Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset - PPPA UPM

Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset - PPPA UPM Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset, Universiti Putra Malaysia

SERDANG, 30 April 2026 – Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset (PPPA) telah me...
01/05/2026

SERDANG, 30 April 2026 – Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset (PPPA) telah mengadakan Majlis Serah Guna Lif B bagi Fasa 1 Projek Naik Taraf Sistem Lif di Bangunan Canselori Putra sebagai simbolik penyerahan dan kejayaan pelaksanaan projek.

Majlis disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Naib Canselor UPM, yang menandakan pencapaian projek dalam meningkatkan kecekapan operasi dan keselamatan sistem lif. Pengarah Pembangunan, YBrs. Ir. Dr. Maznah Sahran, turut menekankan komitmen universiti dalam memastikan kemudahan prasarana sentiasa berada pada tahap terbaik.

Majlis turut diisi dengan taklimat teknikal, sesi lawatan dan ujiguna lif serta diakhiri dengan penyampaian cenderamata. Inisiatif ini mencerminkan usaha berterusan UPM dalam memperkasa kemudahan kampus dan menyediakan persekitaran yang kondusif kepada warga universiti.

Pembangunan kompetensi warga kerja merupakan elemen penting dalam memastikan kecekapan penyampaian perkhidmatan yang ber...
24/04/2026

Pembangunan kompetensi warga kerja merupakan elemen penting dalam memastikan kecekapan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti dan berimpak tinggi.

Kursus Hands-On Power BI Dashboard anjuran Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset (PPPA) yang telah berlangsung pada 9 April 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan staf PPPA.

Kursus ini bertujuan untuk memperkukuhkan kemahiran analisis dan visualisasi data dalam kalangan warga kerja, selaras dengan keperluan transformasi digital serta peningkatan kecekapan pengurusan maklumat organisasi. Pendekatan latihan secara praktikal turut memberi pendedahan menyeluruh kepada peserta dalam membangunkan dashboard yang sistematik, interaktif dan berkesan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada Puan Manisah binti Othman, Pensyarah Kanan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi UPM, atas kesudian berkongsi ilmu, kepakaran serta pengalaman sepanjang kursus ini berlangsung.

Adalah diharapkan agar ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam mempertingkatkan kualiti kerja serta menyokong kecemerlangan perkhidmatan PPPA.




Setiap usaha kecil yang digerakkan bersama mampu mencetus perubahan yang besar. Semangat gotong-royong bukan sekadar mem...
24/04/2026

Setiap usaha kecil yang digerakkan bersama mampu mencetus perubahan yang besar. Semangat gotong-royong bukan sekadar membersih ruang, tetapi turut menyatukan hati, mengukuhkan ukhuwah, dan menyemai rasa tanggungjawab dalam kalangan warga kerja.

Program Gotong-Royong Perdana PPPA UPM yang telah berlangsung pada hari ini, 24 April 2026, merupakan manifestasi komitmen berterusan dalam memastikan persekitaran kerja yang kondusif, teratur dan selesa untuk semua.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Mohammad Shahril bin Salleh, Timbalan Pengarah Pembangunan, yang turut menzahirkan kepentingan budaya kerja berpasukan dalam memperkasakan organisasi.

Semoga semangat kebersamaan ini terus subur dan menjadi budaya yang berterusan dalam memelihara kualiti persekitaran kerja serta kecemerlangan perkhidmatan.




Setiap pertemuan yang terjalin bukan sekadar kunjungan rasmi, tetapi menjadi jambatan yang menghubungkan aspirasi, mempe...
24/04/2026

Setiap pertemuan yang terjalin bukan sekadar kunjungan rasmi, tetapi menjadi jambatan yang menghubungkan aspirasi, memperkukuh kerjasama, dan membuka ruang kepada penyelesaian yang lebih mampan.

Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset (PPPA), Universiti Putra Malaysia merakamkan penghargaan atas sesi kunjungan hormat ke Pejabat Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson yang telah berlangsung dengan penuh makna dan kesepakatan.

Perbincangan yang diadakan bukan sahaja menyentuh isu-isu semasa, malah mencerminkan komitmen bersama dalam memastikan pengurusan aset, tanah, dan pembangunan dilaksanakan secara berhemah, lestari, dan berintegriti.

Semoga hubungan strategik yang terjalin ini terus diperkukuhkan demi kesejahteraan bersama serta pembangunan yang lebih terancang pada masa hadapan.




Setiap langkah yang bermula hari ini bukan sekadar satu tugasan, malah ia adalah bibit-bibit bakti yang bakal membentuk ...
02/04/2026

Setiap langkah yang bermula hari ini bukan sekadar satu tugasan, malah ia adalah bibit-bibit bakti yang bakal membentuk rupa dan masa hadapan sesebuah organisasi. Kehadiran wajah-wajah baharu membawa bersama semangat yang segar, azam yang tinggi, dan tekad untuk bersama-sama mengukir kecemerlangan.

Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset (PPPA) dengan penuh rasa bangga dan sukacita mengucapkan Tahniah dan Selamat Datang kepada barisan staf baharu yang kini menjadi sebahagian daripada keluarga besar kami.

Kehadiran rakan-rakan seperjuangan di sini bukan sahaja untuk mengisi kekosongan jawatan, tetapi untuk menjadi tunjang, pemberi inspirasi, dan kekuatan tambahan dalam memastikan setiap aset serta pembangunan di universiti tercinta ini terus terjaga dengan penuh amanah.

Semoga perjalanan baharu di PPPA ini menjadi sebuah kembara yang penuh keberkatan, dipermudahkan setiap urusan, dan menjadi medan untuk kalian mencurahkan bakti yang paling gemilang demi UPM.

Selamat menyumbang bakti, selamat melakar sejarah.



Pejam celik, pejam celik, Syawal kembali menjelma setelah kita menempuh bulan Ramadan yang penuh keberkatan.Dengan penuh...
18/03/2026

Pejam celik, pejam celik, Syawal kembali menjelma setelah kita menempuh bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Dengan penuh rasa syukur, kami mengambil kesempatan ini untuk memohon kemaafan atas segala kekhilafan yang lalu, sama ada secara sedar mahupun tidak.

Semoga Aidilfitri ini membawa sinar kebahagiaan, memperkukuh silaturahim serta menyemai semangat kebersamaan dalam kalangan kita semua.

Syawal menjelma penuh makna, menghimpun kasih mengikat rasa.

🌙 SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 🌙
Maaf Zahir & Batin

Ikhlas daripada
Pengarah dan Warga Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset
Universiti Putra Malaysia (UPM)

Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset (PPPA), Universiti Putra Malaysia telah melaksanakan Bengkel Perancangan PPPA Ta...
03/03/2026

Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset (PPPA), Universiti Putra Malaysia telah melaksanakan Bengkel Perancangan PPPA Tahun 2026 pada 11 Februari 2026 (8.30 pagi – 5.00 petang) bertempat di Royal Park Hotel @ UNITEN Bangi, Kajang sebagai platform penyelarasan hala tuju dan pemantapan pelan tindakan tahun hadapan.

Bengkel ini diselaraskan dengan aspirasi True North UPM serta lima fokus utama universiti bagi Tahun 2026, mencerminkan komitmen PPPA dalam memperkukuh tadbir urus, meningkatkan kecekapan penyampaian dan memastikan pembangunan fizikal serta pengurusan aset dilaksanakan secara mampan dan berimpak tinggi.

Seluruh warga PPPA, UPM merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Dato’ Sri Jailani Johari atas pelantikan sebagai...
13/02/2026

Seluruh warga PPPA, UPM merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Dato’ Sri Jailani Johari atas pelantikan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia berkuat kuasa 7 Februari 2026. Didoakan segala amanah dipermudahkan serta diberkati oleh-Nya.

🎓Tahniah diucapkan kepada YBrs. Ir. Dr. Maznah Sahran di atas kejayaan menamatkan pengajian Doktor Falsafah (PhD) sempen...
02/12/2025

🎓Tahniah diucapkan kepada YBrs. Ir. Dr. Maznah Sahran di atas kejayaan menamatkan pengajian Doktor Falsafah (PhD) sempena Konvokesyen UPM ke-49. Semoga kejayaan ini terus menyuntik inspirasi kepada seluruh warga PPPA untuk melangkah lebih jauh dengan ilmu, dedikasi dan kecemerlangan. Setinggi-tinggi tahniah dan syabas daripada seluruh warga PPPA! ✨

Selamat Berjuang Kontinjen UPM!💪🔥 Seluruh warga Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset, merakamkan ucapan selamat berju...
08/10/2025

Selamat Berjuang Kontinjen UPM!

💪🔥 Seluruh warga Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset, merakamkan ucapan selamat berjuang kepada kontinjen atlet memanah. Ayuh berikan saingan yang terbaik dan tunjukkan semangat juang yang tinggi dalam sukan yang dipertandingkan di Malaysia International Traditional Archery Festival (MITAF) 2025.

Kami mendoakan kejayaan gemilang buat Hj. Mohd Fuad Mahmood dan En. Mohd Adzad Abdol Majid yang bakal mewakili UPM. Semoga kontinjen UPM berjaya mencapai sasaran dan pulang dengan kejayaan yang membanggakan.

Ikhlas daripada,
Warga Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset

Address

PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET
Seri Kembangan
43400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset - PPPA UPM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share