07/06/2024
Mesyuarat Agung Berkelompok Jawatankuasa Aktiviti KEMAS (JKAK) PKM Lumut Tahun 2024
Tarikh: 7 Jun 2024 (Jumaat)
Masa: 3.00 petang
Tempat: Dewan Seri Manjung, PKM Lumut
Perasmi: Cik Sabariah Binti Zakariah, Ketua Wanita UMNO Bahagian Lumut
Kehadiran: 70 org Ahli JKAK PKM Lumut, ibu bapa dan peserta kelas.
Senarai kelas terlibat:
1. Tabika KEMAS PKM 1
2. Tabika KEMAS PKM 2
3. Taska KEMAS PKM 1
4. Taska KEMAS PKM 2
5. Pusat Sumber
6. Pusat Masakan
7. Bengkel Jahitan
8. Hub Digital
Usai sudah Mesyuarat Agung Berkelompok JKAK PKM Lumut yang telah berlangsung di Dewan PKM Lumut pada 7 Jun 2024 (Jumaat).
Perasmian mesyuarat telah disempurnakan oleh Yang Dihormati Cik Sabariah Binti Zakaria, Ketua Wanita UMNO Bahagian Lumut.
Turut hadir En. Azril Yazan Bin Samsudin, Pegawai KEMAS Daerah Manjung, En Nor Saufi Bin Rosli selaku Pengerusi JKAK Induk PKM Lumut, Penyelia-penyelia pelbagai jurusan, Pendidik-pendidik dan Pemaju-Pemaju Masyarakat, Pengerusi-pengerusi kelas, ahli jawatankuasa, ibu-bapa serta peserta-peserta kelas.
Kehadiran ahli-ahli mesyuarat
seramai 70 orang mewakili 8 buah kelas yang berada di dalam PKM Lumut.
Terima kasih Cik Sabariah Zakaria atas kesudian hadir dan merasmikan Mesyuarat Agung JKAK bagi PKM Lumut tahun 2024.
Juga terima kasih dan tahniah kepada En Nor Saufi Rosli selaku Pengerusi Induk JKAK dan barisan kempimpinan baharu JKAK PKM Lumut atas kesudian hadir serta menggalas amanah membantu KEMAS sebagai agensi penggerak masyarakat luar bandar.