08/06/2026
Polisi Kualiti ISO/IEC 17025 Makmal Kualiti Air, NAHRIM
Polisi Kualiti ISO/IEC 17025 merupakan asas kepada pelaksanaan sistem pengurusan makmal yang berkesan bagi memastikan aktiviti pengujian dan penentukuran dijalankan secara kompeten, konsisten dan boleh dipercayai. Polisi ini penting untuk menjamin ketepatan dan kesahihan keputusan analisis, memupuk budaya integriti, ketidakberpihakan dan kerahsiaan, serta meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap perkhidmatan makmal. Selain memastikan pematuhan kepada standard antarabangsa, polisi ini turut menyokong pemantauan prestasi dan penambahbaikan berterusan. Melalui Makmal Kualiti Air (MKA), NAHRIM berperanan memastikan perkhidmatan analisis dan penyelidikan air dilaksanakan mengikut amalan makmal terbaik serta keperluan MS ISO/IEC 17025 bagi mengekalkan kecemerlangan dan kebolehpercayaan perkhidmatan.
Quality Policy ISO/IEC 17025 Water Quality Laboratory, NAHRIM
The Quality Policy ISO/IEC 17025 serves as the foundation for the effective implementation of a laboratory management system, ensuring that testing and calibration activities are carried out competently, consistently, and reliably. This policy is essential for ensuring the accuracy and validity of analytical results, fostering a culture of integrity, impartiality, and confidentiality, and enhancing customer confidence in laboratory services. In addition to ensuring compliance with international standards, the policy supports performance monitoring and continual improvement. Through the Water Quality Laboratory (MKA), NAHRIM plays a vital role in ensuring that water analysis and research services are conducted in accordance with best laboratory practices and the requirements of MS ISO/IEC 17025, thereby maintaining service excellence and reliability.