16/03/2021
KERAJAAN PRO ISLAMIK TAN SRI MUHYIDDIN YASIN
Di akhir zaman ini mana2 pihak yang cuba membawa ciri2 Islamik ke dalam pentadbiran akan di tentang oleh proksi2 sekular dan pejuang liberal secara habis2an. Bukti nyata seperti yang berlaku di Turki. Erdogan terpaksa berhempas p**as di awal perlantikannya untuk membawa Turki kepada Islam yang murni semula, setelah di rosakkan oleh Mustafa Kamal Ataturk dan pewarisnya selama lebih 80 tahun.
Pelbagai2 cerita ngeri kita dengar mengenai kematian dan pengebumian Ataturk. Betapa besar masalah yang di berikannya kepada umat Islam Turki hanya Allah yang mengetahui. Erdogan seperti di bantu oleh suatu kuasa lain di belakangnya apabila berjaya menewaskan satu demi satu musuh yang ingin menjatuhkannya.
Di negara kita, ramai menyangka sebuah Malaysia yang condong kepada Islam hanya akan di bawakan oleh Anwar Ibrahim. Mungkin kerana penampilan keluarga mereka suami isteri. Tetapi setelah berakhirnya era 22 bulan PH, kita sedar bahawa kesilapan besar telah berlaku.
Tidak semestinya penampilan zahir wanita yang bertudung itu akan membawa ciri2 Islam kedalam pentadbiran. Buktinya apabila Wan Azizah seperti tidak berfungsi sebagai TPM dan lebih banyak menyerahkan tanggungjawab sebagai Menteri Pembangunan Wanita kepada Hannah Yeoh, seorang bukan Islam yang kemudiannya di perhatikan seperti cuba membawa nilai2 liberal ke dalam Kementerian.
Wan Azizah bukanlah seorang pejuang wanita Islam yang sebenar.Tidak pernah kedengaran dari mulutnya menyebut bahawa untuk menangani isu keganasan rumahtangga maka semua orang perlu kembali pada agama. Beliau lebih banyak terikut2 dengan rentak liberal timbalannya, Hannah Yeoh.
Namun akhirnya kekecewaan kita terubat juga pada hari ini. Allah kurniakan kita seorang pemimpin yang bolehlah di katakan membawa ciri2 Islam kedalam pentadbiran. Mungkin kita tidak berasa malu untuk memikirkan persepsi Erdogan melihat penampilan pemimpin kita suami isteri yang mewakili sebuah negara Islam sepertinya.
Dalam Kementerian Pembangunan wanita p**a buat pertama kalinya seorang wakil dari Parti Islam iatu Siti Zailah telah diletakkan sebagai Timbalan Menteri di situ. Maka barulah buat pertama kali kita melihat KPW benar2 berfungsi mengikut nilai2 Islam dalam usahanya mendidik wanita di negara ini menjadi wanita yang lebih baik dan beriman.
Salah satu darinya ialah kempen kesabaran terhadap wanita dalam menghadapi suami di rumah ketika PKP bagi mengelak keganasan rumahtangga. Ia adalah benar2 mengikut ajaran agama yang meletakkan peranan wanita itu sebagai penyejuk rumahtangga dan menjadikan iman serta sifat sabar sebagai panduan hidup.
Ini berbeza dengan sikap wanita PH seperti Hannah Yeoh dan Maria Chin yang mahukan wanita itu melawan dan bersifat keras terhadap suami. Siapa yang benar2 faham agama pasti sedar bahawa ini adalah ajaran dajjal laknatullah dan mereka2 itu adalah proksinya di atas dunia ini.
Marilah kita mensyukuri nikmat yang sedang kita terima ini. Teruskanlah menyokong kerajaan pro Islamik pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yasin . Aamiin
BERSATU PERIKATAN NASIONAL
13 Mac 2021