Bahagian Agama Dan Kaunseling IPD Perak Tengah

Bahagian Agama Dan Kaunseling IPD Perak Tengah Laman ini merupakan Facebook rasmi (BAKA) IPD Perak Tengah. FUNGSI BAKA

1. Sebagai rujukan dan perunding dalam bidang kaunseling.

Memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu dan pembangunan Islam. Mengenalpasti keperluan latihan dan mengadakan ceramah, syarahan, bengkel, seminar, simposium dan konvensyen dalam usaha membina peradaban yang dicanai dengan pegangan Islam disamping membudayakan perkhidmatan kaunseling kepada warga Polis Diraja Malaysia. Merancang, menyelaras dan menyediakan

perkhidmatan kaunseling individu dan kelompok yang merangkumi 4 aspek:



* Pertumbuhan / Perkembangan

* Pencegahan

* Intervensi

* Pemulihan



Menyediakan garis panduan dan dokumentasi serta menetapkan dasar berhubung dengan perkhidmatan dan amalan kaunseling pas**an. Merancang dan melaksanakan ujian-ujian psikologi dan membuat kajian, analisis, tafsiran serta kajiselidik. Menyediakan peluang latihan dan pelaksanaan program latihan dalam bidang kaunseling melalui rundingan dan perkongsian bijak dengan lain-lain Kementerian, Agensi Swasta, Badan dan Institusi Pengajian Tinggi. Menyimpan semua fail dan rekod berkenaan kaunseling untuk tujuan tindakan susulan dan pengump**an statistik. Mendapatkan pengiktirafan “Personel” yang menjalankan aktiviti psikologi dan kaunseling. Melakukan pemantauan bagi memastikan aspek-aspek etika dan piawaian standard amalan kaunseling di setiap peringkat pelaksaan dipatuhi. Merancang dan melaksanakan program dan aktiviti kaunseling untuk semua pegawai kaunseling dan pegawai pembimbing bagi meningkatkan profesionalisme dan kualiti kaunseling pas**an.

Assalamualaikum w.b.t.Bersempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-212 Peringkat IPD Perak Tengah, dengan segala hormatn...
22/03/2019

Assalamualaikum w.b.t.
Bersempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-212 Peringkat IPD Perak Tengah, dengan segala hormatnya mempelawa muslimin dan muslimat beramai-ramai menghadiri program:-

CERAMAH PERDANA
Tajuk: Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada
Tarikh: 29/3/2019 (Jumaat)
Masa: 8.30 malam
Tempat: Dewan Dato' Maharaja Lela, IPD Perak Tengah
Penceramah: YBhg. Ustazah Noor Laila Aniza Binti Zakaria

Semoga kehadiran muslimin dan muslimat dapat menjayakan program ini.

FORUM PENGHAYATAN FIQH SIRAH MEGAKUALA KANGSAR, 3 Jan 2019 - Bertempat di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Kuala Kan...
03/01/2019

FORUM PENGHAYATAN FIQH SIRAH MEGA

KUALA KANGSAR, 3 Jan 2019 - Bertempat di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Kuala Kangsar telah berlangsung forum bertajuk "Nilai Kepimpinan Dan Kepatuhan Dalam Pengurusan Dan Pentadbiran Berdasarkan Sirah Rasulullah S.A.W"

Program yang dianjurkan Falkulti Pengajian Islam, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ini dihadiri oleh panel penceramah YDH LT. KOL. Dr. Hj. Khairul Fauzi Bin Azmi, Ketua Sel Dakwah, Sel Dakwah Jabatan Arah KAGAT, Kementerian Pertahanan Malaysia dan Y.Bhg. Ustaz Zaihasif Bin Zainol Rashid, Unit Dakwah dan Hal Ehwal Sahsiah, Bahagian Agama Dan Kaunseling (BAKA), IPD Perak Tengah.

Program ini juga turut dihadiri oleh Y.Bhg. Ustaz Dr. Ahmad Zaki Bin Hassan, Ketua Jabatan Usulluddin, Falkuti Pengajian Islam Uni. Sultan Azlan Shah (USAS), Y.Bhg. Ustazah Aida Hartini Binti Nan, Pensyarah Jabatan Usulluddin, merangkap Pengarah program. Program ini juga turut di sertai oleh pensyarah-pensyarah dan pelajar-pelajar falkuti pengajian islam Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)

Objektif forum adalah melahirkan kecintaan masyarakat kepada Rasullullah serta Mendedahkan kehebatan kepimpinan dakwah Rasullullah di dalam organisasi, dan secara tidak langsung juga untuk mendedahkan objektif penubuhan BAKA di dalam institusi PDRM melalui sirah Rasullullah.

Berakhlak Dalam Pertuturanعن عائشة - رضي الله عنها - قالت : استأذن رهط من اليهود على النبي - صلى الله عليه وسلم -  فقالو...
28/12/2018

Berakhlak Dalam Pertuturan

عن عائشة - رضي الله عنها - قالت : استأذن رهط من اليهود على النبي - صلى الله عليه وسلم - فقالوا :السامُ عليك فقلتُ : بل عليكم السامُ واللعنةُ فقال: ياعائشةُ إنَّ اللهَ رفيقٌ يحبُّ الرفقَ في الأمرِ كلِّه قلتُ : أولم تسمع ما قالوا قال: قلتُ: وعليكمْ

Dari Aisyah RA berkata, sekump**an orang Yahudi meminta izin untuk bertemu baginda lalu mereka mengucapkan: Assam ‘alaikum (Mati ke atas kamu). Aku (Aisyah) berkata: Ke atas kamu mati dan laknat! Lalu baginda menegur: Wahai Aisyah, sesungguhnya Allah itu penyantun menyukai kesantunan dalam semua perkara.” ‘Aku (Aisyah) bertanya: Kamu tak dengarkah apa yang mereka sebut? Baginda berkata: Ya, aku sudah jawab Wa a’laikum (ke atas kamu juga).(HR Bukhari no: 6927) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Islam agama rahmah yang mengajar umatnya berakhlak mulia dalam perbuatan, pertuturan mahupun penulisan.

2. Islam mengajar umatnya sentiasa menunjukkan akhlak yang mulia dengan bersikap lunak dan santun kerana Allah itu menyukai kesantunan dalam semua perkara.

3. Rasulullah SAW menegur perbuatan Aisyah RA yang membalas ucapan Yahudi yang memberi salam kepada Rasulullah SAW dengan ucapan Assam ‘alaikum yang membawa maksud buruk iaitu “Mati ke atas kamu”. Aisyah membalas dengan Alaikum sam wa laknatu membawa maksud “Ke atas kamu mati dan laknat!”

4. Islam mengajar kita memelihara tutur kata yang baik-baik dan jangan sampai dipengaruhi oleh syaitan dalam mengeluarkan kata-kata sama ada dalam percakapan mahupun penulisan. Firman Allah:

وَقُل لِّعِبَادِي يَقُولُواْ ٱلَّتِي هِيَ أَحۡسَنُۚ إِنَّ ٱلشَّيۡطَٰنَ يَنزَغُ بَيۡنَهُمۡۚ إِنَّ ٱلشَّيۡطَٰنَ كَانَ لِلۡإِنسَٰنِ عَدُوّٗا مُّبِينٗا

“Dan katakanlah (Wahai Muhammad) kepada hamba-hamba-Ku (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik sesungguhnya syaitan itu sentiasa menghasut antara mereka, sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia.” (al-Isra: 53).

Kata Ibn Kathir ketika menafsirkan ayat ini: “Allah memerintah Rasulullah SAW memberitahu kepada hamba-hamba Allah agar berkata dalam ucapan dan perbincangan mereka ungkapan yang terbaik dan kalimat yang baik. Jika itu tidak dilakukan, syaitan akan menghasut mereka. Maka ucapan itu akan membawa tindak balas, berlaku keburukan, permusuhan dan peperangan.” (Ibn Kathir, 5/87. Mekah: Dar al-Taybah).

5. Seseorang boleh, bahkan disuruh menegur ataupun mengkritik sesuatu perkara yang salah. Namun, Islam mengajar agar kita berdisiplin dalam ucapan dan tulisan kita. Jangan sekali-kali menggunakan bahasa yang buruk dan kotor.

6. Orang yang s**a memaki orang lain merupakan golongan yang fasik (golongan pendosa). Mereka bukanlah penegak agama sebaliknya untuk memenuhi kehendak nafsu sendiri dan dipengaruhi syaitan.

Perkongsian Hadis Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

PROGRAM SOLAT DHUHA PERINGKAT IBU PEJABAT POLIS DAERAH PERAK TENGAHSERI ISKANDAR, 28 Disember 2018 - Surau Ar Rahim tela...
28/12/2018

PROGRAM SOLAT DHUHA PERINGKAT IBU PEJABAT POLIS DAERAH PERAK TENGAH

SERI ISKANDAR, 28 Disember 2018 - Surau Ar Rahim telah menganjurkan program Solat Dhuha Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah yang telah berlangsung di Surau Ar Rahim, IPD Perak Tengah pagi ini.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt Mohamad Zainal Abdullah hadir sama bagi memberi sokongan moral dan beramah mesra dengan ahli qariah.

Program ini juga secara tidak langsung dapat mengimarah dan menghidupkan surau Ar Rahim dengan pelbagai aktiviti keagamaan dan kerohanian.

Yang hadir Ketua-Ketua Bahagian, Ketua-Ketua Polis Balai, Pegawai-Pegawai Kanan Polis, Pegawai-Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam serta PERKEP IPD Perak Tengah.

In sya Allah akan masuk pelajaran kitab yang baru. Coming soon....
29/08/2018

In sya Allah akan masuk pelajaran kitab yang baru. Coming soon....

Kuliah Maghrib :-Kitab : Mauizatul HasanahPenceramah : Y.Bhg Ustaz Mohd Hafis Bin Saad
29/08/2018

Kuliah Maghrib :-

Kitab : Mauizatul Hasanah
Penceramah : Y.Bhg Ustaz Mohd Hafis Bin Saad

Alhamduliah....selesai majlis semalam...semoga allah S.W.T menerima korban tuan-tuan, puan-puan sekelian dengan izin Nya...
02/09/2017

Alhamduliah....selesai majlis semalam...semoga allah S.W.T menerima korban tuan-tuan, puan-puan sekelian dengan izin Nya...dan dapat mendekatkan lagi kita kepadanya...Amin Ya Rabb...

SOLAT SUNAT AIDILADHA & PROGRAM IBADAH KORBAN

SERI ISKANDAR 1 September - bertempat di Surau Ar-Rahim IPD Perak Tengah telah berlangsung Solat Sunat Aidiladha dan program Ibadah Korban.

Khutbah bertajuk "Hakikat Pengorbanan" telah disampaikan sendiri oleh YDH Supt. Mohamad Zainal Bin Abdullah, Ketua Polis Daerah Perak Tengah dan didengari oleh seluruh warga IPD Perak Tengah.

Program disambung dengan ibadah korban dengan menyembelih 2 ekor lembu yang dijalankan secara bergotong royong oleh warga IPD Perak Tengah dan haiwan ini disembelih oleh Ustaz Zaihasif Bin Zainol Rashid, pegawai BAKA IPD Perak Tengah kemudian daging korban tersebut diagihkan.

13/04/2017
Moh ramei2 datang esok...
01/04/2017

Moh ramei2 datang esok...

Assalamualaikum w.b.t.
Bersempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-210 IPD Perak Tengah dengan segala hormatnya mempelawa muslimin dan muslimat beramai-ramai menghadiri program:-

CERAMAH PERDANA
Tajuk: Pas**an Keselamatan Tonggak Kesejahteraan Negara
Tarikh: 2/4/2017
Masa: 9.00 malam
Tempat: Perkarangan IPD Perak Tengah
Penceramah: YBhg. Dato' Dr. Hj. Mohd Izhar Ariff Bin Mohd Kashim

Semoga kehadiran muslimin dan muslimat dapat menjayakan program ini.
"Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada"

25/12/2016

21/12/2016 - Bertempat di IPD Perak Tengah telah berlangsung Bengkel Zakat Dan Pengurusan Kewangan 2016 yang dianjurkan oleh Bahagian Agama Dan Kaunseling IPD Perak Tengah.

Bengkel berkenaan Zakat disampaikan oleh Ustaz Abd Latiff dari Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak. Bengkel Pengurusan Kewangan p**a disampaikan oleh Che Mohd Naim dan Pn. Noor Nazariah dari Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard (Cawangan Kaunseling) IPK Perak.

23/11/2016

18/10/2016 - Mesyuarat Agung Kelab & Surau Polis IPD Perak Tengah 2016 dipengerusikan oleh YDH Supt. Aziz B. Hassan, KPD Perak Tengah.

Address

BAHAGIAN AGAMA DAN KAUNSELING (BAKA), IBU PEJABAT POLIS DAERAH PERAK TENGAH
Seri Iskandar
32610SERIISKANDAR

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Agama Dan Kaunseling IPD Perak Tengah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bahagian Agama Dan Kaunseling IPD Perak Tengah:

Share