh pegawai dan anggota daripada SHU TUDM sebagai tenaga pengajar bagi melatih pegawai dan anggota yang bakal melaksanakan tugas operasi dan logistik dalam bidang hantaran udara (HU). Majlis penutup kursus ini telah disempurnakan oleh Lt Kol Rashidy bin Zulkifli TUDM, Pegawai Memerintah INSMAT di Auditorium INSMAT, TUDM Kinrara. Turut hadir bagi majlis penutup ini adalah Mej Mohd Zaidi bin Mazlan TUDM, Ketua Cawangan Materiel PU Subang dan Mej Mohamad Nurhakim bin Zailan TUDM, Ketua Hantaran Udara.

Objektif penganjuran kursus yang dihadiri oleh seramai 12 penuntut terdiri daripada 2 pegawai dan 10 anggota LLP ini adalah untuk memberi pendedahan secara teori dan praktikal berkaitan operasi dan pentadbiran HU, data teknik serta kemahiran dalam prosedur penyediaan ๐˜ค๐˜ข๐˜ณ๐˜จ๐˜ฐ ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข๐˜ค๐˜ฉ๐˜ถ๐˜ต๐˜ฆ, prosedur penyediaan muatan guguran udara dan prosedur pelaksanaan ๐˜š๐˜ญ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ ๐˜“๐˜ฐ๐˜ข๐˜ฅ ๐˜–๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ (SLO) mengikut ๐˜š๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ณ๐˜ฅ ๐˜–๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ ๐˜—๐˜ณ๐˜ฐ๐˜ค๐˜ฆ๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ณ๐˜ฆ (SOP) yang telah ditetapkan. Semoga dengan kejayaan pelaksanaan ADC siri yang pertama ini menjadi pemangkin bagi pembangunan modal insan Materiel khususnya dalam operasi bantuan logistik melalui kepakaran HU.

๐—ฆ๐—˜๐—๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—จ๐—•๐—จ๐—›๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ฆ๐—ฌ๐—˜๐—ก ๐—›๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—จ๐——๐—”๐—ฅ๐—” (๐—ฆ๐—›๐—จ) ๐—ง๐—จ๐——๐— Sejarah penubuhan unit hantaran udara (HU) pertama dalam TUDM ini ber...
01/05/2026

๐—ฆ๐—˜๐—๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—จ๐—•๐—จ๐—›๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ฆ๐—ฌ๐—˜๐—ก ๐—›๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—จ๐——๐—”๐—ฅ๐—” (๐—ฆ๐—›๐—จ) ๐—ง๐—จ๐——๐— 

Sejarah penubuhan unit hantaran udara (HU) pertama dalam TUDM ini bermula pada tahun 2016 hasil cetusan idea daripada mantan Panglima Tentera Udara ke-19, Jen Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM yang pada ketika itu menjawat jawatan sebagai Panglima Operasi Udara. Idea tersebut timbul bagi mewujudkan sebuah unit khusus untuk menguruskan keperluan latihan guguran udara oleh skuadron penerbangan angkut dan operasi menyelamat maritim oleh Pasukan Khas TUDM (PASKAU) serta menguruskan aset HU milik TUDM yang sebelum ini ditugaskan kepada Platun HU daripada 10 Briged Para. Pada tahun 2017, Tim Taktikal Guguran Udara Strategik (TGUS) telah ditubuhkan sebagai tim nukleus bagi merintis kepakaran HU dalam TUDM sekaligus merealisasikan visi tersebut.

Tim TGUS yang terdiri daripada 2 pegawai dan 8 anggota Lain-lain Pangkat diketuai oleh Kapt Muhamed Zulhilmy bin Muhamed Zulkifly TUDM (kini Mej TUDM) telah menghadiri Kursus Kru Hantaran Udara dan Kursus Ketua Kru Hantaran Udara di Pusat Latihan Kor Perkhidmatan Diraja (PULMAT) untuk mendalami kemahiran dalam bidang HU. Ini bagi membolehkan mereka menyediakan dukungan operasi dan logistik dalam kepakaran tersebut kepada TUDM. Setelah lulus kursus, Tim TGUS telah menyertai beberapa siri latihan dan eksesais guguran udara bagi menimba pengalaman operasi dan meningkatkan kemahiran teknikal.

Tarikh 13 Mac 2019 menjadi detik bersejarah apabila penubuhan Seksyen Hantaran Udara (SHU) TUDM secara rasminya telah diperakui dan diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Panglima Tentera Udara (JPPTU) Ke-141. Seksyen ini ditempatkan di bawah saluran pentadbiran Cawangan Materiel, Pangkalan Udara Subang manakala saluran pengoperasian melalui Markas Pemerintahan Operasi Udara. Peranan utama yang digariskan untuk seksyen ini adalah dukungan operasi dan latihan bagi guguran udara bot ADRHIB atau CRRC bersama Pasukan Khas TUDM (PASKAU) dalam misi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan perakaunan dan penstoran alatan HU milik TUDM, serta bertanggungjawab membantu mengekalkan tahap kompetensi juruterbang TUDM dalam melaksanakan operasi guguran udara melalui penyediaan muatan HU.

14/04/2026

Guguran jenis Heavy Equipment yang berjaya dilaksanakan tanpa sebarang malfunction.

Address

Shah Alam
40000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RMAF Air Dispatcher posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share