Kelab Kebajikan dan Sosial - Kenali

Kelab Kebajikan dan Sosial - Kenali KELAB KEBAJIKAN DAN SOSIAL (KENALI) NAHRIM KENALI NAHRIM ditubuhkan pada 29 Mei 2006

πŸŒ™βœ¨ π’π„π‹π€πŒπ€π“  π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π€πƒπ‡π€ πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡ βœ¨πŸŒ™
26/05/2026

πŸŒ™βœ¨ π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π€πƒπ‡π€ πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡ βœ¨πŸŒ™

JASAMU DIKENANG, BAKTIMU DISANJUNGSetinggi-tinggi penghargaan daripada seluruh  kepimpinan dan ahli Kelab Kebajikan dan ...
10/05/2026

JASAMU DIKENANG, BAKTIMU DISANJUNG

Setinggi-tinggi penghargaan daripada seluruh kepimpinan dan ahli Kelab Kebajikan dan Sosial (KENALI) NAHRIM buat
YBhg. Dato' Ir. Dr. Hj. Nasehir Khan E.M Yahaya, Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM). Terima kasih atas segala jasa dan sumbangan Dato’.

Semoga fasa persaraan ini menjadi permulaan baharu yang penuh dengan ketenangan, kesihatan yang melimpah-ruah, serta kebahagiaan di samping keluarga tercinta.

🌟 SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA 1 MEI 2026 🌟Di sebalik setiap titis air yang terpelihara kelestariannya, ada keringat d...
01/05/2026

🌟 SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA 1 MEI 2026 🌟

Di sebalik setiap titis air yang terpelihara kelestariannya, ada keringat dan dedikasi warga kerja NAHRIM yang sentiasa komited melaksanakan tugas. Sempena Hari Pekerja tahun ini, KENALI ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh keluarga besar NAHRIM, khususnya para penyelidik air kita yang sentiasa berada di barisan hadapan. πŸ’§πŸ”¬πŸŒ³

Sama ada anda berada di makmal, turun ke lapangan meredah sungai dan laut, atau bertungkus-lumus di pejabat, sumbangan anda amat bermakna buat agama, bangsa, dan negara.

Teruskan kecemerlangan dan kekal bersemangat! Selamat berehat dan menyambut Hari Pekerja. Majulah pekerja untuk kelestarian negara! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Ikhlas daripada,
Kelab Kebajikan dan Sosial (KENALI) NAHRIM

KEPUTUSAN PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA KELAB KEBAJIKAN DAN SOSIAL (KENALI) NAHRIM SESI 2026/2027Pemilihan barisan ahli ja...
23/01/2026

KEPUTUSAN PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA KELAB KEBAJIKAN DAN SOSIAL (KENALI) NAHRIM SESI 2026/2027

Pemilihan barisan ahli jawatankuasa Kelab Kebajikan dan Sosial (KENALI) NAHRIM Sesi 2026/2027 telah dilaksanakan pada 20 Januari 2026 semasa Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-18.

Sehubungan itu, berikut adalah keputusan pemilihan ahli jawatankuasa Kelab sesi 2026/2027 berkuatkuasa serta merta.

Yang Dipertua - Ts. Gs. Saiful Bahri bin Hamzah
Naib Yang Dipertua - Encik Mohd Kamarul Huda bin Samion
Setiausaha Kehormat - ChM. Dr. Nur Izzati binti Md Saleh
Bendahari Kehormat - Ts. Noor Shahida binti Rosli
Penolong Setiausaha Kehormat - Ir. Ts. Muhammad Rizal bin Razali
Penolong Bendahari Kehormat - Puan Halijah binti Kamis
Biro Kebajikan - Encik Anuar bin Sefie, P.Geol
Biro Akademik - ChM. Dr. Jamilah binti Karim
Biro Sukan dan Rekreasi - Encik Ahmad Taqiyuddin bin Hj. Ahmad Zaki
Biro Ekonomi - Encik Mohd Faizul bin Abdullah Sani
Biro Media dan Publisiti - Encik Muhamad Mustafa bin Hashim
Juruaudit 1 - Puan Aziazwa binti Jais
Juruaudit 2 - Puan Nurul Athierah binti Kamaruzaman

✨ Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Kebajikan dan Sosial (KENALI)I NAHRIM Kali Ke-18 Tahun 2026 ✨Kelab Kebajikan dan Sosial ...
23/01/2026

✨ Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Kebajikan dan Sosial (KENALI)I NAHRIM Kali Ke-18 Tahun 2026 ✨

Kelab Kebajikan dan Sosial (KENALI) NAHRIM telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-18 pada 20 Januari 2026 bertempat di Auditorium NAHRIM.

Majlis telah dirasmikan oleh Penaung Kelab, Dato’ Ir. Dr. Hj. Nasehir Khan bin E.M. Yahaya, yang menzahirkan penghargaan atas komitmen dan kerjasama semua ahli.

Mesyuarat merangkumi pembentangan laporan, sorotan aktiviti, pemilihan AJK 2026/2027 serta aktiviti interaktif. Pelbagai pengisian menarik turut memeriahkan program termasuk cabutan bertuah dan jamuan.

Terima kasih kepada semua ahli atas sokongan padu. Semoga Kelab KENALI terus cemerlang dan berdaya maju. πŸ’™

✨ Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Kebajikan dan Sosial (KENALI) NAHRIM Kali Ke-18 Tahun 2026 ✨Kelab Kebajikan dan Sosial (...
23/01/2026

✨ Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Kebajikan dan Sosial (KENALI) NAHRIM Kali Ke-18 Tahun 2026 ✨

Kelab Kebajikan dan Sosial (KENALI) NAHRIM telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-18 pada 20 Januari 2026 bertempat di Auditorium NAHRIM.

Majlis telah dirasmikan oleh Penaung Kelab, Dato’ Ir. Dr. Hj. Nasehir Khan bin E.M. Yahaya, yang menzahirkan penghargaan atas komitmen dan kerjasama semua ahli.

Mesyuarat merangkumi pembentangan laporan, sorotan aktiviti, pemilihan AJK 2025/2026 serta aktiviti interaktif. Pelbagai pengisian menarik turut memeriahkan program termasuk cabutan bertuah dan jamuan.

Terima kasih kepada semua ahli atas sokongan padu. Semoga KENALI NAHRIM terus cemerlang dan berdaya maju. πŸ’™

Taska Joys Child Care Centre, Seri Kembangan telah dibuka pendaftaran bagi tahun 2026 untuk kategori Baby, Toddler, Kidd...
12/01/2026

Taska Joys Child Care Centre, Seri Kembangan telah dibuka pendaftaran bagi tahun 2026 untuk kategori Baby, Toddler, Kiddie dan Transit. TASKA ini beroperasi di TASKA Kuarters NAHRIM, Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Seri Kembangan dan telah memperoleh kelulusan serta berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Kemudahan dan kelebihan yang ditawarkan termasuk:
πŸ‘‰Persekitaran yang selamat dan selesa
πŸ‘‰Kurikulum pembelajaran yang berkualiti
πŸ‘‰Pendidik yang berkelayakan dan berpengalaman
πŸ‘‰Makanan seimbang dan sihat
πŸ‘‰Sistem CCTV bagi pemantauan keselamatan
πŸ‘‰Aktiviti pembelajaran yang menarik dan berstruktur
πŸ‘‰Penggunaan aplikasi dan sistem e-Invoice

Sebagai promosi terkini, ibu bapa berpeluang menikmati:
πŸ‘‰ Free trial
πŸ‘‰ Diskaun yuran 50% (tertakluk kepada terma dan syarat)

Warga NAHRIM dan orang awam yang berminat atau mempunyai perancangan untuk menghantar anak ke TASKA Kuarters NAHRIM boleh menghubungi Pengusaha TASKA Joys Child Care Centre, Puan Nur Hanis binti Abdul Rohin di talian 011-1575 6661.

Warga NAHRIM dan orang awam juga dijemput untuk melayari laman media sosial Joys Child Care Centre bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perancangan, modul pembelajaran serta aktiviti kanak-kanak yang dijalankan.

05/01/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Yang dihormati Ahli Kelab Kebajikan dan Sosial (KENALI) NAHRIM,

Dengan segala hormatnya, dimaklumkan bahawa Kelab Kebajikan dan Sosial (KENALI) NAHRIM akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Kali Ke-18 bagi Tahun 2026 seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 22 Januari 2026 (Khamis)
Masa: 10.00 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat: Auditorium NAHRIM

Mesyuarat ini bertujuan membentangkan laporan pengurusan dan kewangan kelab, sorotan aktiviti sepanjang tahun 2025, pemilihan Ahli Jawatankuasa (AJK) baharu bagi sesi 2026/2027, serta pembentangan usul oleh ahli.

Sehubungan itu, semua ahli dijemput hadir bagi memastikan perjalanan kelab terus telus, aktif dan memberi manfaat kepada semua. Kehadiran serta penglibatan ahli amatlah dihargai.

Sebagai makluman tambahan:
- Sumbangan Hari Lahir 2025 akan diedarkan di kaunter pendaftaran
- Sarapan* dan makan tengah hari disediakan
- Pelbagai aktiviti menarik termasuk sesi Kahoot! dan cabutan bertuah

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi urus setia KENALI. Kerjasama dan kehadiran tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Nota:
*Sarapan seawal jam 7.30 pagi akan disediakan

02/01/2026

Selamat Ulang Tahun Kelahiran - Januari 2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera,Selamat Tahun Baharu 2026 diucapkan kepada seluruh ahli kelab.Tahun yang lalu telah ...
31/12/2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selamat Tahun Baharu 2026 diucapkan kepada seluruh ahli kelab.

Tahun yang lalu telah menyaksikan pelbagai pengalaman, cabaran dan pencapaian yang membentuk perjalanan kelab kita. Segala sokongan, penglibatan dan komitmen yang diberikan oleh para ahli amat dihargai dan menjadi asas kepada kekuatan kelab ini.

Menjelang tahun baharu ini, marilah kita melangkah ke hadapan dengan semangat yang segar, azam yang jelas dan kerjasama yang lebih erat. Semoga tahun 2026 ini membuka lebih banyak ruang untuk penambahbaikan, penglibatan aktif serta pencapaian yang memberi manfaat kepada semua ahli.

Pihak kelab berharap agar sokongan berterusan daripada semua ahli dapat diteruskan demi memastikan kelab kekal relevan, tersusun dan berdaya maju.

Akhir kata, selamat menyambut Tahun Baharu. Semoga tahun 2026 ini membawa kesihatan yang baik, kejayaan dalam kerjaya serta kesejahteraan kepada kita semua.

Sekian, terima kasih.

Address

Seri Kembangan

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Kebajikan dan Sosial - Kenali posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share