Pejabat Kesihatan Bahagian Serian

Pejabat Kesihatan Bahagian Serian Laman rasmi Pejabat Kesihatan Bahagian Serian-Untuk hebahan info & perkongsian pendidikan kesihatan

This page is the official page for Pejabat Kesihatan Bahagian Serian to share informations or activities regarding health among community in Serian. You are welcome to share your thoughts, suggestions or opinions here as well.

Seluruh Warga Bahagian Pendidikan Kesihatan mengucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran dan Selamat Bersara kepada Pn. Sur...
02/06/2026

Seluruh Warga Bahagian Pendidikan Kesihatan mengucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran dan Selamat Bersara kepada Pn. Suraiya Syed Mohamed, Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan.

Pasar malam penuh dengan warna,
Berbagai juadah menarik selera;
Kata-kata puan cukup bermakna,
Kami jadikan azimat sepanjang kerjaya

Tuai padi tinggal jerami,
Mega petang berteduh redup;
Dunia persaraan bakal di alami
Moga tenang nikmati hidup

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

πŸ“– EDISI BAHARU E-MAJALAH KINI TIBA! πŸ“–Klik https://bit.ly/432wPlZ untuk bacaan. Dapatkan panduan kesihatan fizikal, menta...
02/06/2026

πŸ“– EDISI BAHARU E-MAJALAH KINI TIBA! πŸ“–

Klik https://bit.ly/432wPlZ untuk bacaan. Dapatkan panduan kesihatan fizikal, mental dan sosial yang terkini untuk anda dan keluarga. Antara perkongsian menarik bulan ini..

βœ… Persaraan Pn. Suraiya Syed Mohamad, Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM merangkap Ketua Editor e-majalah MyHEALTH for Life
βœ… Inisiatif 'Sihat Itu Saya' & Sambutan Hari Aktiviti Fizikal Sedunia.
βœ… Info Penyakit: Gout jejas kualiti hidup & kisah inspirasi Hidradenitis Suppurativa.
βœ… Tip harian :
1. Cara betul baca label makanan
2. Keselamatan makanan
3. Pelupusan ubat dengan selamat (MyMediSAFE).



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Selamat Ulang Tahun Kelahiran dan Selamat Bersara kepada Pn. Suraiya Syed Mohamed, Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihata...
02/06/2026

Selamat Ulang Tahun Kelahiran dan Selamat Bersara kepada Pn. Suraiya Syed Mohamed, Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan.

Kami warga Promosi Kesihatan Negeri Sarawak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala jasa dan sumbangan beliau sepanjang menerajui Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM.

Jom sertai MyCHAMPION dan jadi pelopor dalam mendidik, memperkasa dan menggerakkan komuniti ke arah budaya hidup sihat d...
01/06/2026

Jom sertai MyCHAMPION dan jadi pelopor dalam mendidik, memperkasa dan menggerakkan komuniti ke arah budaya hidup sihat dan kelestarian persekitaran.

Kini pendaftaran sebagai ahli MyCHAMPION boleh dilakukan dengan mudah melalui aplikasi MySejahtera ... semuanya di hujung jari anda!

Ikut langkah-langkah seperti di atas untuk mendaftar.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Tema sambutan Hari Tanpa Tembakau pada tahun ini iaitu *Unmasking the Appeal, Countering Ni****ne and To***co Addiction*...
31/05/2026

Tema sambutan Hari Tanpa Tembakau pada tahun ini iaitu *Unmasking the Appeal, Countering Ni****ne and To***co Addiction* menekankan kepentingan membongkar tarikan palsu produk tembakau dan nikotin yang sering dipromosikan sebagai moden dan kelihatan tidak berbahaya.

Produk ini boleh menyebabkan ketagihan, menjejaskan kesihatan termasuk kesihatan paru–paru serta memberi kesan jangka panjang kepada masa depan generasi muda.

​"Bongkar Pesona Palsu, Perangi Ketagihan Tembakau dan Nikotin"



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

🚭 Sambutan Hari Tanpa Tembakau diadakan pada 31 Mei setiap tahun sebagai usaha meningkatkan kesedaran tentang bahaya tem...
31/05/2026

🚭 Sambutan Hari Tanpa Tembakau diadakan pada 31 Mei setiap tahun sebagai usaha meningkatkan kesedaran tentang bahaya tembakau terhadap kesihatan.

Setiap individu mempunyai peranan dalam mewujudkan persekitaran yang bebas daripada asap rokok dan melindungi masyarakat daripada risiko penyakit yang berkaitan dengan penggunaan tembakau

Bersama-sama kita memperkukuh usaha pencegahan demi kesejahteraan rakyat dan kelestarian kesihatan negara.

Dapatkan rawatan berhenti merokok di klinik-klinik berhenti merokok di seluruh Malaysia.

Jangan lupa..Luangkan hanya 1 jam untuk bersihkan kawasan rumah & hapuskan tempat pembiakan nyamuk. Setiap tindakan anda...
30/05/2026

Jangan lupa..

Luangkan hanya 1 jam untuk bersihkan kawasan rumah & hapuskan tempat pembiakan nyamuk. Setiap tindakan anda boleh menyelamatkan nyawa.

πŸ“Έ Ambil gambar & kongsi di media sosial!

πŸ“’ Gunakan hashtag:

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sukacita dimaklumkan bahawa Klinik Kesihatan Siburan akan beroperasi secara one-off sepanjang cuti umum panjang pada 3 d...
30/05/2026

Sukacita dimaklumkan bahawa Klinik Kesihatan Siburan akan beroperasi secara one-off sepanjang cuti umum panjang pada 3 dan 4 Jun 2026. Tempoh operasi klinik adalah dari pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Sebarang pertanyaan, hubungi di talian 082-863969/863731 (Klinik Kesihatan Siburan).

🚫 MITOS RABIES  #2 πŸš«β€œAnjing atau kucing yang nampak sihat pasti tiada rabies.β€βŒ SALAH!🐢🐱 Haiwan yang dijangkiti rabies b...
29/05/2026

🚫 MITOS RABIES #2 🚫

β€œAnjing atau kucing yang nampak sihat pasti tiada rabies.”
❌ SALAH!

🐢🐱 Haiwan yang dijangkiti rabies boleh kelihatan normal pada peringkat awal dan masih boleh menyebarkan virus melalui gigitan atau cakaran.

⚠️ Jangan ambil mudah walaupun haiwan nampak sihat.

βœ… Fakta penting:
βœ”οΈ Virus rabies boleh terdapat dalam air liur haiwan sebelum gejala muncul
βœ”οΈ Gigitan atau cakaran kecil juga boleh berisiko
βœ”οΈ Rawatan awal boleh mencegah rabies dan menyelamatkan nyawa

🩺 Apa yang perlu dilakukan?
βœ”οΈ Cuci luka dengan air dan sabun selama sekurang-kurangnya 15 minit
βœ”οΈ Segera ke fasiliti kesihatan berhampiran
βœ”οΈ Dapatkan penilaian dan rawatan anti-rabies jika diperlukan
βœ”οΈ Lengkapkan suntikan mengikut jadual yang ditetapkan

πŸ“’ Jangan tunggu gejala.
Rabies boleh dicegah, tetapi lambat bertindak boleh membawa maut.

Address

Pejabat Kesihatan Bahagian Serian
Serian
94700

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6082872697

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Bahagian Serian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Kesihatan Bahagian Serian:

Share