Pusat Promosi dan Pembangunan Perniagaan MARDI

Pusat Promosi dan Pembangunan Perniagaan MARDI Mempromosi dan memindahkan hasil-hasil penemuan R&D (teknologi) MARDI kepada golongan sasar Objektif:
1. Kumpulan Sasar:
1. Program
1.

Pusat Promosi dan Pembangunan Teknologi (PT) MARDI merupakan salah satu pusat di bawah sektor Pemindahan dan Pengkomersilan Teknologi MARDI. Peranan utama pusat ini ialah untuk memindah dan mempromosikan teknologi MARDI kepada kumpulan sasar terutamanya di sektor awam. Misi:
Membangun dan memindahkan teknologi yang diperlukan bagi menyokong transformasi sektor pertanian dan makanan Negara yang mod

en, komersial dan berdaya saing. Meningkatkan tahap pengetahuan dan penggunaan teknologi di kalangan pengusaha sedia ada (pekebun kecil, petani dan penternak tradisional).
2. Membangunkan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dalam bidang pertanian dan Industri Asas Tani (IAT).
3. Meningkat dan mempercepatkan proses inovasi teknologi MARDI bagi menyokong pembangunan industri pertanian dan makanan Negara. Fungsi:
Mempromosi dan memindahkan hasil-hasil penemuan R&D (teknologi) MARDI kepada golongan sasar. Pengusaha sedia ada (pekebun kecil/petani tradisional melalui jabatan/agensi pengembangan.
2. Usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang berpotensi.
3. Agensi pengembangan/jabatan pelaksana dan lain-lain individu atau badan yang menyokong ke arah misi tersebut. Program Pembangunan Usahawan (PT01)
2. Program Perhubungan Industri (PT02)
3. Program Pembangunan dan Pemindahan Teknologi (PT03)
4. Program Agropreneur Muda (PT04)

Lawatan Kerja Ketua Pengarah MARDI ke China dan penglibatan dalam delegasi negara 1 April 2023: YBhg. Dato' Dr. Mohamad ...
03/04/2023

Lawatan Kerja Ketua Pengarah MARDI ke China dan penglibatan dalam delegasi negara

1 April 2023: YBhg. Dato' Dr. Mohamad Zabawi Abdul Ghani, Ketua Pengarah MARDI telah menyertai delegasi Malaysia yang diketuai oleh YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia dalam sesi kunjung hormat ke atas Premier Republik Rakyat China, TYT Li Qiang di Great Hall of the People Beijing. Penglibatan ini merupakan detik bersejarah bagi Ketua Pengarah MARDI yang mana buat julung kalinya dapat menjejakkan kaki ke Great Hall of People.

Penglibatan ini berikutan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara MARDI dengan Chinese Academy of Tropical Agricultural Sciences (CATAS) di dalam kerjasama penyelidikan dan pembangunan teknologi bagi tanaman tropika. MoU tersebut merupakan salah satu daripada lima (5) MoU yang dimeterai semasa lawatan kerja YAB Perdana Menteri ke China yang melibatkan pengukuhan hubungan dagang dan ekonomi, keterjaminan makanan dan pertanian bagi kedua-dua negara.

Di kesempatan berada di Bejing, Ketua Pengarah MARDI telah mengadakan lawatan kerja ke Chinese Academy Agriculture Sciences (CAAS). Program lawatan ini termasuk melawat Taman Inovasi Sains dan Teknologi Pertanian dan Genebank Tanaman Kebangsaan China serta mengadakan kunjung hormat ke atas Presiden CAAS, Prof WU Kongming. Melalui perbincangan tersebut, MARDI-CAAS bersetuju untuk mengukuhkan kerjasama dua hala dalam projek penyelidikan bersama dan pembangunan kapasiti.

Selain itu, Ketua Pengarah MARDI juga turut menerima kunjung hormat daripada Timbalan Presiden CATAS, Dr. LIU Guodao, di Kedutaan Malaysia di China. Perjumpaan ini turut membincangkan Kerjasama dua hala antara MARDI dan CATAS yang akan dilaksanakan selepas pemeteraian MOU.




Kompleks MTBIC
15/11/2016

Kompleks MTBIC

Mesyuarat Pemantauan Pusat Promosi & Pembangunan Perniagaan di Bilik Seminar MARDI Johor
18/09/2016

Mesyuarat Pemantauan Pusat Promosi & Pembangunan Perniagaan di Bilik Seminar MARDI Johor

Jom ke Fiesta Usahawan MARDI 2016 >Bila? 24 - 25 Februari 2016 >Hari apa? Rabu & Khamis>Masa? 9.00 pg - 5.00 ptg>Dimana?...
06/02/2016

Jom ke Fiesta Usahawan MARDI 2016

>Bila? 24 - 25 Februari 2016
>Hari apa? Rabu & Khamis
>Masa? 9.00 pg - 5.00 ptg
>Dimana? Ibu Pejabat MARDI, Serdang, Selangor

Usahawan & bakal usahawan dijemput hadir. Pelbagai aktiviti, jualan produk usahawan MARDI & peluang berkaitan dgn keusahawanan.
Jom pakat ramai2 datang ke FIESTA USAHAWAN MARDI 2016.

MASUK PERCUMA!!!

14/08/2015

Mesin Roti Jala MARDI

07/08/2015

Visit the post for more.

27/02/2015

Agro Dagang - Situs komuniti pengiklanan produk dan perkhidmatan di dalam bidang pertanian dan industri asas tani. Jika anda mempunyai produk pertanian seperti cili, timun, halia, baja, ayam kampung dan lain - lain atau anda menawarkan perkhidmatan di dalam bidang pertanian seperti sewaan jentera atau ingin menjual tanah untuk pertanian. Anda ingin mengiklankan barangan dan perkhidmatan anda secara meluas, anda boleh menggunakan perkhidmatan Agro Dagang. [ 71 more words. ]

12/02/2015

Salam. Bagi usahawan, peniaga, pengusaha yang mempunyai produk atau menyediakan perkhidmatan tertentu boleh cuba membuat pengiklanan secara percuma di http://agrodagang.com.my

Register sebagai ahli secara percuma dan pengiklanan secara percuma.

07/02/2015

Pengenalan Zingiber officinale Roscoe atau halia ialah tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan dan komersial yang tinggi. Halia merupakan tumbuhan yang menghasilkan rizom, mempunyai daun berbentuk bilah dan batangnya mencecah 3 kaki tinggi. Tumbuhan ini mengeluarkan bunga seperti orkid yang berwarna kuning kehijauan yang menjadikan halia sesuai sebagai tumbuhan hiasan. Halia biasanya ditanam di kawasan tanah tinggi iaitu 1200–1500 m dari aras laut. [ 344 more words. ]

Kursus tahun 2015 di Pusat Latihan MARDI
08/01/2015

Kursus tahun 2015 di Pusat Latihan MARDI

Brosur Kursus dan Latihan Teknikal 2015
(Permohonan di buka sepanjang tahun dan minimum penyertaan seramai 15 orang setiap kursus. Tarikh bergantung kepada penyertaan peserta dan penceramah)
Juga Boleh dapati di Laman Web MARDI-->>
http://www.mardi.gov.my/web/guest/latihan-teknikal-2015

Tel:03-8943 7888/ 7221/ 7238 Faks: 03-8948 2216
Emel: [email protected] / [email protected]
http://www.mardi.gov.my
http://elearn.mardi.gov.my
Facebook: https://www.facebook.com/kursuslatihanmardiofficial
https://www.facebook.com/mardimalaysia
Blog: blogmardi.wordpress.com

Address

Blok B1, Kompleks MTBIC, Ibu Pejabat MARDI, Persiaran MARDI-UPM
Seri Kembangan
43400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60389536800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Promosi dan Pembangunan Perniagaan MARDI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share