13/05/2026
AD Bil. 1/2026 UiTM Cawangan Perak
Alhamdulillah, Mesyuarat Penutup Audit Dalam (AD) Bil. 1/2026 bagi Audit Pematuhan Prosedur PTj UiTM Cawangan Perak telah selesai dilaksanakan dengan jayanya.
Pelbagai siri aktiviti audit telah berlangsung sejak Mac 2026. Setiap pelaksanaan audit dalaman memerlukan tempoh masa yang panjang serta perancangan yang teliti bagi memastikan proses audit berjalan dengan lancar, sistematik dan berkesan.
PTJ Terlibat
๐ Bahagian Pengurusan Fasiliti
๐ Unit Kenderaan
๐ Pejabat Fakulti Kampus Seri Iskandar dan Tapah
Aktiviti Terlibat & Garis Masa Pelaksanaan
๐ Taklimat Persediaan PTj โ 31 Mac 2026
๐ Taklimat Persediaan Auditor โ 23 April 2026
๐ Mesyuarat Pembukaan โ 28 April 2026
๐ Pelaksanaan Audit โ 28 & 29 April 2026
๐ Mesyuarat Mini Penutup โ 29 April 2026
๐ Mesyuarat Penutup โ 13 Mei 2026
๐ Log Tindakan Pembetulan oleh PTj โ 14 Mei hingga 18 Jun 2026
๐ Audit Susulan oleh Auditor โ 19 hingga 22 Jun 2026
Pengurusan Audit Dalam (Sistem) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pengurusan Eksekutif UiTM Cawangan Perak serta Ketua Unit Pengurusan Kualiti dan Akreditasi atas sokongan padu yang diberikan sepanjang pelaksanaan audit ini. Peranan Pengurusan Eksekutif Negeri amat penting dalam memastikan fungsi pemantauan organisasi melalui audit dalaman dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua PTJ yang terlibat, khususnya Ketua Bahagian, Ketua Unit dan staf pelaksana atas kerjasama serta komitmen yang diberikan sepanjang proses Audit Dalam AD Bil. 1/2026 berlangsung.
Tidak dilupakan juga penghargaan kepada 14 orang Auditor Dalaman yang kompeten dan profesional dalam melaksanakan tugasan audit dengan penuh etika. Pelaporan audit yang dihasilkan menggunakan teknik 3CER (Condition, Criteria, Cause, Effect & Recommendation) telah menjadikan penemuan audit kali ini lebih berkualiti, tersusun dan memberi impak yang signifikan kepada pengurusan UiTM Cawangan Perak.
Semoga usaha penambahbaikan berterusan ini dapat memperkukuhkan lagi tadbir urus dan kecemerlangan organisasi.