31/08/2023
Filem yang mesti ditonton ! Mat Salleh pandang rendah pada Asjar Melayu, tapi askar inilah yang menggadai nyawa menyelamatkan tentera mereka dari dibunuh oleh gerila Somalia .
Akhirnya selepas 20 tahun baru mereka mengiktiraf keberanian serta disiplin tinggi tentera Malaysia.
Saya tak nak komen/review panjang dan details, saya juga tak kisah komen yang kurang positif daripada orang lain. Kerana secara peribadi, bagi saya filem ini berbaloi ditonton seisi keluarga.
Silalah bawa keluarga masing-masing menonton.
Tahniah pelakon, semua watak dibawa dengan hebat.
Tahniah penulis skrip, dialog-dialog dalam cerita ni semua sedap, tepat, padu dan sampai ke hati. S**a sangat. Saya ni sejenis mementingkan dialog bila menonton atau membaca novel. Dan saya s**a dialog² sinikal dalam filem ni👏
Petua sebelum menonton Malbatt, korang boleh je layan filem Black Hawk Down, untuk tahu dah kenapa kita kena pergi selamatkan mereka ni, tapiiiii ...
Pastikan stop pada part yang mereka nak minta bantuan daripada pas**an negara lain. Mohon stop kat situ dan sambung layan Malbatt. Sebab versi BHD tu fakta tak betul, buat korang annoying je tengok.
Dan lagi, sekecil tindakan dalam filem Malbatt ini pun saya puas hati. Apabila scene askar yang terpaksa berlari disamping APC untuk keluar dari medan tempur tu. Saat apabila APC tu berhenti dan hulur tangan kepada askar yang berlari tadi diajak naik APC (duduk bahagian atas tank). Sangat logik scene ini. Make sense.
Sebabnya, kalau dalam BHD askar tu berlari sampai ke kem😂 annoying pulak aku. Punyalah AS nak tunjuk hebat askar dorang.
Jadi gais ... Jom support filem ini!
S**a sangat ditonjolkan juga sisi islamik askar kita. Saya nangis weh!!🙈
Good job semua team
Semoga pembikin filem negara dapat terbitkan lebih banyak filem yang boleh buat saya puas hati macam ni😁
Taknaklah gengster² ni, bosannn🤭
Nak pesan, Pastikan jangan skip kredit di hujung filem ya. Duduk sampai skrin gelap. Sebab dihujung ada gambar-gambar pas**an sebenar.
Eh, terpanjang pulak.
P/s : Arwah abah bekas perajurit. Memang dari kecil sampai besar dah biasa dengar cerita² askar daripada dia. Sampai dah pencen pun dia tetap bersemangat sebagai askar melayu diraja Msia.Tapi saya belum beranilah nak karang novel kisah² askar.